Ini cara buat jem mulberi serentak dapat jus mulberi. Buat sekali masak je, tak perlu nak pindah-pindah periuk. Resepi buat jem buah yang kakak ipar saya ajar.
Sebelum ini, saya pernah masak jem mulberi ini. Google resepinya, ada yang kena letak lemon, tepung bagai.
Menjadilah juga, tapi masih tak dapat rasa jem mulberry yang saya nak.
Waktu balik ke kampung Sira Putih dekat Lenggong itu, tanyalah pada kakak ipar, Kak Huda. Macam mana cara buat jem roselle yang selalu kak Huda masak tu.
Walaupun resepi kakak saya ini untuk penyediaan jem roselle, namun tekniknya boleh diguna pakai untuk buat jem buah yang lain.
Okay, jom tengok macam mana nak masak dan cara buat jem mulberry ikut resepi kakak ipar saya ini. Senang betul, yang penting manisnya kena dengan citarasa.
Resepi Jem Mulberry, Siap Jus
Bahan-bahan untuk buat resepi jem mulberi
- Buah mulberi
- Gula
- Air secukupnya
Cara Buat Jus Mulberry
- Saya petik buah mulberry masak dan ada yang ranum dari pokok rumah mak. Rasa buah mulberry masak yang merah pekat lebih manis.
- Bersihkan mulberi bawah laluan air paip. Toskan.
- Masukkan buah mulberi dalam periuk.
- Tambahkan air, lebihkan dalam seinci dari paras buah mulberi tadi.
- Rebuslah macam biasa.
- Bila dah menggelegak, saya masukkan gula dalam sesudu dua.
- Kacau seketika. Nampak buah tu dah masak dan gula pun dan sebati. Matikan api.
- Biar kan kejap. Tapiskan buah yang dah masak tadi.
- Airnya ambil jadikan jus mulberry. Bolehlah masukkan jug.
Jusnya ini nanti boleh simpan peti ais. Kalau nak minum terus tambahlah air gula kalau tak rasa manis. Tambah ais pun sedap.
Boleh guna cara resepi yang sama untuk buat air roselle. Saya juga kongsikan cara buat air lemonade soda yang sedap dengan air sprite.
Cara Buat Jem Mulberi
- Buah yang ada dekat penapis tadi masukkan blender (pastikan dah sejuk ya. kang rosak pulak blender tu.)
- Tambahlah sedikit air nak bagi pengisar tu boleh bergerak.
- Dah halus, masukkan balik dalam periuk.
- Tambahkan gula ikut tahap manis yang anda mahukan.
- Saya memang pakai banyak gula, sebab suka manis kan (bahaya betul aku nih.)
- Masukkan sikit garam, nak bagi seimbangkan rasa. Sikit je.
- Kacau sampai buah mulberi kisar tu benar-benar pekat dan likat.
- Sejukkan. Dan sejuk boleh masuk bekas atau botol, simpan dalam peti sejuk.
Berapa Lama Jem Mulberi Boleh Tahan Simpan Peti Ais
- Ikut pengalaman saya, jem yang saya buat ini lebih dua minggu masih tahan.
- Mungkin sebab gula dan garam tu yang buat dia tak berkulat.
- Masa nak ambil itu, guna sudu bersih. Jangan campur-campur.
- Kadang tu terlupa, terletak juga jem ini dekat luar. Alhamdulillah, rasa dia tak berubah.
Resepi Buah Mulberry Masak Guna Daunnya
Selain menggunakan buah mulberry masak untuk dijadikan jem buah. Pokok mulberi itu sendiri ada banyak kegunaan dan khasiatnya.
Daun mulberry sedap dijadikan sayur lemak.
Resepi daun mulberry ini pernah saya cuba. Saya gunakan daunnya yang muda, jadi masa dimasak lemak tidaklah ia terlalu keras.
Cara masak daun mulberry : Hiris 3 biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, 1 tangkai cili besar, sedikit bilis dan santan kotak. Satukan kesemuanya. Bila dah menggelegak boleh masukkan daun mulberi tadi. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
Baca juga : rendang ayam simple, campak-campak jadi
Tip Hilangkan Gatal Bulu Buah Roselle, Asam Susur
Kebetulan dekat rumah kakak ipar banyak betul buah roselle. Cuma pokok roselle kakak ini tak macam pokok roselle yang selalu saya jumpa. Buahnya kecil-kecil dan bulat.
Lebih kurang macam inilah buahnya. Rupanya nama lain roselle ini, asam susur. Daun asam susur ini sedap masukkan dalam masakan. Boleh jadi pengganti asam keping.
Atas ni gambo google. Macam ni lah buah roselle dekat rumah kakak tu. Nak petik pun mencabar. Ada bulu-bulu halus tajam macam bulu rebung. Kena hati-hati.
Kalau tertusuk bebulu asam susur tu, kak Huda beritahu sapu pada rambut. Nanti bebulu tu tanggal. Sebenarnya, waktu dicuci bawah air bebulu tu akan hilang dengan sendirinya.
Jem buah roselle yang saya buat dalam gambar itu guna resepi kakak beri.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
sedapnya, mudah je cara nak buat, kalau sekali berbuah memang lebat kan. jem mulberi ni sedap makan dengan roti
Betul tu.. kadang-kadang bila terlupa petik.. jadi rezeki burung.
wah menarik nanti boleh buat. Buah Mulberry ada kat depan rumah, tapi xdala banyak. Setakat lepas buat jus je. Buat jem x lepas.
Dapat buat jus pun sedap dah tu..