Raya Isnin ke Selasa ikutlah negara anda berada | Terbacalah di media sosial tentang tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022 di negara Malaysia tercinta ini.
Kerana, ada yang menulis negara-negara lain sambut Aidilfitri pada hari Isnin, 2 Mei.
Tengok dekat kalender, Malaysia sambut Raya hari Selasa, 3 Mei. Hari ini, Ahad (1 Mei 2022) baru tengok anak bulan.
Dalam pada nak mendapatkan info berkenaan tarikh hari raya puasa 2022 ini, terbacalah status yang dikongsiakan Ustaz Abu Usamah Muhammad Hanafiah, seorang ulama muda yang aktif menyampaikan ilmu agama di Dun Kemasik.
Raya Isnin Ke Selasa
Kongsi beliau,
“Sebenarnya apa yang penting bagi kita adalah kita mesti ikut negara tempat kita berada. Tak boleh nak raya online ikut negara lain.”
Penjelasan Ustaz berdasarkan apa yang telah Rasulullah SAW sabdakan :
Rasulullah ﷺ bersabda :
الصَّوْمُ يَوْمَ تَصُومُونَ وَالْفِطْرُ يَوْمَ تُفْطِرُونَ وَالْأَضْحَى يَوْمَ تُضَحُّونَ
“Puasa itu pada hari kamu (orang-orang ramai) berpuasa, Berhari raya fitri itu adalah ketika kamu (orang-orang ramai) berhari raya fitri, dan Raya Adha itu adalah hari ketika kamu ( orang-orang ramai ) berhari raya Adha.
(HR Tirmizi)
Baca : Cara guna jadual perjalanan PLUS untuk balik kampung
Patuh Keputusan Pemerintah
Ketika mana pemerintah Muslim telah memilih satu keputusan berdasarkan kepada sandaran dalil yang boleh diterima maka keputusan pemerintah hendaklah dipatuhi oleh rakyat.
Satu kaedah yang masyhur :
حُكْمُ الْحَاكِمِ يَرْفَعُ الخِلَافَ
“Keputusan hakim (pemerintah) menghilangkan khilaf.”
Lihatlah Sikap yang ditunjukkan oleh Sahabat Rasulullah Abdullah bin Mas’ud R.a. demi untuk menjaga keharmonian, walaupun beliau tidak bersetuju dengan tindakan Sayyidina ‘Uthman bin Affan -R.a- melakukan solat secara Tamam di Mina, yang mana kisah ini direkodkan oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya.
عن عبدِ الرحمن بنِ يزيد، قال: صلَّى عثمان بمنى أربعاً، فقال عبدُ الله: صليتُ مع النبيَّ – صلَّى الله عليه وسلم – ركعتين، ومَعْ أبي بكر ركعتين، ومععُمر ركعتين -ومع عثمان صدراً من إمارته، ثم أتمَّها. قال الأعمش: فحدثني معاويةُ بنُ قرة عن أشياخه أن عبدَ الله صَلَّى أربعاً، قال: فقِيْلَ له: عبتَ على عثمان، ثم صليتَ أربعاً، قال: الخلافُ شَرٌّ.
“Daripada Abdur Rahman bin Yazid katanya : ‘Utsman bin ‘Affan R.a solat di Mina 4 rakaat. Maka Abdullah bin Mas’ud R.a mengingkarinya dan berkata: Aku dulu solat bersama Nabi Saw, Abu Bakr, ‘Umar dan di awal pemerintahan ‘Utsman sebanyak 2 rakaat. setelah itu ‘Utsman solat 4 rakaat. Berkata Al-A’mash : telah menceritakan kepadaku oleh Mu’awiyah bin Qurrah dari guru-gurunya bahawa Abdullah bin Mas’ud juga solat 4 rakaat. Maka dikatakanlah kepada beliau: Engkau telah mengingkari ‘Utsman atas solatnya yang 4 rakaat, kemudian engkau solat 4 rakaat juga. Abdullah bin Mas’ud menjawab : “Perselisihan itu adalah Buruk.”
Semoga Amalan kita diterima oleh Allah dan diampunkan segala dosa dan kesalahan kita.
Baca : Senarai ATM Maybank boleh tukar duit raya 2022
Sejarah Perak Dan Johor Pernah Sambut Raya Awal Sehari
Rupanya tahun 1983, Perak dan Johor pernah sambut raya awal sehari. Terbaca kisah ini di buzzkini.com.
Macam mana boleh sampai raya sehari awal ni, mana sekumpulan nelayan telah ternampak anak bulan ketika mereka menangkap ikan di lautan.
Bila masing-masing dah naik ke darat, tersebarlah berita itu. Pihak Marin pun akui benda yang sama. Akhirnya sampailah berita itu ke pengetahuan mufti.
Mufti pun maklumkan pada pemerintah negara ketika itu, Almarhum Tuanku Sultan. Bila mana mendengar berita itu, baginda arahkan semua jentera kerajaan negeri.
Agar memaklumkan pada rakyat melalui institusi negeri yang Perak dan Johor yang sambutan 1 Syawal awal sehari dari negeri lain.
Dikhabarkan juga, Jabatan Penerangan dan pihak polis menggunakan pembesar suara untuk membuat pengumuman Hari Raya ke seluruh bandar dan penduduk kampung.
Baginda dikatakan membuat keputsan itu kerana yakin anak bulan yang dilihat nelayan dan marin itu betul dan sahih.
Bila saya berborak dengan kakak ipar di Lenggong, dia pun cerita hal yang sama. Dulu pernah terjadi sambut raya awal sehari.
Pada saya, raya Isnin ke Selasa mana-mana tidak mengapa. Kalau Selasa, berpuasalah sehari lagi. Persiapan tahun ini tetap juga sama.
Biasa-biasa saja. Seadanya.
Lagipun tahun ini sambut di rumah mentua, yang mana kedua-duanya sudah tiada. Al Fatihah arwah ayah mentua saya Haji Mohd Akhir Bin Din dan arwah ibu mentua saya, Hajah Aminah Binti Mat Ayib.
Sayu sebak tahun ini pasti terasa. Kerana inilah kali pertama saya beraya tanpa ibu dan ayah mentua.
Semoga Allah pelihara juga kedua ibu bapa saya, Ah Hiyer Bin Ali dan Sulbiah Binti Sahijo yang ada di Meru dengan sebaik-baik peliharaan.
Kasihi dan kasihani kedua ibu bapa saya ya Allah sebagaimana mereka mengasihani saya ketika saya masih kecil.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis