basuh-kurma-sebelum-makan

Cara Betul Basuh Kurma Sebelum Makan

Basuh kurma sebelum makan | Dah masuk 40 tahun plus-plus ni, barulah saya tahu kena cuci kurma sebelum makan. Selama ini main makan terus saja.

Ada yang kata, lepas makan kurma jadi batuk, sakit perutlah bagai. Alhamdulillah lah, sepanjang makan kurma tak berbasuh tu tak adalah jadi apa kat diri sendiri.

Cuma, bila dah tahu fakta nak makan kurma ini seeloknya dibasuh dulu. Teruslah rasa nak buat macam itu.

Sebab buah kurma itu sendiri, yang proses dari ladang entah macam manalah perjalanannya nak bagi dia sampai masuk kotak.

Macam yang dikongsikan Puan Niena Samsir inilah, baik kurma fresh ke, kurma sejuk beku ke atau kurma kering. Dia minta tolonglah basuh kurma sebelum makan.

Kenapa Basuh Kurma Sebelum Makan

Saya petik perkongsian puan Niena ini dengan keizinannya ya :

Ok, ni ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?

Kalau beli, tak de kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?)

Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.

Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.

nettyahhiyer.com

Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan.

Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.

So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.

Baca : Simpan telur dalam peti ais, cara tahan lama

basuh-kurma-sebelum-makan
Kredit foto : Riki Vesnandal via Pexels

Cara Membersihkan Kurma Sebelum Makan

  • Rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit.
  • Lepas tu bilas dengan air bersih.
  • Kemudian tapis, kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.
  • Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan.
  • Simpan dalam peti sejuk, in shaa allah tahan lama.

Jangan Simpan Jika Ada Tanda Kurma Rosak

Selain tahu cara cuci buah kurma, anda juga perlu tahu tanda-tanda buah kurma yang rosak. Bila ada tanda-tanda ini, janganlah dimakan kurma yang tak elok itu.

  1. Kurma mula berubah warna dan berkulat di permukaan kulitnya. Macam keluar putih-putih di sekeliling buah kurma itu. Sebaiknya janganlah simpan terlalu lama ya.
  2. Buah kurma mula berbau busuk. Cuba cium dan jika baunya sudah jadi kurang menyenangkan lebih baiklah buang saja. Tak bagus dimakan, tiada khasiatnya pun.
  3. Ada serangga kecil di dalamnya. Sebaiknya, semasa hendak makan buah kurma belahlah tengahnya. Kalau kurma yang tak elok tu akan ada serangga kecil di sekitar bijinya.
buah-kurma
Kredit foto : Pexels by RODNAE Productions

Cara Betul Simpan Buah Kurma

  • Sebaik mencuci kurma, keringkan buahnya sebelum anda menyimpan dalam balang. Selepas buah kurma mengering masukkan dalam bekas kedap udara.
  • Balang bertutup rapat ini dapat mengekalkan kesegaran kurma.
  • Buah kurma yang disimpan dalam balang kedap udara dan cuma disimpan pada suhu bilik cuma bertahan dalam 3 bulan.
  • Sekiranya kurma dibasuh tadi disimpan dalam peti sejuk, ia lebih tahan lama mencecah hingga 1 tahun.
  • Saya sendiri menyimpan kurma dalam peti sejuk beku. Jangan risau, menyimpan kurma dalam freezer tidak akan mengubah rasa buah kurma tadi.
  • Malah, lebih sedap dinikmati dalam keadaan sejuk-sejuk macam itu. Tentunya ia tahan lebih lama lagi.

Nampak macam remeh kan. Rupanya, selama ini yang remeh tulah kita ambil mudah. Syukurlah tak sakit perut ke apa.

Tapi bila dah tau ni, kenalah saya ambil langkah ini dulu, iaitu basuh kurma sebelum makan agar terjamin kebersihannya.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!