Belajar bersihkan dan cara simpan ayam dalam freezer guna panduan yang betul. Agar daging ayam kekal elok dan tidak busuk.
Sekarang ini kan harga ayam sekilo di pasaran bukannya murah. Dekat RM9.40 sekilo. Walaupun bukan saya yang beli, tapi en Yem. Kenalah kendalikan ‘makanan kayangan’ ini sebaiknya dalam peti sejuk.
Tip yang dikongsi ini guideline petua mencuci ayam style abah dan cara simpan ayam dalam peti sejuk beku di rumah sendiri.
Cara Bersihkan Ayam Potong
Kebiasaannya ayam yang beli di pasar atau pasaraya akan siap dipotong. Janganlah terus disimpan dalam peti beku. Sebaiknya teruslah bersihkan ayam di sinki rumah ya.
- Mula-mula bersihkan ayam, buang lemak dan lendir ayam di bawah air paip. Masukkan dalam besen. Saya takde besen, jadi buh kat bekas bertapis.
- Dalam bekas tadi, masukkan tepung gandum dalam sesudu dua. Saya tengok cara abah cuci ayam. Lepas cuci bawah aliran air paip tu, abah letak dalam besen. Lumur tepung gandum pada ayam sekejap. Gosok-gosok bersihkan ayam dengan tepung gandum guna jari.
- Selesai membuang lemak, kotoran lendir ayam dengan tepung tadi. Abah basuh ayam sekali lagi bawah aliran air paip. Bilas ayam potong sampai bersih.
- Toskan ayam tadi dalam penapis. Biarkan lebihan darah ayam tu jatuh ke bawah.
- Bacalah selawat sepanjang membersihkan ayam yang kita nak makan tu nanti.
- Tapi sebab saya tak ada besen saya cuci je dalam penapis besi yang saya ada je.
Selesai mencuci ayam, bersihkanlah tangan dan segala peralatan dapur yang digunakan.
Jangan ditinggal bertebaran dekat sinki. Keadaan itu boleh menyebabkan peralatan dapur masak terdedah pada bakteria.
Ada Sebab Basuh Ayam Guna Tepung Gandum
Tepung gandum ini akan bertindak membuang lendir ayam yang berwarna jernih itu. Dan tak bagus untuk tubuh kita.
Ini antara petua orang dulu yang masih diguna pakai untuk buang kotoran lemak pada ayam. Tepung gandum juga dapat hilangkan hanyir ayam.
Kan dekat ayam itu ada bau hamis diakan. Macam abah saya tak tahan bau hanyir tu, sebab itu kalau abah basuh ayam memang tip top.
Ada juga petua lama cuci ayam gunakan cuka, asam jawa malah limau nipis.
Baca juga : Hilangkan kesan kunyit batu lesung guna sabun pes
Cara Simpan Ayam Dalam Freezer
- Sebab tak semua ayam yang akan dipotong ini akan dimasak, jadi ayam potong ini saya simpan ikut bahagian masing-masing.
- Masukkan ayam yang sudah ditos bersih dalam bekas bertutup. Nak letak dalam bekas aiskrim atau bekas tipuware pun boleh je. Janji bekas bertutup. Cara ini dapat mengelakkan air ayam terkeluar dan tidak mencemari makanan lain berdekatannya.
- Maksud simpan ayam ikut bahagian itu; bahagian ayam untuk digoreng misalnya kepak dan peha dalam satu bekas. Bahagian dada dan punggung ayam masuk satu bekas lain. Leher ayam, kaki ayam, paru, jantung dan hati dalam satu bekas lain bertutup.
- Ayam disimpan ikut anggota ayam ini dapat mengelakkan kita menyahbeku bahagian ayam yang tidak dimasak berkali-kali. Jadi, kesegaran ayam yang disimpan dalam peti beku masih dapat dikekalkan.
- Suhu peti sejuk beku juga memainkan peranan yang baik untuk mengekalkan kesegaran ayam potong yang disimpan. Untuk freezer di rumah ini suhunya bawah 16 darjah celcius.
- Menyimpan ayam dalam peti sejuk chiller boleh menyebabkan kehadiran bakteria. Sebaiknya elakkan set suhu chiller bawah 4 darjah celcius.
- Ada juga saya terbaca antara tip mudah, cepat dan tahan lebih lama untuk simpan ayam adalah menggunakan pembalut kertas yang diletakkan dalam bekas plastik.
- Caranya : ayam disusun dalam pembalut kertas yang diletakkan atas bekas plastik tipuware dan disimpan dalam peti sejuk beku. Jadi mudah bila nak keluarkan ayam dari freezer dan tak ambil masa yang lama.
Penting ambil tahu tip simpan ayam potong ini, nak-nak bulan puasa nanti. Mesti ada nak buat stokkan. Nak cepatlah katakan.
Baca juga : Cara siang ikan banyak tulang, mudah makan
Berapa Lama Boleh Simpan Ayam Dalam Peti Ais
Menarik sebenarnya info yang saya baca di healthline ini. Menurut United States Department of Agriculture (USDA),
Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk :
- Ayam mentah boleh disimpan dalam peti sejuk anggaran masa antara 1 ke 2 hari.
- Sementara ayam yang sudah dimasak boleh bertahan dalam peti ais anggaran masa 3 ke 4 hari.
Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Beku Atau Freezer :
- Ayam potong mentah yang disimpan dalam freezer boleh bertahan sehingga 9 bulan. Manakala ayam seekor tanpa potong yang disimpan dalam peti sejuk beku kekal elok sehingga 1 tahun.
- Manakala ayam yang sudah dimasak dan disejukbekukan akan bertahan anggaran masa antara 2 ke 6 bulan.
Cara Nak Tahu Ayam Busuk
Tak semua rumah ada peti sejuk yang mempunyai tetapan suhu. Jadi, macam mana cara nak tahu ayam yang disimpan dalam freezer itu masih dalam keadaan baik atau sebaliknya.
- Pertamanya tengoklah pada warna ayam. Ayam segar dagingnya masih berwarna kemerah-merahan. Kalau ayam lama itu, tentulah warnanya dah pucat kekuningan. Yang jadi tak segar itu, sebab ayam disimpan terlalu lama, atau berkali-kali dinyahbekukan.
- Masa beli ayam pun kena perhatikan juga warna ayam ini. Baik yang beli siap potong dalam pek atau beli ayam seekor.
- Bau ayam pun antara yang boleh diperhatikan sama ada dah busuk atau masih segar.
- Kemudian, tengok pada tekstur ayam tu. Kalau sentuh pun dah lembik semacam tak lagi kenyal dan kental. Sahlah dah busuk ayam tu. Kalau dah terbeli atau tersimpan ayam busuk ini kan, cuci macam mana pun tetaplah berbau juga. Kalau dah busuk jangan dimasak ya, nanti bila termakan ayam busuk boleh menyebabkan sakit perut pun iya.
- Katakan beli ayam pek di pasaraya. Rajin-rajinkanlah mata tengok bahagian tarikh luput pada pek pembungkusan ayam potong atau ayam seekor. Bukan je ayam, dalam pembelian apa pun. Kena alert bab tarikh luput dan sijil halal.
Baca juga : Pertama kali guna periuk cast iron
Cara Mencairkan Ayam Beku Dari Freezer
Simpan ayam dalam freezer akan menyebabkan ayam menjadi beku. Apabila nak masak, kenalah keluarkan daripada peti beku itu kan.
- Antara alatan mudah yang boleh digunakan untuk mencairkan ayam baik daging mahupun ikan adalah Defrostring Tray. Peralatan dapur ini boleh beli di shopee atau lazada.
- Dari perkongsian yang saya baca, ia ambil masa antara 30 ke 45 minit untuk mencairkan ayam beku.
- Kalau tak ada tray defrost tu, boleh je guna teknik oldschool mak-mak kita nyahbeku kan ayam. Keluarkan ayam dari peti sejuk dan rendam dalam periuk besi dengan air bersih.
- Ada juga cara mak-mak yang mengapit periuk atau dulang logam besi pada ayam beku tanpa rendam air. Berkesan juga.
- Kalau di rumah ada mikrowave, boleh juga nyahbeku ayam dengan defrost microwave. Tapi jangan terlebih masa. Saya pernah buat cara ini, terlebih masa sikit dan ayam jadi macam setengah masak pula. Hahaha..
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Bagus tips ni. Saya selalu main bedal aje simpan. Hehe
Kan.. kekadang bila nak cepat boleh jadi gitu..
Tip berguna untuk mak2 hehe
Tq kak..
Ptt ayam boleh tahan 9 bulan kalau guna cara ni
Aa ayam tu sendiri kak boleh tahan 9 bulan kalau buh kat freezer.
Wow byk tip psl ayam ni ye. Blh praktis w/pn cik suami yg uruskan hal² ayam ni hehe
Dulu en Yem buat, pastu dia tak mau dah.. hahaha.
Sangat informatif. boleh praktikkan nanti.
Sila-sila kak..
Selalu beli ayam jarang simpan lama. Tapi tip simpan ayam ini sangat tip top. terima kasih share.
Sama-sama.. kat rumah ni pun selalu laju je ayam habis. Masing-masing hantu ayam gorenglah katakan.
dah bertahun x blogwalking. bila start balik, jumpa blog blogger yang saya baru kenal. selamat menulis blog. btw kaedah simpan ayam macam ni bagus
Terima kasih sudi singgah blog saya yang baru setahun jagung ni. Salam kenal juga.
Betul.! Sy pernah buat mcm ni.. mmg betul2 tahan.!!