game-crossword-online

Game Crossword Online Di Solitaire.org Tajamkan Minda

Game Crossword Online Tajamkan Minda Anak | Dulu-dulu, dari zaman pertama kali ada komputer, game solitaire ini antara yang rajin saya layan.

Seingat saya, masa ini saya dah mula belajar di UiTM Shah Alam.

Waktu tu duduk asrama, bila dapat balik rumah. Seronoklah melayan kan. Sebab bukan sampai melibatkan duit pun, cuma susun-susun kad daun terup di komputer saja.

Bila dapat kerja di majalah, game solitaire ini tak lagi jadi priority untuk mengisi masa lapang. Sampailah bila company berpindah ke Shah Alam, dan akhirnya berada di bangunan baru game solitaire online ini mula terlihat-lihat kembali di depan mata.

Game Mengisi Masa Lapang Kakak Sekerja

Suka hati saya je kan tulis kakak sekerja itu kan. Entahlah, saya tak jumpa term yang sesuai untuknya. Hihi..

Bekerja di meja Mingguan Wanita ini sememangnya dia punya ‘hectic’ tuhan je yang tahu. Seminggu sekali, deadline untuk menyiapkan satu majalah.

Walau bekerja dalam kesibukan, kami seronok. Sebab ada ‘team’ yang saling membantu. Assistant Editor saya waktu itu, arwah kak Siti Arfah (kakak sekerja) ini ada satu hobi yang unik.

Setiap kali waktu rehat, kak pah suka bermain game solitaire ini.

Kadangkala saya join juga. Betullah, ianya antara cara untuk melepaskan tekanan kerja pada masa itu pun iya juga.

Satu lagi kan, tanpa sedar sebenarnya game sebegini menyuntik kelebihan ‘problem solving’ dalam diri kita. Macam itulah yang saya nampak.

Rupanya Website Solitaire Ada Macam-macam Permainan

Selepas saya dah berhenti kerja dan kini work from home saja, lama saya tak ambil tahu kewujudan game solitaire ini.

Sampailah, terbaca perkongsian rakan-rakan blogger yang lain. Rupanya game solitaire online yang dulu-dulu pernah saya main, sudah ada website sendiri.

Saya pun sajalah menerjah ke solitaire.org sekadar untuk ambil tahu apa yang ada di dalamnya. Rupanya ada macam-macam kau..

Antara kategori permainannya,

  • Solitaire
  • Card
  • Mahjong
  • Hidden Object
  • Match 3
  • Logic Puzzles
  • Word

Dan kategori Logic Puzzle dan Word ini yang menarik untuk saya kongsikan dengan anak-anak. Sebab apa tau, sebab ia membantu menajamkan minda anak-anak untuk mencari perkataan.

Sekaligus, bantu anak-anak memperbaiki kosa kata Bahasa Inggeris anak-anak.

Baca : Squid Game, Tengok Adegan Awal Dan Akhir Di Netflix

game-crossword-online
Mencuba permainan teka silang kata.

Game Crossword Online Bukan Biasa Biasa

Nak perbaiki perbendaharaan kata bahasa Inggeris ini eloknya memang kena paksa diri buat latihan melibatkan perkataan bahasa Inggeris kan.

Main Crossword Online ini pun salah satunya.

Ada satu tahap tu, memang kena rujuk kamus dan cari sana sini untuk mendapat satu-satu perkataan. Bukan biasa biasa punya game ini.

Kalau tak faham cara nak mainnya macam mana, di setiap laman permainan itu disertakan sekali arahan lengkap cara-cara bermain.

game-crossword-online
Permainan Word Search di solitaire.org

Kalau dah penat sangat otak memerah sebab nak mencari jawapan crossword atau teka silang kata ini, boleh cuba word search pula.

Yang ini lebih santai.

Saya kira budak-budak pun suka. Dia akan buatkan minda anak-anak tu mencari perkataan yang disenaraikan.

Berlawan pulak dengan masa. Kalau ada anak dua tiga orang, mak-mak boleh jadikan pertandingan. Siapa jumpa jawapan paling pantas, dialah pemenang.

nettyahhiyer.com

Haa.. nampak tak camane game online ini boleh menarik minat dan merapatkan anak-anak.

Sebenarnya, banyak saja sisi positif yang boleh diambil darinya. Jangan bimbang nak masuk website ini. Percaya atau tidak, ianya tiada iklan-iklan mengarut yang buat mak-mak susah hati.

Itu sebab saya suka nak kongsikan. Memang ada unsur-unsur pendidikan yang boleh membantu anak-anak menajamkan minda dan mengasah skill bahasa Inggeris mereka.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:,

Leave a Reply

error: Content is protected !!