amalan-10-hari-pertama-bulan-dzulhijjah

Merebut Amalan 10 Hari Pertama Bulan Dzulhijjah

Merebut amalan 10 hari pertama bulan dzulhijjah | 1 Julai 2022, hari Jumaat kita sudah berada dalam 1 Zulhijjah 1443. Dalam kalendar Islam, bulan inilah umat Islam akan menyambut hari raya Haji atau Aidiladha pada 10 Dzulhijjah.

Jika ikutkan, tarikh itu jatuh pada hari Ahad depan.

Tahun ini, rancangannya mahu pulang beraya di Lenggong, Perak. Walaupun sudah tiada ibu dan bapa mentua, adik-beradik belah suami tetap balik kampung setiap kali ada perayaan atau kelapangan.

Alhamdulillah, mak dan abah saya tak pernah menahan-nahan kalau saya nak balik ke kampung suami time raya-raya. Cuma giliran beraya itu tetaplah kami atur sebaiknya agar sama adil orang kata.

Kenapa 10 Hari Pertama Dzulhijjah

Tidaklah berebut balik kampung nantinya. Berebut untuk melaksanakan amalan bulan mulia Dzulhijjah ini takpelah kan. Melalui pembacaan dan pemahaman, 10 hari pertama ini sebaik-baiknya lakukan lah amalan-amalan yang dapat mengumpulkan pahala.

Jika belum mampu untuk melaksanakan haji atau umrah sekalipun, masih boleh dilakukan amalan sunat yang lainnya sebagaimana yang disarankan rasulullah s.a.w.

Kenapa dianjurkan 10 hari pertama? Seorang ulama tabi’in, Abu Utsman Abdurrahman bin Mull an-Nahdi (wafat 95H) berkata, “Generasi salaf (sahabat) sangat memuliakan puluhan hari yang tiga; sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, 10 hari pertama Dzulhijjah dan sepuluh hari pertama Muharram.”

Jadi inilah antara senarai amalan bulan Zulhijjah yang dapat saya kongsikan di sini.

Baca : Doa 10 malam terakhir Ramadan, bertemu lailatul qadar

Amalan 10 Hari Pertama Bulan Dzulhijjah

Menunaikan Haji Dan Umrah

Bagi yang berkemampuan dari segi kewangan dan fizikal, sambutlah peluang untuk menunaikan ibadah haji dan umrah dalam bulan yang Allah cinta ini.

Alhamdulillah, ada di kalangan rakan-rakan yang direzekikan untuk menjadi duyufurrahman (tetamu Allah). Semoga pemergian sahabat-sahabat saya ini dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur.

Saya masih ingat kisah editor saya yang dijemput ke rumahNya. Katanya, dari saat jemputan itu sampai ke pengetahuannya, dia tidak pernah putus berdoa sebegini, “Ya Allah.. jadikanlah aku tetamuMu yang paling istimewa sekali.”

Sepanjang di sana, urusannya menjadi mudah dan lancar. Benar-benar istimewalah.

Bukankah apabila ke rumahNya, kita sudah perlu bersedia untuk mengubah sempadan iman.

Puasa Sunat

Digalakkan juga berpuasa sunat di bulan Zulhijjah ini.

  • 1 – 7 Zulhijjah 1443H – puasa
  • Niatnya : ‘Sahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Taala
  • 8 Zulhijjah 1443H – puasa hari Tarwiyah
  • Niatnya : ‘Sahaja aku puasa sunat hari Tarwiyah kerana Allah Taala
  • 9 Zulhijjah 1443H – Puasa hari Arafah
  • Niatnya : ‘Sahaja aku puasa sunat hari Arafah kerana Allah Taala

Pada 9 Zulhijjah 1443H ini juga merupakan hari wuquf di Arafah. Pada masa ini, digalakkan memperbanyakkan doa (kerana mustajab doanya), bacalah surah Al-Ikhlas 1000 kali dan berpuasalah.

Puasa hari Arafah tahun ini jatuh pada hari Sabtu 9 Julai ya. Sebab kan kita duduk di Malaysia, dan ditetapkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang raya Haji pada 10 Julai. Maka, tak perlulah mengikut kalendar Arab Saudi yang sehari awal.

  • 10 Zulhijjah 1443H – Hari Raya Aidil Adha
  • Lakukanlah solat sunat Aidiladha dan digalakkan makan selepas solat.
  • Haram berpuasa pada tarikh ini.
  • 11-13 Zulhijjah 1443H – Hari Tasyrik
  • Haram berpuasa
  • Tapi anda masih boleh meneruskan amalan-amalan sunat yang lain.

Baca : Ganti puasa walau berbuka awal kerana azan radio

amalan-10-hari-pertama-bulan-dzulhijjah
Foto : Pexels by GR Stoks

Antara Amalan Sunat Lainnya

  • Bersedekah
  • Bertasbih, tahmid, tahlil, takbir dan zikir
  • Berselawat
  • Membaca Al-Quran
  • Qiamullail
  • Qurban
  • Membantu orang lain
  • Menuntut ilmu
  • Bertaubat
  • Bagi lelaki lakukanlah solat 5 waktu di masjid
  • Banyakkan solat sunat

Semoga kita berjaya menjadi orang yang beruntung menambah amalan di bulan yang mulia ini. Sungguhlah tidak mudah, tetapi jika ada usaha dan tidak putus asa tentu ada jalannya.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

2 Comments

  1. abam kie July 2, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!