Pedihnya bila ada ulser di dinding pipi. Kadang terjadi sakit dekat gusi atau lidah. Rasa tak selesa nak buat apa pun. Begini cara hilangkan ulser mulut dengan petua bahan dapur percuma yang boleh ambil di rumah sendiri ini.
Semoga sakit dekat mulut yang membawa sampai sakit kepala itu dapat dikurangkan. Walaupun masih terasa amat pedih nak mengunyah atau menelan makanan. Sekurang-kurangnya, cara semulajadi ini dapatkan hilangkan ulser lidah dalam mulut.
Dan barulah saya tahu ada doa yang boleh diamalkan bila terkena mata ikan yang menyebabkan kulit pipi jadi putih, cedera berlubang tu.
Ini Yang Anda Perlu Tahu
Definisi Ulser Mulut
Ianya satu keadaan di mana luka kecil terbentuk di dalam mulut. Biasanya terjadi di bibir, pipi, atau lidah. Biasanya, luka yang terjadi di mulut ini boleh menjadi penyebab kesakitan semasa bercakap atau makan.
Sebab itu, orang lebih rela berdiam atau menahan diri dari makan sebab tak tertanggung sakitnya bila terkena.
Punca Ulcer Mulut Terjadi
Menurut Root of Science punca ulser lidah ini, disebabkan pelbagai faktor. Antaranya;
- Tergigit bahagian dalaman pipi
- Pemakaian pendakap gigi (braces)
- Kecederaan semasa memberus gigi
- Menggosok gigi yang tidak sejajar, tajam atau patah secara berterusan
- Mulut melecur disebabkan makanan panas
- Iritasi daripada ubat antiseptik seperti ubat kumur
- Jangkitan virus (Herpes Simplex Virus)
- Reaksi terhadap ubat-ubatan tertentu seperti ubat tahan sakit dan ubat darah tinggi (Beta-blocker)
- Perubahan hormon semasa kehamilan, akil baligh atau menopaus hingga terjadinya stress
- Stress
- Faktor genetik
- Kanser mulut
Sebilangan individu mungkin mengalami masalah ini disebabkan masalah kesihatan atau kekurangan nutrisi seperti:
- Chron’s disease (penyakit autoimun yang menyebabkan keradangan pada saluran pencernaan)
- Kekurangan vitamin B12 atau zat besi
- Kelemahan sistem imun badan seperti kencing manis dan HIV/AIDS
Hmm.. patutlah kan. Punca pertama tu kerap betul jadi kat saya. Lagi-lagi bila saya dah cabut gigi atas paling belakang.
Dia punya sakit kena ulser ni, rasa nak demam pun iya ni. Itu yang mencari macam-macam cara meredakan ulser guna mana bahan dalam rumah ini.
7 Bahan Dapur Free Berkesan sebagai Cara Hilangkan Ulser Mulut
Kesakitan pada mulut yang terjadi menyebabkan saya usahakan untuk pulihkan rasa sakit dengan bahan yang ada di dapur rumah sahaja. Dapatlah meredakan sakitnya.
Guna Garam Kasar
Kalau ikut petua mak, dia suruh buh seketul terus garam kasar kat ulser tu. Adoi! ku boleh bayang pedihnya. Tak gamak pulak nak buat. Namun, cara ini memang berkesan sebenarnya. Sekejap je sakit ulser tu berkurangan.
Buat Air Garam Suam
Caranya, masukkan setengah sudu kecil garam dalam cawan dan tuang segelas air suam. Kacau bagi sebati dan berkumurlah dengan air garam suam tadi untuk dua ke tiga kali.
Ikhtiar Guna Madu
Kebetulan memang ada madu kat rumah ini. Jadi, ambil sajalah madu sesudu. Bukan ke madu tu penawar segala penyakit. Cubalah kan.. baca bismillah, niatkan nak baik. Bila ikhtiar dengan madu ini nampak macam selesalah sedikit. Tidaklah rasa seksa menyakitkan nak rasa pedih garam kan.
Usahakan Makan Limau
Oren sunkist itu pun antara petua yang boleh dicuba. Memandangkan buah oren itu kan kaya vitamin C dan berfungsi untuk menyembuhkan luka. Makanlah sebiji dua sehari.
Minum Air Kosong Banyak-banyak
Petua ini pun bagus untuk dipraktikkan. Sebaiknya ikutlah jumlah air yang badan kita perlukan untuk sehari. Kerana setiap individu itu berbeza jumlah pengambilan air kosong untuk sehari-hari. Minum jangan sampai berlebihan. Itu kuncinya.
Redakan Sakit Dengan Lidah Buaya
Gel lidah buaya mempunyai sifat penyejuk dan penyembuhan. Sapukan gel lidah buaya pada tempat luka dalam mulut tu untuk mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan. Biarkan beberapa minit kemudian berkumurlah dengan air.
Kunyit Serbuk Pun Boleh Jadi Ikhtiar
Kunyit mempunyai sifat anti-radang yang kuat. Campurkan sedikit kunyit dengan air dan gunakan sebagai ubat kumur untuk membantu merawatnya. Usahakan berkumur untuk beberapa kali dalam sehari.
Doa Sakit Ulser Mulut
Doa sakit ulser mulut – saya terbaca, ada rupanya doa sebagai ikhtiar rawat penyakit. Cara hilangkan ulser di lidah dengan doa, baca surah Al An’aam ayat 67.
Kadang tu sambil-sambil bolehlah juga zikirkan Ya Salam banyak-banyak. Selepas solat pun bagus untuk diamalkan. Ianya bermaksud memberi kesejahteraan.
Baca juga : doa lindungi dari wabak mak pesan hafalkan
Rawatan Ikut Saranan Doktor
Ada juga terbaca di Harian Metro, nak bagi meredakan kepedihan mulut ini, boleh cuba makan aiskrim. Cara ini lagi bestkan. Sejuk-sejuk aiskrim itu boleh meredakan kesakitan.
Malah dapat kurangkan tekanan pada bahagian mulut atau lidah yang sakit itu.
- Bersihkan ruang mulut lepas cuci gigi. Boleh guna ubat kumur selepas gosok gigi.
- Saranan guna ubat oral untuk kecutkan luka ulser. Paling mudah nak jumpa, gel Bonjela lah ya.
Baca juga : Jangan hilang ikhlas jaga ibu sakit tua
Ubat Ulser Mulut
Antara ubat ulser mulut yang boleh dibeli di farmasi dengan mudah adalah jenama Bonjela. Memang sejak dari dulu lagi dah gunakan produk ini.
Harga ubat ulser ini antara RM22 ke RM26. Ikut tempat farmasi yang menjual. Selain farmasi, boleh juga beli di Guardian.
Bila sapu di bibir akan ada rasa berangin macam bau cengkih. Selesalah nanti bila nak makan. Tak pedih. Cuma penggunaan untuk anak kecil tidak digalakkan.
Ada had umur penggunaannya.
Amalan Harian untuk Pencegahan Ulcer Mulut
Sebagai langkah pencegahan, elakkan memakan makanan pedas atau terlalu berasid. Misalnya, sambal pedas atau jeruk mangga.
Sentiasalah menjaga kebersihan mulut dengan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan gunakan ubat kumur antiseptik selepas memberus gigi.
Kesimpulan
Menggunakan bahan dapur yang sedia ada boleh menjadi alternatif yang berkesan untuk menghilangkan ulser mulut secara semulajadi. Dengan sedikit penggunaan dan amalan yang betul, kesakitan ini boleh dirawat dengan mudah.
Baca juga : Ubat buasir
selalu jd ulser mulut bila cuaca panas n kering melampau. kalau kurang minum air pun jadi gitu gak….
Betul lah Abang Kie.. kurang air pun jadi punca jugak.
Bonde kan kalau ulser dalam mulut selalu amalkan maka asam boi yang ada garam tu… tapi mmg menjerit jugalah sebab bila kena tang garam tu akan rasa pedih. Apa yang disenaraikan diatas juga selalu ada buat… time ulser , musim panas ni kena minum banyak air
Wah! makan asam boi tu lagi rare..
Anak saya selalu ulser. Bolehlah cuba remedi ni lepas ni.
Kita yang tua pun sakitnya macam mana.. budak-budak lagilah kan. Semoga anak puan diberi kesihatan yang baik. InsyaAllah.. amalan madu tu bagus juga.
Memang biasa guna garam. Lepas letak rasa macam dunia berhenti kejap. Tapi paling mujarab
Teknik buh garam ni antara yang seram.. Buh madu sedap sikit kak Myzan. Hahaha..
Ulser mmg sakit woo..boleh hilang mood. tq utk petua. boleh try.
Sama-sama kak.. semoga bermanfaat.