Lagi beberapa hari umat Islam akan memulakan ibadah berpuasa. Saya kongsi waktu berbuka puasa dan jadual waktu imsak 2023 negeri Selangor.
Agar tidak terlajak bersahur, atau terlambat melakukan ibadah berbuka puasa.
Marilah rujuk sama-sama waktu sahur dan buka puasa sebagaimana yang dikongsikan oleh JAKIM ini.
Jadual Waktu Berbuka Puasa 2023 Dan Waktu Imsak Negeri Selangor
Rujuk jadual buka puasa 2023 dan waktu imsak di bawah ya :
Jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun 1444H/2023M bagi seluruh negeri Selangor
ZON 1 : Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang Dan Hulu Langat
ZON 2 : Daerah Sabak Bernam Dan Kuala Selangor
ZON 3 : Daerah Klang Dan Kuala Langat
- Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
- Tarikh Melihat Anak Bulan Syawwal Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja Malaysia
Takwim waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negara boleh juga anda ketahui dan download di Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini.
Bacaan Niat Puasa Ramadhan Sebulan Penuh
Dulu-dulu mak saya selalu pesan agar membaca niat puasa sebulan untuk bulan Ramadhan. Sebab, kadangkala kan kita terlupa ke apa kan.
Bolehlah dibaca pada malam hari sebelum bersahur 1 Ramadhan.
Bacaan rumi : Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan (Harian)
Rumi : Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Baca juga : Cara betul basuh kurma sebelum makan
Doa Berbuka Puasa Rumi
Rumi : Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa’alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
Maksudnya : Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbukan, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang
Selamat menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.
Semoga sebaik membawa niat berpuasa kita bukan saja dapat menahan diri dari lapar dan dahaga. Namun, dapat menjaga ibadah ini daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
Iaitu, yang bermula dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari.
Baca juga : doa sepuluh malam terakhir ramadan, bertemu lailatul qadar