Doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah 2022 | Bersempena ketibaan Awal Muharam 1444H, yang mana disambut pada 29 Julai 2022 moleklah kiranya mengakhiri dan memulakan permulaan tahun baru dengan doa.
Yang mana doa akhir tahun dibaca sebelum maghrib dan doa awal tahun dibaca selepas azan maghrib.
Tahun ini sambutan Maal Hijrah bertemakan ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’. Banyak iktibar sebenarnya yang boleh dijadikan panduan di sepanjang tahun lalu.
Semoga dugaan dan ujian yang tuhan berikan kepada kita, dapat mematangkan diri ini untuk berdepan tahun baru Islam 1444 Hijrah nanti.
Peristiwa Maal Hijrah
Sememangnya, Awal Muharram atau Maal Hijrah ini adalah peristiwa sejarah terpenting bagi umat Islam. Teringat kembali waktu kecil-kecil dulu bila belajar di sekolah agama.
Bila sebut saja Maal Hijrah teringat akan kisah penghijrahan Rasulullaw s.a.w dan penduduk Islam kota Mekah ke Kota Madinah. Itulah pertemuan kaum Muhajirin di Makkah dan kaum Ansar di Madinah yang seterusnya mengubah dakwah penyebaran agama Islam.
Yang sebelum tahun 622 Masihi, Rasulullah s.a.w lakukan secara sembunyi-sembunyi. Selepas detik peristiwa penting itu, Islam tersebar secara terang-terangan malah diterima secara meluas.
Lagu yang dulu menjadi dendangan waktu zaman kanak-kanak juga tak dapat saya buangkan dari ingatan ini. Memang melekatlah. Tak pastilah anak-anak sekarang pernah mendengarnya atau tidak.
Baca : Ustaz Kazim kongsi doa memudahkan sakaratul maut
Cara Baca Doa Akhir Dan Awal Tahun
- Doa akhir tahun dibaca ketika matahari hampir tenggelam pada hari terakhir bulan Zulhijah.
- Manakala doa awal tahun pula hendaklah dibaca selepas solat Maghrib iaitu setelah muncul anak bulan Muharam.
Berikut adalah lampiran doa akhir dan awal tahun hijrah yang dikongsikan oleh mereka yang arif berhubung dengan perkara ini.
Baca : makna bahagia bagi setiap orang berbeza, ini buktinya

Doa Akhir Tahun Islam 1443 Hijrah
Doa akhir tahun 1443 Hijrah hendaklah dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1443 Hijrah bersamaan 29 Julai 2022 Masihi (Jumaat).

Doa Awal Tahun Islam 1444 Hijrah
Doa awal tahun (1 Muharam 1444H) hendaklah dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1443 bersamaan 29 Julai 2022 (malam 1 Muharram 1444H).
Sebagai info, mengikut kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
Selamat Tahun Baru Hijrah 🙂