qunut nazilah

Qunut Nazilah (Jawi Dan Rumi), 2 Doa Untuk Palestin

Bacaan doa Qunut Nazilah sunat dibaca ketika umat Islam berdepan bencana musibah. Ketika dalam peperangan, wabak mahupun kemarau.

Sebagaimana saudara muslim di Palestin ketika ini yang sedang diasak peperangan. Marilah sama-sama sampaikan doa untuk Palestin. 

Semoga kemenangan dan bantuan Allah sampai untuk saudara muslim di Gaza, Palestin. 

Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin Dalam Jawi Dan Rumi

Rujuk gambar yang disertakan di bawah sebagaimana dikongsikan oleh Ustaz Wadi Annuar. Sebarkan doa ini agar dihafal dan dibaca pada waktunya.

qunut nazilah

Seperti yang ustaz tuliskan, “Qunut Nazilah adalah doa yang dilakukan dalam solat (sembahyang) yang bertujuan untuk memohon pertolongan dan perlindungan Allah SWT dari bencana, musibah, atau ujian yang menimpa umat Muslim atau masyarakat pada umumnya.”

Baca juga : Ustaz Kazim kongsi doa memudahkan sakaratul maut

Maksud Qunut Nazilah 

Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami

dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka

Ya Allah pecahkan pakatan mereka

Ya Allah leburkan pendirian mereka

Ya Allah musnahkan langkah mereka

Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka

Ya Allah yang maha memaksa

Ya Allah yang maha perkasa

Ya Allah yang maha membalas

Ya Allahu, ya Allahu, ya Allah

Yang turunkan kitab, yang gerakkan awan, yang tewaskan tentera Ahzab

Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka

Dan kemenangan untuk kami

Cara Baca Qunut Nazilah

  1. Doa ini dibacakan setiap selesai solat fardhu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.
  2. Dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari rukuk untuk iktidal.
  3. Doanya dibacakan semasa berdiri untuk iktidal.

Baca juga : Luar biasa sheikh raed solah perjuangkan Palestin

Doa Untuk Palestin Yang Dikongsi Ustaz Wadi

Ini antara doa untuk Palestin yang dikongsikan juga oleh Ustaz Wadi Annuar. Amatlah digalakkan anda membacanya. 

Wahai Allah,

Sebagaimana kau hantar para malaikat untuk memenangkan perang Badar. Kau hantarkan jugalah ya Allah tentera-tenteraMu di kalangan para malaikat untuk membantu saudara-saudara kami di Palestin. 

Wahai Allah, kami bertawassul dengan Nabi SAW.

Wahai Allah, di kalangan kami pasti ada yang tidak ditolak doanya kerana kecintaan kamu kepadanya.

Ya Allah, turunkan bantuan Kamu kepada ahli Palestin, tentera Palestin seperti mana Kau turunkan bantuan malaikat kepada tentera Badar. 

Kami mohon kepadaMu ya Allah

Kau turunkan bantuan ketenteraan kepada penduduk Palestin wahai Allah daripada langit daripada sisi kami. 

Semoga Allah memakbulkan doa kita. insyaAllah

Baca juga : Khasiat minyak zaitun Palestin berbeza dengan minyak zaitun yang lain

Tags:

5 Comments

  1. MAMA REEN October 19, 2023
  2. wawa azwa October 19, 2023
  3. Nita October 19, 2023
  4. Syazni Rahim October 22, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!