Cara tukar kad debit Maybank secara online ini tak memerlukan saya pergi ke kiosk Maybank. Buat tukar kad ATM Maybank di Maybank2u saja.
Dan tunggu kad maybank yang baru ini dihantar ke rumah dan aktifkan kad debit Maybank secara online di Maybank2u.
Saya kongsikan cara tukar kad Maybank dengan mudah di blog saya ini. Sebelum itu, anda kenalah ada Maybank2u ya. Saya buat proses tukar kad maybank online ini di PC bukan di telefon. Tak pasti pula jika boleh buat di telefon atau tidak.
Sebenarnya, kad debit Maybank expired bulan November ini. Punyalah tak sedar dah tamat tempoh, mujur masih boleh guna lagi dalam bulan ini.
Macam en Yem lagilah, langsung dia tak perasan.
Sedar-sedar dah tak boleh nak buat apa-apa transaksi pun kad ATM Maybank dia tu. Tapi, walau dah habis tempoh masih boleh apply lagi kad Maybank yang baru. En Yem ajar saya buat online je senang.
Di sini, saya kongsikan apa yang saya dah cuba sahaja.
Macam yang saya maklumkan sebelum-sebelum ini, saya ini jenis oldskool. Jadi, buat masa ini masih setia lagi dengan Maybank2u. Belum tergerak hari nak explore atau tukar ke Maybank MAE.
Walaupun saya pernah terbaca info akan kelebihan guna MAE ini. Tetaplah setiaku masih di Maybank2u.
Cara Tukar Kad Debit Maybank Di Maybank2u
Begini cara nak tukar kad debit Maybank saya ini. Saya kongsikan gambar agar anda mudah faham. Sebab, saya sendiri pun kalau tulis-tulis ini kadang kurang jelas. Nak juga ada bukti bergambar. Hihi..
Langkah Pertama Cara Tukar Kad Maybank Online
- Log in ke maybank2u anda.
- Masukkanlah username, password macam biasa.
- Pastikan alamat semasa anda sudah pun di update ya. Jika belum, boleh betulkan dulu di ‘Update Address’. Ikut saja arahan yang diberikan.
Langkah kedua
- Pergi ke bahagian SETTING.
- Pilih button CARDS
Langkah 3
- Akan nampak Debit Card – Replace, Renew, Activate & Block.
- Klik cursor kat bahagian itu.
3a.
- Akan jumpa tiga dot. Kliklah situ.
- Kendian, klik Replace/Renew Card di bawah status (maaf saya terlupa hendak bulatkan merah dalam gambar-gambar ini. Harap anda boleh jumpa ya.)
Langkah 4
- Selepas anda ikut segala arahan yang diberikan. Tekan submit.
- Memandangkan saya sudah aktifkan aplikasi Maybank2u di handpone, jadi saya dapat notifikasi di apps Maybank2u.
- Dan saya perlu tekan button approve di apps Maybank2u di situ.
- Sebaik selesai membuat pengesahan, saya menerima notifikasi ini di Maybank2u saya. ‘We have received your request. We will mail yo your replacement card within 9 working days.’
- Maksudnya itu, Maybank akan hantarkan kad yang baru kepada alamat rumah saya yang didaftarkan di Maybank dalam tempoh 9 hari bekerja.
Daripada apa yang saya baca di laman web Maybank, proses tukar kad debit Maybank ini, mereka tidak mengenakan sebarang caj. Jadi, tidaklah saya perlu gusar.
Aktifkan Kad ATM Maybank Secara Online
Sebaik dapat kad debit Maybank itu, anda perlu aktifkan kad anda itu. Cara mengaktifkan kad Maybank melalui Maybank2u.
- Log in ke web Maybank2u anda.
- Pergi ke Settings
- Klik Cards
- Tekan button Manage Debit Cards.
- Klik Debit Card, Replace, Renew, Activate & Block.
- Pada bahagian Debit Card – Replace, Renew, Activate & Block tu anda tekanlah Activate.
- Masukkan 8 nombor terakhir dari kad debit Maybank yang baru anda terima itu.
- Tekan button Term & Conditions tu.
- Klik Activate (button hijau)
- Siap. Kad debit Maybank anda yang baru sudah boleh digunakan.
Siap! tukar kad ATM Maybank online ini sebenarnya pilihan untuk anda yang tidak dapat atau tidak mahu menguruskan pertukaran kad maybank di kiosk.
Jadi tak perlu ke bank.
Berlaku Masalah Sewaktu Permohonan Kad Debit Online, Apa Nak Buat?
Macamana kalau tiba-tiba berlaku masalah dalam permohonan tukar kad Maybank secara online ini? Okay, meh saya terang apa yang jadi.
Waktu saya mohon kad debit online ini, dalam seminggu selepas buat permohonan online. Saya dapat sms dari Maybank.
Minta saya ke cawangan terdekat Maybank untuk tukar kad debit di kiosk.
Tapi saya tak terus pergi.
Saya telefon dulu Maybank customer service.
- ini no customer service Maybank tu : 1-300-88-6688 (tekan urusan kad debit)
Alhamdulillah, sepanjang saya berurusan di telefon ini tak perlulah sampai menunggu lama.
Masa ini saya maklumkan yang saya sudah pun membuat permohonan tukar kad debit secara online. Tetapi dalam masa sama terima sms dari Maybank.
Setelah pegawai bank membuat semakan. Rupanya permohonan saya itu tak masuk dalam sistem. Pegawai buatkan report dan maklumkan yang saya perlu menunggu panggilan semula dari bank.
Kalau siap cepat dalam petang itu juga dia akan call semula.
Dan saya tak perlu pun pergi ke cawangan Maybank.
Memandangkan esoknya cuti. Dan bank pun tak call semula, saya tunggu sajalah sampai hari bekerja. Saya call bank semula.
Ceritakan hal yang sama. Agak lecehkan.. tapi tak mengapalah dah nak jadi kan. Layankan saja.
Dari perbualan dengan bank untuk kali kedua, saya baru dimaklumkan yang permohonan saya baru saja diupdate dalam sistem.
Dan tak lama selepas itu, saya dapat panggilan dari Maybank yang memberikan kod delivery parcel untuk saya semak status penghantaran.
Disebabkan ianya ambil masa 9 hari bekerja untuk saya menerimanya. Maka, saya putuskan untuk menunggu saja.
Selepas beberapa hari saya pun terima kad debit yang baru.
Tukar Kad Debit Maybank Di Kiosk
Selain buat secara online, anda juga boleh tukar kad bank Maybank anda di kiosk Maybank sendiri. Ini senarai kiosk yang disenaraikan oleh bank harimau ini.
- Kuala Lumpur Main
- Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
- KLCC
- Mid Valley Forex Booth
- Jalan Gombak, Kuala Lumpur
- Shah Alam Main
- Rawang (Jalan Bandar Rawang 2)
- USJ 10/1G, Subang Jaya
- Puchong Jaya
- Setia Alam
- Klang (Jalan Kepayang)
- Pandan Indah
- Kajang
- Bandar Baru Bangi
- Nilai
- Seremban Main
- Batu Pahat, Jalan Zabedah
- JB Main (JB City Square)
- Melaka Main
- Taiping, Perak
- Penang Road (KOMTAR)
- Kangar
- Alor Setar
- Kota Bharu Main
- Kuala Terengganu
- Kuantan (Bukit Ubi)
- Bandar Sri Permaisuri
- Taman Melawati
- Giza Kota Damansara
- Kluang
Nak detail alamatnya boleh klik di sini : https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/pdf/personal/cards/debit_cards/maybank-debit-card-kiosk-location.pdf
Kelebihan buat di kiosk Maybank untuk tukar kad ini, kad boleh terus dapat on the spot. Tak perlu menunggu lama untuk dapatkan kad debit Maybank yang baru. Namun, saya tak dapat nak kongsi cara tukar kad Maybank di kiosk. Sebab tak pernah cuba lagi.
Info berkaitan boleh saja google, insyaAllah ada ramai yang rajin berkongsi.
Semoga bermanfaat.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
Ya..mudah sangat. akak pun buat kat maybank2u aritu..tunggu je kad baru sampai rumah.
Hihi.. kan kak. Saya pun ni en Yem yang ajar.
Dulu gigih p teman suami ke KLCC sebab nak tukar kad debit dia yang dah expired. Masa tu Maybank KLCC jer yang bukak pada hari Ahad.