rawat-telinga-tersumbat

Rawat Telinga Tersumbat Sebelah Kiri

Seksanya hadapi masalah telinga tersumbat ini. Tiga kali alami telinga tersumbat sebelah kiri dan ke ENT Hospital Shah Alam untuk rawatan.

Kali pertama kena tu waktu masih bekerja di Mingguan Wanita. Masa itu saya dapatkan rawatan sakit telinga di Klinik Ishak seksyen 18, Shah Alam.

Kali kedua dan ketiga ini saya hadap waktu dah berhenti kerja. Dan antara punca telinga tersumbat ini disebabkan masalah tahi telinga.

Punca Telinga Tersumbat

Waktu pertama kali kena itu, doktor maklumkan yang di telinga sebelah kiri saya ini ada spora (kulat) dalam telinga. Jadi nak tak nak kena buanglah.

Mula-mula itu doktor titiskan ubat di telinga dan saya kena tunggu seketika di klinik. Sejam dua macam tu. Lepas titiskan ubat tu, memang tersumbat habis pendengaran.

Selepas beberapa jam tu, saya masuk semula bilik doktor dan doktor titiskan ubat sekali lagi dan buat proses keluarkan kulat dari telinga.

Saya rasa masa itu mungkin sebab saya berkebun agaknya. Tu ‘kulat’ tu termasuk dalam telinga. Tapi ini andaian semata. Seingat saya doktor guna picagari untuk keluarkan kulat yang ada kat telinga kiri saya ini.

Macam tembak air gitu. Elok je kulat tu terkeluar, terasa lapang pendengaran. Jalan pun dah mula stabil. Kalau kena masalah telinga tersumbat ini, percayalah jalan pun jadi tak stabil tau.

Sebelum balik tu, doktor pesan. Jangan korek telinga guna apa pun. Sekadar nak bersihkan luaran tu tak apa. Tapi tulah.. kekadang terlupa dibuatnya.

Cara Hilangkan Telinga Tersumbat Sebelah Kiri

Kenapa telinga pekak sebelah. Kali ini puncanya disebabkan masalah tahi telinga yang mengeras. Nak tergelak bila tulis ini. Macam nampak teruk sangat kan sampai ada masalah tahi telinga banyak.

Bila saya buat pembacaan. Sememangnya ada orang yang menghasilkan tahi telinga yang banyak. Tahi telinga berkumpul dan mengeras.

Haa.. macam masalah telinga saya lah tu. Waktu ini saya dapatkan rawatan di klinik lain.

Doktor bekalkan ubat titis telinga. Cara guna ubat titis telinga yang disarankan : Baring dalam keadaan mengiring. Titiskan ubat telinga pada telinga yang bermasalah. Masa itu telinga kiri. Jumlah titisan ikut saranan pada pek ubat. Baring dalam beberapa minit, tekan sedikit cuping telinga, bagi ubat masuk ke dalam saluran telinga.

Lepas titis ubat, sekali lagi pendengaran terus tertutup ya.

Adalah seminggu saya menahan telinga tak dengar itu. Akhirnya ke klinik semula untuk mengeluarkan tahi telinga yang dah lembut itu. Sebab tujuan ubat titis telinga itu untuk melembutkan tahi telinga dan senang untuk dikeluarkan.

Sayangnya, bila di klinik tahi telinga itu dah sampai ke dalam dan doktor klinik tak dapat nak buat (sebab tak cukup alatan). Akhirnya saya pun ke hospital Shah Alam bahagian ENT.

Selepas dapat appointment, maka saya cuma perlu berbaring di katil dan ada mesin khas yang mengeluarkan tahi telinga itu. (sebab dah lembut kan, prosesnya sekejap sangat).

Ya Allah.. lega dibuatnya.

ubat-hilangkan-telinga-tersumbat

Guna Ubat Cair Tahi Telinga OtiBlock Rawat Telinga Tersumbat

Kali ketiga saya alami telinga tersumbat belah kiri dan sedikit berair. Juga berpunca daripada masalah tahi telinga. Adoilah! Dah kena gelak dengan en Yem.

Mujurlah dalam menggelakkan saya itu, en Yem memahami kesakitan isteri dia ni. Siap ganti memasak bagai. Kira sangat-sangat membantu mengurus dapur dengan anak-anak. Tetiba terasa bahagia dengan pasangan sendiri. Eh!

Okay, balik pada ubat cair tahi telinga OtiBlock ini.

Saya dah guna dekat 4 hari, telinga masih tersumbat tapi tak adalah tertutup habis seperti sebelumnya. Cuma, saya tetap kena ke klinik untuk rawatan keluarkan baki tahi telinga yang dah lembut nanti. Kata doktor selepas seminggu.

Baca juga : Cara meredakan ulser

ubat-cairkan-tahi-telinga

Cara guna ubat spray OtiBlock ini saya juga, baring mengiring. Spray 5 kali dalam telinga kiri. Masa ini rasa macam ada semut berjalan dalam telinga, macam ‘gunung berapi’ pun iya. Meletup-letup dalam telinga. Selepas 5 minit baru boleh bangun atau mengiring ke kanan pula.

Ambil tisu, bersihkanlah sekitar-kitar telinga tu. Ubat Otiblock ini diformuladi secara saintifik untuk melembutkan tahi telinga atau earwax dekat saluran telinga. Ia akan memecahkan tahi telinga menjadi kecil.

Dari keterangan pada kotak, ditulis ubat sembur telinga tersumbat otiblock ini mengandungi bahan aktif yang dinamakan hydrogen peroxide. Yang mana ia akan membebaskan oksigen yang dapat memecahkan tahi telinga menjadi kepingan yang lebih kecil.

Dan ubat spray Otiblock ini tak mengandungi minyak.

Sebenarnya cara mengatasi telinga tersumbat ini suka atau tidak, anda memang perlu mendapatkan rawatan di klinik juga. Janganlah berani-berani korek atau mencuba petua hilangkan telinga tersumbat yang pelik-pelik tu.

Sama lah juga kalau diuji dengan penyakit kronik yang lain. Dulu pun saya bawa mak ke klinik juga untuk rawat penyakit kayap yang pernah mak alami.

Alhamdulillah, dalam tiga minggu mak dah pulih dari sakit kayapnya itu.

Penggunaan ubat pun memerlukan preskripsi daripada doktor atau ahli farmasi bertauliah. Bahaya tu rawat sendiri-sendiri.

Bila diuji sakit begini terasa bersyukurlah dengan nikmat pendengaran yang tuhan berikan. Didoakan anda yang sedang diuji masalah telinga tersumbat itu digandakan kesabaran dan dipermudahkan urusan.

Semoga bermanfaat.

Baca juga : Cara pindah duit Tabung Haji ke Maybank

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

5 Comments

  1. SR March 4, 2023
  2. Mama Reen March 5, 2023
  3. azni March 15, 2023
  4. nettyahhiyer January 17, 2024

Leave a Reply

error: Content is protected !!