cara-betulkan-duplicate-content

Cara Betulkan Canonical URL Di WordPress

Cara betulkan canonical URL di wordpress | Saya ini bukanlah arif bebenor bab teknikal di website ini. Jadi bila timbul masalah duplicate, url canonical di Google Search Console, terasa kalut betul.

Sebenarnya ada banyak masalah excluded di GSC saya itu. Saya betulkan mana yang faham dulu. Macam bagaimana cara mengatasi ‘Duplicate, submitted URL not selected as canonical’ ini.

Cuma, penyelesaian ini saya cuma tahu betulkan pada canonical url untuk posting saja. Bila ada masalah yang sama di PAGES, saya masih belum jumpa caranya.

Saya ini, nak pasang kod adsense di blog ini pun minta bantuan orang lain. Nak harap diri sendiri. Hmm.. hare tak faham. Sudahnya, menung jelah depan PC.

Apa Itu Canonical URL

Daripada pembacaan, apa yang saya faham canonical url ini adalah url utama yang ada pada satu-satu halaman artikel.

Ianya dibuat khas untuk memberitahu kepada google agar memilih url utama ini sekiranya terdapat duplikasi konten atau kekeliruan pada alamat halaman (permalink).

Begitulah yang diterangkan di blog ithmm.

Contohnya yang jadi di blog saya,

  • Permalink asal : https://nettyahhiyer.com/giveaway-sejuta-viewers-blog-zaila-2013-edisi-disember/
  • Permalink baru : https://nettyahhiyer.com/giveaway-sejuta-viewers-blog-zaila/

Selepas saya mengubah permalink saya terlupa untuk membetulkan canonical url. Jadi, berlakukan duplikasi pada url halaman berkenaan.

Dan robot Google pula memilih permalink baru saya itu untuk diindeks. Tetapi, di halaman masih alamat yang lama.

Masalah yang jadi ini, akan beri kesan pada SEO artikel saya itu.

Secara dasarnya, canonical url ini terbentuk secara automatik di dalam web kita. Jadi, tak perlulah kita menukarnya. Melainkan terjadi masalah semalam ini.

Inilah serba sedikit yang saya faham akan masalah ‘Duplicate, submitted URL not selected as canonical’ di website saya ini.

Baca : Solusi trafik blog turun selepas tukar theme

Cara Betulkan Canonical URL ‘Duplicate, submitted URL not selected as canonical’

Oh ya, pembetulan ini adalah untuk blog wordpress dan saya menggunakan plugin rank math.

  • Mana nak cari masalah ‘Duplicate, submitted URL not selected as canonical’ dalam Google Search Console ini. Caranya, anda pergi ke Google Search Console, pada bahagian Index anda klik Coverage.
  • Akan ada Excluded. Kliklah button excluded tu.
  • Nanti akan tersenarai segala masalah yang ada dalam blog kita tu.
  • Dari pembacaan, excluded ini bukanlah error. Tetapi pemberitahuan terdapat gangguan dalam blog kita yang memberi kesan kepada google indeks dan juga kedudukan SEO.
  • Jadi, suka atau tidak kenalah betulkan satu per satu.

Contoh yang saya beri ini adalah daripada link https://nettyahhiyer.com/giveaway-sejuta-viewers-blog-zaila/ yang mengandungi masalah duplikasi url.

Jadi saya perlu perbetulkan agar google tidak menganggap berlaku duplikasi konten pada url di atas.

cara-betulkan-duplicate-content

Keterangan gambar : Gambar yang saya sertakan ini cuma gambar contoh ya. Sebab terlupa nak ambil masa buat tu. Dan ini adalah pembetulan untuk link artikel (posting). Dalam gambar itu jika anda perasan adalah link pages ‘home’. Memandangkan ianya pages, saya tak jumpa lagi solusi untuk membetulkannya.

  • Klik pada link yang tertera ‘Duplicate, submitted URL not selected as canonical
  • Anda akan nampak contoh-contoh url yang mengalami masalah canonical url.
  • Pada link url posting yang bermasalah tu anda klik pada bulatan ‘inspect url’ (bawakan cursor ke bahagian itu nanti dia timbul)
cara-betulkan-duplicate-content
  • Nanti anda boleh baca report punca masalah canonical url.
  • Tengok pada bahagian indexing.
  • User-declared canonical – ini adalah canonical url yang kita pasakkan dalam blog
  • Google-selected canonical – ini adalah canonical url yang robot google pilih untuk diindeks.
  • Jadi, robot goolge sudah keliru di situ. Sebab url yang kita declare tak sama dengan apa yang google pilih.

Baca : Surat pin adsense tidak sampai, akhirnya guna email

Benda ini jadi macam ini sebab url atau permalink asal posting itu sudah saya ubah sebelumnya. Dan permalink yang baru itu, tidak saya betulkan canonical urlnya.

Sebab itulah, tak boleh suka-suka mengubah permalink posting yang sudah di publishkan. Ia boleh menyebabkan masalah page 404 (halaman tidak dijumpai), page 301 (halaman dipindahkan sepenuhnya) dan lain-lain.

cara-betulkan-duplicate-content
  • Pergi ke artikel yang bermasalah di posting blog. Cari pada bahagian rank math dan klik Advanced.
  • Cari canonical URL.
  • Masukkan semula URL yang baru dalam kotak canonical URL (url yang sama dengan google pilih).
  • Update posting tersebut.
  • Plugin Yoast SEO juga ada canonical URL ini. Seingat saya, ianya juga ada pada bahagian Advanced dan cari canonical URL.
cara-betulkan-canonical-url
  • Kemudian, anda perlu kembali semula ke Google Search Console.
  • Klik URL inspection.
  • Masukkan link baru pada kotak carian. Tekan enter.
  • Apabila paparan report dikeluarkan, tekanlah request indexing.
  • Dan google akan mengindeks semula url tersebut. Akan ambil masa beberapa hari malah minggu. Tunggulah.
  • Macam kes saya selepas 3 hari, masalah ‘Duplicate, submitted URL not selected as canonical’ dapat dibetulkan.

Baca : Cara terbaru letak link di story instagram

Harap cara betulkan canonical url yang saya kongsikan ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang tertera di Google Search Console.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

2 Comments

  1. Myzan August 12, 2022
    • nettyahhiyer August 12, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!