Maksud 8 Kalimah Duduk Antara Dua Sujud

Duduk antara dua sujud ini antara rukun solat yang perlu disempurnakan daripada 13 rukun solat yang ada. Terdapat lapan kalimah yang saya kira perlu saya hafalkan maksudnya.

Adalah lebih baik sekiranya dapat menghafal dan memahamkan maksud bacaan dalam solat.

Ini pun antara asbab khusyuk solat juga sebenarnya. Maka, jomlah usahakan untuk hafalkan maksud 8 kalimah dalam rukun solat yang dimaksudkan ini.

Hafal Maksud Kalimah Duduk Antara Dua Sujud

  • Rabbighfirli – Tuhanku, ampuni aku
  • Warhamni – Sayangi aku
  • Wajburni – Tutuplah aib-aibku
  • Warfa’ni – Angkatlah darjatku
  • Warzuqni – Berilah aku rezeki
  • Wahdini – Berilah aku petunjuk
  • wa’afini – Sihatkan aku
  • Wa’fu’anni – Maafkan aku

Baca juga : Ustaz kongsi panduan terperinci malam pertama suami isteri

Hebatnya 8 Kalimah Ini

Kalimah duduk antara dua sujud ini mempunyai makna bacaan yang mendalam dan hebat pengertiannya. Saya begitu terkesan dengan perkongsian Muhammad Hassan ini.

Penulis terkenal di media sosial ini juga menggunakan nama pena, Encil Matt. Suka baca perkongsian beliau. Salah satunya tentang kehebatan 8 kalimah yang dibaca dalam solat ini.

Itulah juga doa yang kita baca dalam hati mahupun dibisikkan lembut ketika memohon keampunan dariNya dalam solat harian.

Makna bacaan antara dua sujud yang membawa pengertian agar Allah mengasihani diri kita yang kerdil ini. Meminta agar Allah menutupi keaiban, kekurangan diri sendiri.

Dan kerana ditutup keaiban daripada pandangan manusia, maka terlihatlah kebaikan di mata orang lain.

Dalam masa yang sama, mohon padaNya supaya diangkat darjat di sisiNya. Malah, diberikan rezeki sebanyak-banyaknya dan petunjuk yang benar dalam meniti ujian Ilahi.

Memohon agar diberi kesihatan tubuh badan. Kelak, dapatlah lebih banyak beribadah padaNya. Bukan saja solat, malah ibadah-ibadah lainnya.

Setelah itu, memohon kemaafan dariNya. Sifat manusia itu sendiri tak lari dari melakukan kesilapan. Baik disedari mahupun tidak.

Solat inilah tuhan anugerahkan kepada manusia, untuk sentiasa sujud dan memohon keampunan kepadaNya. Dan Allah suka pada hambaNya yang meminta-minta.

Jadi, ketika hati gundah mahupun serabut. Memintalah terus padanya di atas sejadah. Usahlah mengadu domba pada yang bukan ahli, kerana akhirnya ia akan merugikan diri sendiri.

Tatacara Duduk Antara Dua Sujud

Perkongsian daripada Mstar menjelaskan, bahawa Rasulullah apabila bangun dari sujud, maka baginda akan membaca takbir. Setelah itu Baginda akan duduk dengan tenang.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: “Tidak sempurna sholat seseorang hingga dia sujud sampai ruas tulang belakangnya mapan, kemudian mengucapkan “Allahu Akbar” kemudian mengangkat kepalanya (bangkit dari sujud) hingga duduk dengan tegak.” (HR Abu Dawud No. 857).

  • Malahan, cara duduk di antara dua sujud Rasullullah pula dengan membentangkan kaki kirinya, lalu duduk di telapak kaki kirinya itu.
  • Kemudiannya Baginda akan menegakkan telapak kaki kanannya serta menghadapkan jari-jari kaki kanannya ke arah kiblat.

InsyaAllah, pesanan ini selalu saya sematkan dalam hati.

Leave a Comment