tauhu kukus sos tiram

Sedapnya Tauhu Kukus Sos Tiram Simple Ala Chinese 2023

Tauhu kukus sos tiram simple | Hari tu terbeli tofu lembut. Lama dah simpan dalam peti ais tu. Nak masak, tapi takut tak sedap.

Dulu pernah buat guna resepi bantai-bantai je. Biasa-biasa je rasa dia. Masa ni belum pandai bab masak-masak lagi. Lepas tu, tetiba teringin nak makan tauhu stim sos tiram. Terbelilah. Lepas tu, blur sebab tak berjumpa lagi resepi yang boleh memikat selera sendiri.

Google punya Google, terjumpa juga dengan Siamcino Kelate Channel ini. Dia share cara buat tauhu kukus sos tiram sedap ala chinese macam di restoran.

Resepi Tauhu Kukus Sos Tiram Ala Chinese

Durasi memasak : 20 minit

tauhu kukus sos tiram

Bahan-bahan Untuk Masak Tauhu Kukus

  • Seketul tofu lembut – keluarkan dari bekasnya.
  • 4 ulas bawang merah – hiris
  • 3 biji bawang putih – hiris
  • Udang geragau – segenggam – rendam dan tos.
  • 11/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap pekat manis
  • Buh 1 sudu kecil sos char koay teow Mak Cun
  • 1 sudu kecil gula
  • Daun Ketumbar
  • 4 sudu besar minyak
periuk nasi kukus
Saya gunakan periuk nasi ini untuk kukus tofu lembut. Setkan Steam (kukus) untuk 10 minit.

Cara Buat Tauhu Kukus

  1. Mula-mula kukus dahulu tofu lembut.
  2. Kukus dalam 10 minit. Biarkan tauhu kukus dengan baik.
  3. Keluarkan. Macam saya punya ada lebihan air. Air tu saya buang.

Tips : Sebelum keluarkan tofu, gunting setiap empat penjuru bahagian bawah pek. Baru telangkupkan. Nanti dapat keluarkan tofu lembut ni tanpa merosakkan tekstur dia.

Cara Buat Sos Tiram Yang Sedap

  1. Goreng bawang merah dan putih dalam kuali.
  2. Bila dah garing (kena betul-betul garing) angkatlah.
  3. Goreng pula udang geragau sampai garing. Tapi jangan hangus ya. Angkat.
  4. Sementara itu, buatkan sos.
  5. Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos char koay teow Mak Cun dan gula. Gaul bagi sebati.
  6. Kemudian, masukkan minyak gorengan tadi dalam bancuhan sos kita tu.

Cara Hidang Tauhu Kukus Sos Tiram

  1. Tuang sos atas tauhu kukus.
  2. Letakkan bawang goreng.
  3. Buh pula atas dia udang geragau goreng tadi.
  4. Taburkan daun ketumbar (resepi asal dia guna daun bawang.. takde pulak kat rumah ni. Takpe kita buat dia.)

Okay, resepi tauhu lembut sedia untuk dinikmati. Sedap sungguh bak hang resepi tauhu kukus ni. Memang ada sedikit berbeza dari resepi asal, sebab ada bahan yang saya takde. Tapi rasanya tetap tip top.

Resepi tauhu lembut sos tiram yang asal di video bawah ni ya:

Resepi Sup Tauhu Lembut Ala Cina

Bahan-bahan

  • 2 bekas tauhu lembut – dipotong besar
  • 2 biji bawang merah – dihiris
  • 1 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 kiub ayam
  • 1 biji lobak – dihiris
  • Daun bawang – potong kecil
  • Garam

Cara memasak :

  1. Tumis bawang merah dan putih. Dah naik bau masukkan air. Biarkan mendidih. 
  2. Masukkan kiub pati ayam. Bagi sebati dan masukkan lobak merah yang dihiris memanjang.
  3. Setelah lobak empuk, bolehlah perasakan dengan garam. 
  4. Akhir sekali masukkan tauhu lembut tadi. Tak perlu kacau selalu untuk elakkan tauhu lembut terpecah. Dah mendidih bolehlah matikan api. 

Baca juga : sambal tomato cili padi simple paling sedap

tauhu kukus sos tiram
Tara! Inilah hasilnya..

Sedap Rupanya Resepi Tauhu Kukus Sos Tiram

Bila tengok cara pembuatan tauhu kukus ini mudah sebenarnya. Terus terpesona untuk mencuba. Maka hari tu pun cubalah. Sayangnya tak semua bahan ada di rumah. Jadi, saya guna saja apa yang ada dalam rumah ni.

Nak bagi tau ni.. rasa dia Ya Ampun! memang sedap amat.

Boleh diratah begitu saja. Nak-nak bila kita hilang selera lepas dijangkiti Covid ni. Makanan yang simple-simple macam ni jugak yang menambat selera.

Khasiat Tofu Lembut

Uniknya dalam masakan ini menggunakan tofu lembut atau tauhu lembut yang dijual dalam bekas. Sebaliknya bukan tofu lembut yang bulat.

Selain resepi tauhu lembut yang dimasak kukus, ada juga yang menjadikannya sup.

Tofu lembut ini ada sumber protein yang baik untuk tubuh kita juga ya. Malah ada sumber besi dan kalsium yang sangat baik di dalamnya. Patutlah orang Cina, Jepun mahupun orang Korea cukup suka makan tauhu ini.

Resepi tofu lembut sos tiram ini pun bagus sebenarnya. Ini kerana tauhu lembut hanya dikukus dan sedikit saja penggunaan minyak.

Bagus juga untuk dihidangkan dekat en Yem yang gout tu.

Cuma saya kenalah elakkan penggunaan udang kering. En Yem pantang segala jenis seafood. Sepatutnya begitulah. Sayangnya, en Yem lebih suka pendekatan ‘pantang nampak’.

Perbezaan Tofu Lembut Dengan Tauhu

Tofu lembut juga dikenali sebagai tauhu lembut. Teksturnya lebih lembut. Manakala tauhu pula lebih padat. Tofu lembut tidak sesuai digoreng, sebaliknya dijadikan tauhu kukus.

Tauhu yang bulat itu, dipanggil juga sebagai tofu telur atau tauhu Jepun. Saya suka makan bila dijadikan sup tofu jepun ala chinese tu. Tapi saya sendiri belum pernah memasaknya.

Tofu lembut ini teksturnya lebih padat dan ada banyak air. Bahannya pun dari kacang soya yang melalui proses fermentasi. Kira macam keju lah juga.

Manakala tauhu boleh digoreng dan dipotong dengan mudah. Tekstur sedikit kental dan tidak mudah pecah.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

10 Comments

  1. ziana eunos April 19, 2022
    • nettyahhiyer April 19, 2022
  2. Min Shamsuddin April 19, 2022
  3. Shida Rahmat April 21, 2022
  4. atul hamid April 22, 2022
  5. Bonde Zaidalifah April 22, 2022
  6. Maria Firdz April 22, 2022
    • nettyahhiyer April 23, 2022
  7. mommylizz April 23, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!