menang-genting-dream-cruise

Menang Genting Dream Cruise Melalui Peraduan Smile Of Love AEON 2023

Ahli dan bukan ahli AEON berpeluang memenangi tiket pelayaran kapal mewah, Genting Dream Cruise melalui Peraduan Smile Of Love AEON.

Menerusi kempen AEON, ‘Smile of Love – Win A Cruise Contest’ rangkaian jenama runcit terkemuka, AEON Co. (M) BHD (AEON) berkolaborasi dengan Resorts World Cruises. Memberi peluang pelanggan AEON memenangi tiket naik kapal persiaran Genting Dream Cruise 3 Hari 2 Malam.

Peraduan ini akan memilih 8 orang pelanggan bertuah sebagai pemenang. Dan akan diumumkan kemenangannya setiap bulan. Bagaimana mahu sertai peraduan Smile of Love AEON ini?

Info Peraduan Smile Of Love AEON Menang Genting Dream Cruise

Majlis pelancaran kempen AEON ‘Smile of Love’ ini berlangsung dengan meriahnya di saksikan barisan media tempatan dan para influencer.

Acara berlangsung di AEON Alpha Angle dekat Wangsa Maju.

genting-dream-cruise

Turut hadir memeriahkan acara majlis Ong Hsieh Lien, Timbalan Presiden Komunikasi Korporat dan Pemasaran Resorts World Cruises, Nikki Lee, Ketua Pemasaran AEON Mall dan Koh Mei Leng, Pengurus Besar, Ketua Sistem Pembayaran AEON Credit Servis.

  • Tarikh peraduan Smile of Love AEON bermula : 10 Februari 2023 hingga 7 May 2023
  • Keputusan pemenang : Akan diumumkan pada 15hb setiap bulan.
  • Jumlah pemenang : 8 pemenang bertuah dipilih pada setiap bulan.
  • Hadiah kemenangan : Naik Genting Dream Cruise by the Resort World Cruises untuk 3 Days 2 Nights.

Matlamat Peraduan Smile of Love

Kempen Smile of Love ini diadakan bagi menghargai pelanggan setia yang selama ini memberikan sokongan tanpa henti mereka kepada pasaraya AEON di seluruh negara.

Dengan adanya peraduan AEON ini, pihaknya berharap dapat mencipta kegembiraan dan pengalaman indah kepada para pelanggan mereka.

Sesungguhnya, peraduan ini adalah peluang yang teramat bermakna buat para pelanggan AEON itu sendiri. Nak-nak memenangi hadiah pelayaran menaiki kapal persiaran mewah Genting Dream Cruise ibarat peluang sekali seumur hidup.

Bukan selalu boleh dapat naik kapal mewah kan.

Baca juga : https://nettyahhiyer.com/aeon-fashion-preview/

menang-genting-dream-cruise

Cara Menang Tiket Genting Dream Cruise Smile Of Love AEON

Sesiapa saja boleh sertai peraduan ‘Smile of Love – ’Win A Cruise Contest’. Caranya, anda perlu membuat pembelian sebanyak RM38 (Ahli AEON) dan RM58 (bukan ahli AEON) dengan jumlah sehingga dua gabungan resit pada hari yang sama di F&B, Snek dan Pawagam di pusat membeli belah AEON.

Pelanggan juga berpeluang memenangi pelayaran menaiki cruise mewah Genting Dream by Resort World Cruises ini untuk 2 orang.

Haa.. nanti bila tiba tarikh cuti sekolah ini bolehlah bawa anak-anak jalan-jalan di AEON Mall. Untung-untung boleh join peraduan AEON kan.

Kenapa AEON Pilih Resorts World Cruises

Ada sebab AEON pilih Resort World Cruises sebagai rakan kerjasama untuk kempen Smile of Love ini. Ini kerana, Resorst World of Cruises itu sendiri merupakan satu jenama pelayaran gaya hidup mewah lagi dinamik yang mencerminkan warisan Asia.

AEON sendiri sebagai satu jenama peruncitan terkemuka di negara ini, matlamatnya bukan sekadar menawarkan tempat membeli belah kepada pengunjung.

Malah, sentiasa berusaha memberikan pengalaman menyenangkan lagi baru kepada pelanggan yang mengunjungi pusat beli belah AEON. Pelanggan akan dapat mencipta kenangan indah sewaktu mereka ‘bershopping’.

Tidak lama dulu, di AEON MALL Bukit Tinggi pelanggan dapat menyaksikan Falling Petal Moment pada musim perayaan Tahun Baru Cina.

Terkini, kempen AEON inilah yang menawarkan kenangan manis untuk para pelanggannya pula.

kapal-persiaran-mewah-genting-dream-cruise

Pengalaman Bila Naik Genting Dream Cruise milik Resort World Cruises

Ini yang 8 pemenang kempen ‘Smile of Love – Win A Cruise Contest’ akan nikmati apabila mereka menerima hadiah kemenangan. Iaitu naik kapal persiaran mewah Genting Dream Cruise milik Resort World Cruises.

  • Kapal persiaran mewah Genting Dream Cruise akan berlepas dari Pelabuhan Klang pada setiap minggu. Menawarkan 2 ke 3 siri pelayaran ke destinasi popular, termasuk Pulau Pinang, Singapura dan bakal jejak Phuket pula.
  • The Genting Dream, ‘A Resort Cruising at Sea’ ini menyediakan pelbagai tawaran menarik lagi inklusif. Antaranya, makan percuma di tempat terpilih, dengan pelbagai hidangan masakan antarabangsa dan Asia. Juga, menu snek kegemaran sepanjang hari.
  • Diiktiraf sebagai Kapal Persiaran Mesra Halal Standard OIC/SMIIC pertama di dunia. Menjadikan kapal pelayaran ini mesra kepada pengembara muslim. Mudahlah untuk mereka mendapatkan makanan dan minuman halal yang ada pensijilan di restoran The Lido. Yang turut menyediakan masakan vegetarian dan Jain.
  • Turut ada bilik solat yang selesa untuk pengunjung yang beragama Islam.
  • Ada juga persembahan pentas bertaraf antarabangsa dan tayangan filem di teater Zodiac yang menyediakan 999 tempat duduk mengagumkan.
  • Terdapat juga taman air di laut dengan kolam dan 6 gelongsor air, laluan bertali dan ziplines, rock-climbing wall dengan aktiviti rekreasi yang boleh disertai oleh seluruh ahli keluarga.

Inisiatif AEON Sahut Seruan Dunia

Ini juga merupakan inisiatif AEON bagi menyahut seruan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa (United Nation’s Sustainable Development Goal) yang memberi fokus kepada Kesihatan dan Kesejahteraan Yang Baik (SDG 3).

Sejajar itu, AEON akan berterusan menggalakkan kehidupan yang sihat dan sejahtera kepada semua peringkat umur. Dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi mampan, inklusif, menyeluruh dan pekerjaan produktif serta layak untuk semua.

Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari Facebook AEON Mall : https://www.facebook.com/AEONMallMY/

Tags:

2 Comments

  1. MINA August 24, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!