4hb April, aku, kak Ros, kak Julie n Wawa ditugaskan menjaga booth Mingguan Wanita di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ada Karnival 1Malaysia, anjuran usahanita dan Mingguan Wanita jadi media rasmi.
Jam 10.30 aku dan Wawa tiba di lokasi, kak Ros dan kak Julie tiba lebih awal lagi (sorry kak kitaorang tak berapa nak reti jalan ke situ, seb baik dapat terus masuk ke parking ‘haram’ kat area Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur.
Pengunjungnya, sekadar boleh tahan sahaja. Nak kata ramai sangat tuh tidaklah, sikit sangat pun tidak. Biasa-biasa sahaja. Rasanya kat situ cuma ada dua gerai penerbitan. Satu gerai MW dan satu lagi gerai menjual buku2. Gerai2 lain jual produk makanan, minuman, baju, sabun kecantikan… pekasam pun ada..yahoo! boleh luaskan busines akak!
Musim2 cuti macam nih pelancong memang tak kiralah banyaknya yang berhenti kat Dataran tuh. Cuma yang kitaorang semua nih musykil, camana nak jual majalah2 Melayu nih kat mat saleh. Sesekali ada gak kitaorang panggil diaorang. Responnya; ada yang singgah dan bertanya, ada yang terus berlalu, ada yang tersenyum, yang ambil gambar kitaorang pun ada, ada juga yang datang dan belek2. Tak tahulah dia faham ke tidak. Seronok gak berniaga kat Dataran nih.
Selesai acara, kitaorang posing sakan kat bawah bendera. Kebetulan, kak Ros kata dia tak pernah ada gambar berlatar belakangkan bangunan Sultan Abdul Samad. Huish! Bangunan bersejarah tuh. Rugi kalau tak ada tinggalan @ tukun muka kita kat situ. Rugi2..
So, petang itu memandangkan diaorang tahu aku nih dah jadi kaki blogger, geng2 pekerja baju merah (hahaha) hari itu sporting membuat aksi2 yang tak mungkin sanggup dirakam oleh rakyat Malaysia sendiri. Cayalah geng MW! Korang memang best…