Tersentuh hati mendengar lagu Saat Hilang Cintamu dendangan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin. Lagu Siti Sarah Saat Hilang Cintamu dari album ‘Mimpi Pun Sama’ ini ciptaan komposer terkenal, Ajai. Dan lirik lagu ditulis oleh Musrad (Musa Exist).
Malah, turut menjadi runut bunyi atau OST telemovie dari kisah benar saat hilang cintamu yang menceritakan kesetiaan seorang suami bernama Razil lakonan Zamarul Hisyam. Dan akhirnya isteri, Salina tidak dihargai kesetiaannya malah penceraian menjadi titik akhir kehidupan mereka.
Mendengar melodi lagu Siti Sarah yang satu ini mengundang sebak di hati. Apatah lagi maksud lirik lagu Siti Sarah juga menggambarkan kesetiaan seorang wanita yang mendambakan cinta kekasih. Mengharapkan cinta yang pernah wujud sebelumnya kembali bertaut.
Lirik Lagu Siti Sarah Saat Hilang Cintamu
- Pencipta lagu/lirik : Ajai / Musa Radhi (Musrad)
- Nyanyian : Allahyarham Siti Sarah Raisuddin
Mulanya sukar untukku tempuhi
Tapi terpaksa ku buat sejak kau tiada
Sendirian ku tahankan dukaku
Kepayahan memadam rindu
Selama ini aku meyakini
Kau bahagia dengan insan yang kau sanjungi
Namun ternyata salah dugaanku
Dengar khabarmu yang pilu
Kini engkau menyesali
Dan ubati lukamu sendiri
Pengorbananmu menjadi debu
Dipersenda kasihmu
Ho.ho.ho.
Pasti kau sudah rasai
Kepedihan hati
Yang ku tanggungi
Walau tidak pernah
Aku meminta
Kau dibalas begitu
Semua ini telah ku harungi
Kepahitan rasa bukan untuk selamanya
Kesabaran menguatkan jiwaku
Demi menyambung hidup
Ke akhir waktu
Kini engkau menyesali
Mengubati lukamu sendiri
Pengorbananmu menjadi debu
Saat hilang cintamu
Ho.ho.ho.
Pasti kau sudah rasai
Kepedihan hati
Yang ku tanggungi
Walau tidak pernah
Aku meminta
Kau dibalas begitu
Semua ini telah ku harungi
Kepahitan rasa bukan untuk selamanya
Kesabaran menguatkan jiwaku
Untuk menempuh hidup
Ke akhir waktu
Lagu Saat Hilang Cintamu Dinyanyikan Semula Oleh Aufahanie
Lagu hit Siti Sarah ini dirakamkan semula oleh penyanyi Aufahanie atau nama sebenarnya Nur Aufahanie Mokhtar, 20. Ajai juga memberikan susunan muzik yang baru untuk lagu ciptaannya ini.
Aufahanie berjaya menyanyikan lagu Siti Sarah ini dengan suaranya yang lebih segar dan berjiwa. Tentunya, Aufa turut memberikan yang terbaik daripada dirinya. Sehinggakan ketika dalam proses rakaman akuinya beberapa kali Aufa mengalirkan air mata kerana begitu sebak dengan lirik lagunya.
Mungkin ada benarnya, sehinggakan apabila lagu ini menjadi OST drama, penonton turut sama dapat menghayati emosi sedih dalam beberapa scene telemovie berkali-kali. Membayangkan kepedihan perpisahan itu sebenarnya amat memeritkan.
Aufahanie sebelumnya pernah menyertai pertandingan nyanyian Big Stage 5 2023. Yang mana, turut disertai juga oleh penyanyi dan pelakon puteri khareeza. Dalam Big Stage musim kelima ini, Aufa mendapat tempat kelima dan berjaya menyelesaikan tugasan 10 minggu pertandingan dengan baik.
Cerita lakonan Zamarul tu pun amat sedih. Walau saya tak suka tengok watak zamarul tu habiskan usia dia dengan meratapi isteri (ke bekas?) sampai ke akhir hayar, sebab dia juga layak untuk bahagia.
Iya.. memang sedih ceritanya. Kena sangat dengan lagu ostnya kan.