Cerita hari minggu

Inilah hasilnya yang tak seberapa itew.

Malas betul hendak memasak. en Yem pula tak sihat. Teringat dalam peti peti beku ada ikan siakap. Lamanya tak masak ikan stim. Terkenang2 keenakannya. Hari minggu itu, aku pun ambil kesempatan memasak siakap stim versi resipi internet yang pernah aku buat… boleh tahan gak rasanya. Kalau ada sesapa nak mencuba aku sertakan sekali resipinya… pastu ejas2lah sendiri bagi sedap.

Ikan siakap stim

Bahan2
1 ekor ikan siakap
2 inci halia – hiris
1 labu bawang besar – hiris
1 batang serai – tumbuk
9 biji cili padi – hiris
1 biji limau nipis- ambil jusnya
Garam dan perasa secukup rasa

Cara membuat
1. Lumurkan garam sikit pada ikan dan stimkan dalam beberapa saat dalam mikrovave
2. Tumiskan halia, bawang besar, cili padi dan serai sampai bahan2 tadi naik bau. Masukkanlah garam dan perasa secukupnya.
3. Tuangkan bahan tumis ke atas ikan siakap yang telah distimkan tadi. Boleh tambahkan sikit air atau tidak (ikut citarasa). Perahkan pula jus limau itu. Pastikan rasanya sekata ya.
4. Stimkan semula sehingga ikan empuk.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

error: Content is protected !!