Rahsia kejayaan pengasas Seri Maryam saya kongsikan di sini. Salah satu rahsia usahawan berjaya adalah pandai membina jaringan perniagaan aka networking.
Dalam dunia kewartawanan networking pun memainkan peranan yang cukup besar. Tanpanya, wartawan kekurangan sumber. Kekurangan sumber membuatkan wartawan sering berhadapan dengan kesesakan individu yang bersedia untuk ditemuramah.
Sebenarnya entri ini bukanlah mahu bercerita soal networking. Walaupun sebenarnya, cukup seronok bila bercerita mengenainya. Ramai yang mahu tahu rahsia membina networking.
Rahsia Membina Networking
Bagaimana ia bermula? Mahu mengembangkannya adakah strategi unik diperlukan? Bermacam persoalan yang bermain di benak fikiran.
Lewat Ramadan lalu, seorang kenalan yang juga ‘makeup artis’ merangkap pemilik butik busana muslimah dan pengantin, mencadangkan kepada saya tentang rakannya yang berhajat mahu ceritanya di siarkan di dalam majalah.
Sebelum itu saya perlu tahu siapa dia, apa istimewa temannya itu sehingga boleh saya kongsikan kisahnya kepada pembaca majalah Mingguan Wanita.
Setelah tahu serba sedikit latar kerjayanya, saya menghubungi dan menetapkan janji temu. Syarikat miliknya tidak jauh dari premis KMK. Kata orang, sekangkang kera sahaja. Lima minit kemudian, saya sudahpun berada di pejabatnya.
Pengasas Seri Maryam & Aura Yusuf
Wanita itu menanti saya dengan saratnya perut yang sedang menghitung hari kelahiran. Ramah sekali, Azian Ibrahim atau lebih senang saya memanggilnya Kak Yan bercerita tentang sejarah hidupnya, jatuh bangun dalam perniagaan, sampailah rahsia menjadi kaya dan berjaya.
Usia Kak Yan lebih muda dari saya, namun rata-rata kakitangannya baik yang berusia mahupun lebih muda memanggilnya dengan nama itu. Langsung melekat sampai ke hari ini.
Kak Yan sememangnya meminati dunia kecantikan sejak dari anak dara. Sebab itulah ilmu cantik hanya di hujung jari sahaja. Kak Yan juga merupakan pemilik Yusuf Danial Resources merangkap pengasas produk kesihatan dan kecantikan khusus untuk ibu hamil, Jus Seri Maryam.
“Kak Yan dah terbiasa minum kolagen, bila mengandung Kak Yan tak boleh amalkannya. Dalam hati memang mahu cantik dan sihat. Tapi di mana Kak Yan hendak cari produk kolagen yang selamat untuk ibu hamil. Susah sekali. Akhirnya Kak Yan buat keputusan bangunkan sendiri produk seumpama itu. Kolagen yang selamat untuk wanita hamil.”
Rutin Memelihara Kecantikan
Amalan meminum Jus Seri Maryam terus menjadi rutin wajib. Tanpa sedar, ia bukan sahaja memelihara kecantikan kulit malah menjadikan dirinya seorang ibu hamil yang cergas dan aktif.
Kerja-kerja pejabat yang memenatkan, menyudahkan tugasan di tengah-tengah malam (kerana Kak Yan ketika itu sedang sambung belajar), uruskan kakitangan, tiga orang anak malah suami sepatutnya membuatkan Kak Yan boleh pitam di tengah jalan.
“Alhamdulillah, amalan minum Jus Seri Maryam sesudu belah pagi dan sesudu belah malam, membuatkan Kak Yan cukup bertenaga. Dengan tanggungjawab yang ada Kak Yan perlu sihat sepenuhnya dalam masa yang sama bayi dalam kandungan pun perlu sihat dari segi mental dan fizikal.”
Selain Seri Maryam, Ini Kelebihan Aura Yusuf
“Bila Kak Yan mengantuk, Kak Yan sembur pula Spray Aura Yusuf. Sebenarnya Aura ini bukan sahaja untuk kesegaran tapi untuk seri muka. Tambah pula Kak Yan orang berniaga mestilah pelanggan nak tengok muka penjual pun berseri-seri.
“Kalau rasa tak sihat dan rasa seram sejuk yang lain macam, niat dan selawat semburkan pula ke muka dan badan. Waktu ‘baby’ menangis malam-malam ternampak benda-benda pelik sebab hijab mereka terbuka, kita sembur spray Aura Yusuf ni dekat tapak tangan kita, baca selawat dan niat lalu sapukan ke muka ‘baby’. Insyaallah hilang dengan izinNya.
Anak Kak Yan pun pernah digigit serangga, Kak Yan semburkan Aura Yusuf. Gatal berkurangan, sebab dalam Aura Yusuf ini ada menthol oil.” Itulah serba sedikit cerita Kak Yan tentang kelebihan produk Jus Seri Maryam dan Aura Yusuf.
Mahu tahu lebih lanjut kelebihan Aura Yusuf ini, layari : http://sohodirectory.blogspot.com/2013/11/yusuf-danial-resources.html
Usahawan yang baik adalah tidak pernah mengalah dengan apa ujian mendatang dalam perniagaannya. Akan tetap diusahakan sehingga membuahkan hasil.
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 25 November 2013