Cara Buat Sup Krim Cendawan Simple Tersedap

Sup krim Cendawan simple I Resepi mushroom soup ini sedap dimakan panas-panas. Cicah pula dengan roti bawang putih. Sedap tak hengat jadinya.

Boleh dijadikan menu sarapan pagi atau makan malam. Selalunya bila dah bosan makan nasi, sup cendawan berkrim inilah hidangan yang saya sediakan untuk anak-anak dan suami.

Saya guna resepi sup cendawan Campbell yang dalam tin tu. Dulu saya tak suka guna sup cendawan dalam tin. Sebab rasa dia pelik. Rupanya ada cara masak sup cendawan Campbell ini.

Resepi Sup Cendawan Campbell

Bahan-bahan Sup Krim Cendawan Simple

Masa penyediaan : 20 minit cukup dah!

  • 1 sudu besar olive oil
  • 1/1/2 sudu besar butter
  • 1 tin sup cendawan Campbell
  • 2 ulas bawang putih – ketuk, cincang
  • 1 sudu besar lada hitam – tumbuk ikutlah nak halus ke kasar
  • 1 cawan susu segar full cream – nak lebih pun boleh. Biasanya saya lebihkan.

Cara Membuat Sup Cendawan Campbell Jadi Lebih Sedap

  1. Masukkan olive oil dan butter dalam periuk. Hidupkan api, masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau.
  2. Kemudian, masukkan lada hitam kacau kejap. Terus masukkan isi sup mushroom. Tin yang kosong tu isikan air.
  3. Kacau kejap, masukkan air dari tin tu. Kocak-kocaklah ya biar tak tertinggal isi sup cendawan tu. Sayang oii.
  4. *kalau guna 2 tin masukkan air pun ikut jumlah yang sama 2 tin.
  5. Kacau sampai takde ketul-ketul isi tu ya.
  6. Akhir sekali masukkan susu segar full cream, kacau sebati.
  7. Siap!

Note : Kalau memasak guna sup campbell tin kecil tu, gunalah dua tin ya. Variasi perasa dia ada macam-macam jenis. Ada yang cendawan saja, ada juga gabungan ayam dan cendawan. Mana-mana ok, janji ada perkataan cendawan.

Tip Masakan Guna Mushroom Dalam Tin

Resepi sup cendawan Campbell ini tak perlu dah nak tambah perasa ke garam ke gula. Guna sup pekat campbell saja. Rasanya dah cukup perfect sup krim cendawan tu.

Kalau guna yang perasa cendawan saja, dia punya sedap boleh menyamai resepi sup cendawan pizza hut tu.

Tambahan : Kalau nak bagi lagi sedap resepi mushroom soup campbell ini, boleh masukkan potongan cendawan butang dalam tin. Beli cendawan butang yang siap ada kat rak pasaraya je.

Saya juga kongsikan cara panggang daging bakar jadi lembut di sini : Daging bakar jadi lembut panggang atas dapur gas.

Ada Sebab Guna Susu Segar Full Cream Dalam Sup Cendawan Campbell

Antara tip nak bagi sup mushroom dalam tin ini lebih sedap adalah dengan menambah susu segar full cream. Kenapa guna full cream?

Bukan guna susu segar low fat (rendah lemak) atau susu segar biasa.

Lagipun, susu penuh krim (full cream/whole milk) ini ada komposisi lemak macam susu segar sekitar 3.8%. Itu yang menjadikan sup campbell ini lebih lemak berkrim.

Sedaplah orang kata.

Biasanya saya gunakan susu full cream Dutch Lady atau susu segar full cream Farm Fresh. Apa-apa brand susu pun ok je sebenarnya. Janji ada tulis full cream.

Baca juga :

Garlic Bread Homemade

Tak lengkap kalau tak menikmati mushroom soup homemade ni dengan roti bawang putih buat sendiri.

Saya lagi suka buat garlic spread sendiri. Rasanya lebih sedap. Nanti sapu saya atas roti putih Gardenia. Bakar atas pan pemanggang.

sup-krim-cendawan

Cara buat garlic spread sedap : Cencang bawang putih dalam seulas dua, tambahkan secubit thyme (kalau dapat daun thyme dari pokoknya, lagi sedap). Gaulkan dalam butter atau marjerin planta. Mana-mana lah yang ada kat rumah tu ya.

Hasilnya nanti semasa roti dibakar akan mengeluarkan bau enak, wangi membuka selera. Memang terbaik rasa dia nanti.

Selamat mencuba resepi sup cendawan berkrim simple bersama roti bakar bawang putih homemade ini ya.

sup=krim-cendawan

Variasi Campbell Mushroom Soup Di Pasaran

Sup pekat Campbell ini satu jenama yang dah lama dikenali dekat Malaysia ini. Nak tahu tengok saja dekat tin ada tulis Campbell’s.

Warna tin putih merah itu dialah tu.

Dulu 1 tin cendawan yang bersaiz besar tu bawah RM5. Sekarang ini dalam anggaran RM5 ke RM8 ikut pada jenis sup nya.

Ada 4 jenis seleksi sup mushroom yang boleh dipilih oleh pengguna; mushroom soup, chicken soup, tomato soup dan premium selection misalnya cendawan liar.

Cendawan liar tu saya pernah cuba memang sedap rasa dia.

Ada juga sup cendawan Campbell segera yang dalam kotak. Saya pernah beli mushroom soup segera yang instant ini. Sayangnya tak lepas pula dekat tekak.

Tak tahu nak gambarkan rasa nya macam mana.

Menariknya, satu hidangan cendawan yang diambil itu mampu menyediakan kira-kira 20 hingga 40 peratus ‘copper’ dan mineral yang memberi perlindungan kepada jantung.

sup-krim-cendawan
Sup krim cendawan segera yang ada dijual di pasaran.

Sup Krim Cendawan Segera Yang Enak

Bila dah tahu cara buat sup krim cendawan paling mudah ini. Setiap kali buat sup mushroom saya guna resepi sup cendawan simple saya itu sajalah.

Hasilnya tetap rasa sedap.. macam pizza hut lah. Hahaha..

Selain penggunaan mushroom dalam tin, mushroom soup kotak jenis segera ini juga boleh menjadi pilihan ibu memasak untuk anak-anak.

Sejenis sup mudah sedia juga.

Sama juga macam sup cendawan campbell, bezanya tekstur cream of mushroom soup ini seakan susu tepung. Asas roux dalam masakan Perancis digunakan dalam sup cendawan segera ini.

Sebab itulah untuk menghasilkan sup krim cendawan yang sedap, anda perlu mencampurkannya dengan susu mahupun krim yang dimasak atas dapur dengan api perlahan sehingga pekat.

Sedap dihirup panas-panas dengan roti bawang putih.

Cendawan Dalam Tin Halal

Selain mencuba sup cendawan yang simple, boleh juga jika mahu memasukkan cendawan butang dalam sup campbell yang kita masak tu.

Ini antara senarai cendawan butang dalam tin halal yang saya jumpa. Maksudnya di sini ada sijil Halal Jakim

  • Ayam Brand Mushrooms
  • Yusuf Taiyoob cendawan butang
  • Rex button Mushroom

Bukan saja cendawan dalam tin sedap, sotong tin Rex dalam tin pun antara makanan tin yang susah nak reject bila dimasak.

Ada lagi sebenarnya ya. Kalau saya jumpa lagi, saya akan update. Jika anda tahu senarai cendawan dalam tin yang halal lagi bolehlah kongsi di ruangan komen ya.

Baca juga : Resepi tauhu bergedil

10 Comments

  1. ZAIDALIFAH HUSSIN December 29, 2021
  2. Eintan Nurfuzie December 29, 2021
  3. Marina December 29, 2021
  4. Marshaliza December 29, 2021
  5. Alia Farhan Binti Said December 29, 2021
  6. ombakbergigi December 29, 2021
  7. Maria Firdz December 29, 2021
  8. Mimi December 29, 2021
  9. Maisarah December 29, 2021
  10. Azwar Syuhada December 29, 2021

Leave a Reply

error: Content is protected !!