Ada Apa April Ini, Dengarnya OFFER Buku Menarik

Ada Apa April Ini, Dengarnya OFFER Buku Menarik

April ini ada apa? GST? Makin peningkan bila sebut tentang GST. Lebih-lebih lagi geng suri. Mana hendak jana pendapatan, mana hendak bahagikan duit bekalan yang suami beri. Sana sini asyik cerita tentang duit.

Baik geng suri mahupun yang separa suri macam saya ini, GST tetap memberi kesan. Tapi bagaimana kita menerimanya itulah yang perlu dipelajari.

Bagaimana mahu belajar menerima kesan GST kepada diri sendiri?

Sejak mengenali geng Akademi Bekerja Dari Rumah, saya mula memahami bagaimana seronoknya bergelar WAHM. (Walaupun saya belum lagi menjadi WAHM).

Berfikir Seperti WAHM

Sebab itulah, saya sentiasa berfikiran seperti seorang WAHM. Kalau di ofis, teman-teman sewartawan sudah tahu rutin harian saya yang kelakar.

Kalau tiba-tiba mereka dengan bunyi ‘kruk’ ‘prak’ dari arah meja di petang-petang hari, tahulah mereka saya sedang menjalankan operasi mengemikkan botol-botol kosong.

Bukannya dapat jana pendapatan hebat-hebat sangat pun, tetapi teman-teman sudah tahu. 

Kalau ada botol-botol kosong, mereka akan berikan pada saya. Sedar tak sedar, projek mengumpul botol kosong ini sudah saya amalkan dari tahun 2011 lagi.

Dan di rumah pun anak-anak tahu botol kosong ini boleh dijadikan bahan recycle.

Itu baru bab botol kosong, belum lagi cerita tentang jualan telur puyuh, set nour ain, serbuk cheese, takoyaki sedap dan macam-macam lagilah.

Kenapalah saya boleh jadi segigih ini. Saya sendiri pun tak tahu kenapa. Agaknya darah keturunan anak Jawa Mbah Sarijo yang membuatkan saya semacam ini.

april ini

Semangat Dari Rakan-rakan ABDR

Namun, satu perkara yang terus mendorong saya dan membuatkan saya tak menoleh ke belakang lagi adalah kumpulan sokongan Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR).

Rakan-rakan guru, kak Azura, kak Aishah, Anys yang rajin, Zaila yang gigih, Wani dan terutama Masayu Ahmad sentiasa memberi kesan kekuatan jiwa yang berbeza.

Bertemu mereka cuma di laman online tetapi bagaikan telah berkenalan lama. Banyak perkara dipelajari terutama berjualan secara online.

Setelah sekian lama, grup ini terus bergerak dengan menghasilkan buku-buku selfhelp yang membantu para suri untuk maju dan tidak gentar waima dengan penangan GST.

Membaca itukan amalan yang mulia. Di ABDR juga ada banyak buku sokongan yang bagus untuk meningkatkan motivasi para suri mahupun separa suri semacam saya.

Jangan pernah mengalah dengan apa juga perkara yang akan melemahkan semangat kita ya.

april ini

April Ini Ada Offer Buku Menarik

April ini pun, ABDR sudah ‘offer’ buku-buku menarik untuk dimiliki. Saya kongsikan juga dalam ini. Mana tahu ianya berguna untuk anda.

Jika mahu berjaya, jangan takut untuk lakukan ‘investment’. Pastikan apa yang dilaburkan itu akan mendapat pulangannya semula.

Saya dulu pun asyik berkira-kira mahu join atau tidak ABDR ini. Berbulan-bulan lamanya saya asyik bertanya tentang akademi ini.

Mujurlah Ayu sabar melayan saya. Akhirnya, saya bersyukur yang tidak terhingga. 

Rupanya dalam diam, Ayu ajar saya tentang memulakan bisnes tanpa modal, menjana wang walaupun masih sibuk mengejar deadline.

Dan akhirnya, Ayu ajar saya tentang mengatur kewangan agar tidak keterlaluan boros dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah, walaupun tidaklah bermewah-mewah namun ianya serba seimbang dan membahagiakan.

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 30 March 2015

Baca juga :
- Inspirasi WAHM, Kuasai Blog Sebelum Berhenti Kerja
- Bagaimana Akhirnya Blog Travelog Wartawan Menjaga Wang
- Bersyukur direzekikan bekerja dan berniaga


 
 

Leave a Reply

error: Content is protected !!