dr rani osman

Dr Rani Osman Meninggal Dunia Di Awal Rejab Usia 65

Dipermulaan awal Rejab, jam 5 pagi Isnin ini, penduduk Meru mendapat perkhabaran duka, Dr Rani Osman meninggal dunia.

Allahyarham Dr Hj Abd Rani Osman merupakan mantan Pesuruhjaya Pas Selangor menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke Hospital Banting.

Membaca perkongsian teman-teman Allahyarham Dr Rani di facebook, sebelum tidak sedarkan diri. Allahyarham difahamkan baru saja hendak mengambil wuduk untuk solat tahajjud. Waktu itu, arwah sedang bercuti bersama ahli keluarganya di Pulau Carey, Kuala Langat.

Khidmat Bakti Allahyarham Dr Rani Osman

Pemergian Allahyarham Dr Rani yang berusia 65 tahun meninggalkan seorang isteri, empat anak dan 11 cucu.

Sewaktu hayatnya, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai mantan Adun Meru. Aktif dengan Lajnah Kebajikan Pas Kapar dan memberikan khidmat kebajikan perubatan kepada penduduk Kapar.

Saya masih ingat, waktu saya kecil hingga remaja pernah juga mendapatkan rawatan Allahyarham di klinik miliknya iaitu di Klinik Fitrah Meru.

Malah, Allahyarham juga pernah menaja pembelajaran pakcik di Timur Tengah.

Baca juga : buka sekolah dan tarikh cuti sekolah selangor

dr rani osman meninggal

Allahyarham juga suatu ketika pernah begitu aktif dengan kerja-kerja NGO bersama Yayasan Amal Malaysia, Misi Bantuan Kemanusiaan ke negara-negara luar.

Antaranya Gaza, Palestin, Nepal, Sudan, Tamil Niadu di India, Vietnam, Peshawar di Pakistan, Bam di Iran, Aceh di Indonesia dan Cambodia.

Besar jasa Allahyarham kepada warga Meru. Terutama buat mereka yang pernah dibantu dari segi kebajikan, kediaman malah pendidikan anak-anak yang kurang bernasib baik.

Baca juga : hotel romantis di kuala lumpur best raikan anniversary

solat jenazah dr rani osman

Ramainya Ummah Iringi Pemergian Akhir Allahyarham Dr Rani Osman

Melihat betapa ramainya ummah yang hadir untuk mengiringi perjalanan akhir Allahyarham untuk solat jenazah sehinggalah urusan pengebumian. Tentulah ada amalan dan kebaikan yang Allahyarham kerjakan sewaktu hayatnya.

Membuatkan hati ini mahu sentiasa membuat kebaikan kepada sesiapa pun.

Semoga nanti, bila mana tuhan sudah memanggil, kita sudah pun melaksanakan tanggungjawab menjadi hambanya yang baik lagi patuh.

Al Fatihah. Semoga Allah merahmati, mengampuni dan menempatkan Allahyarham Dr. Hj Abd Rani Osman bersama hambaNya yang solihin.

dr rani
Kredit foto : Fb Dr. Abd Rani Osman

Biodata Allahyarham Abdul Rani Osman

Sebelum terlibat dalam dunia politik, Hj Abdul Rani Osman merupakan doktor perubatan. Beliau mempunyai klinik swasta iaitu Klinik Fitrah yang terletak di Pekan Meru. 

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) dari Universiti Tanta, Republik Arab Mesir.

Selain berkhidmat sebagai doktor bagi penduduk meru, Allahyarham juga merupakan seorang imam di Masjid Asy-Syarif Meru.

Dalam tempoh beberapa minggu  akan kedengaranlah suaranya untuk membacakan khutbah Jumaat di masjid. Dan dalam masa yang sama akan mengimamkan solat.

Aktiviti atau program anjuran masjid juga sering disertainya. Malah menjadikan beliau seorang tokoh islamik dan sistemastik. Bukan itu saja, sekiranya ada majlis kenduri perkahwinan, beliau akan mendapat jemputan dan dihadirinya tanpa mengira agama dan bangsa.

Dalam pada itu, beliau juga sering memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Meru malahan penduduk di luar negara yang memerlukan. 

Baca juga : Buah tangan untuk orang meninggal

Leave a Reply

error: Content is protected !!