siakap-stim-limau

Cara Masak Siakap Stim Limau Thai Terpaling Sedap

Resepi siakap stim limau Thai terpaling sedap ini dari perkongsian video Vlogger Mark Wiens dan Chef Pai. Simple cara masaknya.

Ikutkan sebelum ini, saya masak siakap stim dengan resepi letak halia. Itu pun sedap juga. Cuma resepi ikan siakap stim limau absolute Thai letak daun ketumbar, rasanya lebih kick.

Lagi sedap terangkat cuols.

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Thai

Sukatan bahan-bahan resepi ikan siakap stim ini saya ambil dari resepi Chef Pailin Chongchitnant, Hot Thai Kitchen yang dia kongsikan dalam video bersama Mark Wiens.

Follow sukatan itu ya kalau nak terjamin sedap tu. Dalam gambar yang saya tu, sukatannya saya main campak-campak je.

Bahan Ikan Masak Stim

  • 1 ekor ikan siakap – cuci bersih
  • 5 batang serai – ketuk
  • 1 cawan stok ayam
  • 2 sudu besar gula melaka (kalau dapat palm sugar Thailand lagi sedap)
  • 8 sudu besar jus limau nipis (kalau takde lemon pun bolehlah.. cuma tak kick)
  • 6 sudu besar sos ikan
  • 2 biji bawang putih – dicincang
  • Cili padi (ikut citarasa) – dicincang
  • Segenggam daun ketumbar
  • 2 tangkai daun sup
  • 1 inci halia (ni saya tambah)

Cara Masak Siakap Stim Limau Absolute Thai

Penyediaan Ikan Siakap Stim Simple

siakap-stim-limau

Selalunya saya beli ikan dah siang di kedai. Jadi balik, tinggal cuci bersih ikan tu saja.

Kelar badan ikan, agar sos untuk ikan stim yang dibuat nanti meresap ke dalam ikan dengan baik.

Ketuk serai dan sumbatkan serai ke dalam ikan.

Saya letakkan juga hirisan halia di atas ikan semasa untuk mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan.

Sebaiknya tos betul ikan sebelum di stim ya. Sebab kita nak kurangkan air ikan semasa dan selepas di stim.

ikan-siakap-stim-limau

Macam saya ni nak masak siakap stim tapi tiada pengukus di rumah. Jadi saya stim pakai mikrowave saja. Mujurlah ketuhar mikro gelombang kat rumah ni boleh set fungsi steam fish.

Kukus sampai bahagian tengah ikan tu masak. Berapa lama mengukus ikan ini bergantung pada beratnya.

Macam siakap saya ini lebih 600 gram. Saya setting masak sebanyak dua kali. Boleh gunakan garfu untuk periksa.

Cara Sediakan Sos Siakap Stim Limau Thai

siakap-stim-limau

Panaskan stok ayam dalam periuk. Sebab saya guna stok ayam maggi, jadi saya kenalah tambahkan air.

Masukkan hirisan gula melaka di dalamnya.

Renehkan sampai adunan mencair. Matikan api bila dah menggelegak.

siakap-stim-limau

Sementara itu, kisar kering bawang putih dan cili. Kalau rajin, boleh cincang halus-halus guna kudrat tangan sendiri. Barulah ada aura air tangan tu.

Bila stok ayam tadi dah menggelegak, gula pun dah sebati. Matikan api tuang ke dalam mangkuk.

Biarkan sekejap bagi sejuk sikit. Sementara masih hangat, masukkan bawang putih dan cili.

Tuangkan sos ikan.

Masukkan daun ketumbar.

Tuangkan jus limau nipis.

siakap-stim-limau
Jangan keliru tau dengan gambar ni. Ini ikan siakap stim thai yang saya buat kali kedua. Punya sedaplah sampai buat berkali-kali.

Kacau sebati. Dan tuangkan atas ikan siakap yang dah siap distim. Kalau ada air ikan yang banyak, keluarkanlah dulu ya. Kalau setakat sikit-sikit tu kira ok je pada saya.

Hias dengan hirisan lemon dan daun sup.

Siap! Boleh dinikmati siakap stim limau thai yang sedap lagi simple ni.

Baca juga : Cara masak nasi ayam Thai viral

siakap-stim-limau

Ikan Stim Limau Khairul Aming

Terperasan juga resepi yang saya cuba ini ada sedikit persamaan dengan resepi siakap stim limau Khairul Aming.

Cuma ikan stim Khairul Aming ada tambah halia dan daun limau purut waktu stim ikan siakap. Lebih kurang saja caranya.

Kombinasi bahan-bahan ikan masak stim yang simple, ada limau nipis bagai menyerlahkan rasa masam, masin dan manis resepi siakap stim limau ini.

Maka, saya pun mencuba masak hidangan ikan siakap stim limau ala Thai ini untuk anak-anak dan keluarga.

Alhamdulillah, anak-anak memang suka, gerenti tak tolak.

Bagi saya, kalau ada yang sedang berdiet itu elok sangatlah mencuba resepi ini. Bagus sebenarnya untuk anda yang nak buang kalori itu.

Saya terang kat bawah alasannya.

Baca juga : Resepi kerabu kaki ayam

Siakap Masak Stim Simple Sejenis Sajian Sihat

Dalam resepi Pai kongsi itu, mereka guna ikan barramundi. Rupanya itu nama lain untuk ikan siakap. Selama ini ingat nama omputih dia sea bass je.

Satu ketika dulu pernah viral cerita ikan siakap harga kayangan. Sampai beribu harga satu hidangan.

Rupanya di sebalik seekor ikan siakap ini ada manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita.

Selain sumber protein yang baik, ikan siakap ini juga ada sumber Vitamin B1 yang penting untuk sistem saraf kita. Siakap juga ada manfaat vitamin A yang melindungi kesihatan mata dan penglihatan.

Dan khasiat ikan siakap ini juga mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi. Ianya baik untuk menurunkan darah tinggi dan mengawal paras kolesterol.

nettyahhiyer.com

Makna kata, bila dicampur dengan lemon, bawang putih malah cili.. khasiatnya lagilah berganda.

Cuma, kalau anda ada darah tinggi dan nakkan sajian sihat dari ikan siakap stim limau ala thai ini. Kenalah kurangkan sos ikan tu. Kan dia masin kan.

Anda yang sedang berdiet pun bagus juga ambil siakap stim kerana jumlah lemak dan kalori separuh berbanding ikan salmon.

Kalau tengah buat diet eat clean atau diet suku-suku separuh, bolehlah mencuba resepi siakap stim limau thai ini.

siakap-stim-limau

Ketahui Jenis Limau

Kadangkala saya pun sejenis gagal nak memahamkan limau mana yang patut guna bila nak masak ikan stim ini.

Limau untuk masakan yang biasa saya jumpa ada jenis :

  • Kasturi (Citrus Microcarpa) – dikenali juga dengan nama kalamansi. Sedap buat sambal belacan.
  • Limau Nipis (Citrus aurantifolia) – sedap dicampur dalam minuman dan masakan. Yang saya perasan, makin lama saya simpan dalam peti ais.. makin banyak airnya (mungkin saya salah. Tapi ini yang saya alami)
  • Limau Purut (Citrus Hystrix) – jarang guna dalam masakan. Selalunya untuk kegunaan ibu-ibu dalam berpantang.
  • Lemon – sedap buat air minuman. Sangat sedap bila dijerukkan.

Untuk masak siakap stim thai ini saya gunakan limau nipis. Keempat-empat jenis limau itu mempunyai kemasaman yang berbeza ya.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

3 Comments

  1. SR December 2, 2022
  2. Tinsyaz December 17, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!