Dalam perjalanan pulang ke rumah mak. Betul2 di traffic light Giant Sec.13. Seronok plak berblogging dalam kereta nih. Maklumlah macam bos kan..en Yem kat sebelah ni jadi driverlah pulak..hahaha.. jangan marah ya abang encem. Sambil layan KL.fm, dengar plak lagu sedap menenangkan hati dari Datin Rina Rahman. Apa lagi terus je jadi tajuk utama petang2 Khamis nih.
Berikanku bahagia
Hidup bebas
Mencari jalan sendiri
Jauhi alam derita
Ku jangan diganggu lagi
Kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia
Menempuh hidup baru
Kata manis sumpahan
Janji akan setia
Curahan ketika kita
Dalam bermesra
Oh itu
Hanyalah godaan
Memujuk hati ini
Oh itu telah pun ku tahu
Diriku telah terpedaya
Lirik nih sempat aku copy dari internet. Best bermain ngan teknologi nih..semuanya ada di hujung jari.
Sebelum ambil anak2 kat rumah mak ngan kak Iza, aku kenalah temankan en. Yem yang kelaparan kat sebelah nih. Di UiTM Puncak Alam ada gerai makan yang memang jadi perhatian kami berdua. Rasanya kat situ kot yang paling sedap dalam banyak2 gerai yang ada. Tapi tak leh pakai sangat idea aku nih coz aku baru cuba makanan dari dua gerai. Pastu masuk gerai ke tiga nih dah rasa sedap. Hmm, terus melekat kat situ.
Dalam pada itu, aku dah tak dapat tidur dekat beberapa malam. Coz kepala aku ligat berfikir macam mana aku nak upgrade kehidupan aku sekarang nih. Bukan mudah sebenarnya, banyak benda nak kena fikirkan. Kadangkala aku terfikir untuk apa aku kerja mati-matian selama ini? Aku tahu jawapannya sebab aku dah belajar semua itu dalam kelas ESQ 165. Tapi aku tak dapat menidakkan fikiran jahat yang masih ada dalam diri aku nih.
Dan sampai hari ini aku masih lagi tertanya2. Semalam aku tanya benda ini dekat en. Yem. Nampaknya dia malas nak layan pertanyaan aku tuh. Remeh kot. Hm, lelaki memang gitukan. Bila masuk bab2 yang ala2 nak manja2 sikit jer terus potong line. Tapi aku tetap percaya dengan jodoh yang Allah tentukan untuk aku ini. Maknanya aku dan en Yem perlu belajar dan saling memahami agar kehidupan kami saling melengkapi. Kalau aku tak belajar memahami tentang ‘lelaki itu’ belum tentu dia akan belajar untuk memahami ‘perempuan ini’. Ahaks!