Perkongsian daripada Dr Azhar saya catatkan kembali. Jika mahu mengubah sikap, memerlukan 21 hari untuk menjadikannya satu habit.
Semalam anak sulung saya, Mirza tak balik rumah. Merajuk dengan saya barangkali. Tak tahan kot dengar ibu dia berleter. Sampaikan pagi Isnin itupun dia masih merajuk dan cakap tak nak kawan dengan saya.
Anak kedua saya, Zarif. Hm, sukar sebenarnya mahu mentafsir Zarif. Fikirannya amat sukar sekali diselami. Agaknya sebab dia tak duduk sekali dengan mak kot dan dia terkategori ‘second child syndrome’.
(Gamaknya saya kena berusaha gigih mencari jalan penyelesaian menangani SCS ini). So, dia rasa agak terpisah dari saya dan abangnya.
Jadi, perangainya memang lain dari yang lain. Sentiasa menuntut perhatian yang oh…amatlah melampaunya dan menguji kesaaaaaabaaaarrraaaannnn.
Anak-anak saya ini tidak dijaga oleh orang yang sama.
Yang sulung, Mirza sejak kecil mak saya yang jaga. Bila adiknya lahir ke dunia. Dia seakan menjauh. Waktu saya balik dari hospital Mirza’melarikan’ diri dari saya.
Jangankan hendak dekat, tengok saya pun tak mahu.
Mirza Menjauhkan Diri
Tiga hari Mirza tak tegur saya. Rindu sangat saya dengan Mirza waktu itu. Sudahnya saya mimpikan Mirza. Cuma saya dah lupa mimpi apa.
Selepas saya mimpikan Mirza, dia ok dan mula mendekat dan peluk saya semula. Seronok sekali tak tahu hendak kata apa.
Habis pantang, Zarif saya serahkan pada kakak Iza (dulu mak saya jaga anak kak Iza ni. Bila saya dah bersalin, kak Iza berhenti kerja dan jaga anak saya pula).
Tak jauh pun jaraknya, depan rumah mak saja.
Kalau tengahari atau petang jumpalah diaorang. Tapi lama kelamaan, dua beradik ini susah sekali hendak bersatu. Setiap kali berjumpa pasti tercetus pergaduhan kecil.
Sudahnya saya juga yang jadi ‘singa lapar’. Lama kelamaan, saya tengok budak-budak ini dah semakin lasak. Dan setiap kali itu juga kesabaran saya di luar batasan pemikiran.
Baca juga : Ibu belajar erti syukur melalui anak-anak
Perlukan 21 Hari Untuk Mengubah Sikap
Isnin baru ini saya sempat berbual dengan kak Nuri (editor saya le tu). Kak Nuri sempat ke ESQ Parenting. Event yang sepatutnya saya hadiri pada 10.10.10 hari itu.
Memandangkan saya dah confirm datang ke majlis alumni sekolah saya, terpaksa saya batalkan niat itu. Mungkin belum ada rezeki lagi.
Dalam perbualan dengan kak Nuri, saya masih ingat kata-katanya.
Saya tahu ‘benda’ itu dan sememangnya itulah yang selalu saya ingatkan diri sendiri. Tapi saya seringkali melupakannya dalam erti kata lain, buat-buat tak ingat ‘benda’ itu.
Cerita kak Nuri benar-benar terkesan di jiwa saya. Jujurnya pengakuan saya ini.
Tip Untuk Mengubah Sikap
Bak kata Dr Azhar, kalau mahu mengubah sikap kita memerlukan 21 hari untuk menjadikannya satu habit yang baru.
Saya dah cuba praktikkan. Catatan ini akan mengingatkan diri sendiri andai terlupa satu hari nanti.
- Bersabar dengan apa juga kerenah anak-anak yang amatlah lasak itu. (Agaknya saya dah tersalah asuh kot! So perangai lasak itu tak boleh nak salahkan diaorang pun).
- Kalau saya terlalu stress, saya akan diam sambil tangan ligat bekerja dan buat tak tahu dengan stress yang sedang dialami. (Macam mana nak buat tak tahu ya. lebih-lebih lagi bila hati tengah panas menggelegak… tarik nafas dalam-dalam dan istighfar banyak-banyak dan fikir POSITIF).
- Bila kemarahan dah reda. Barulah boleh bercakap semula.
- Pertama-pertamanya perlu ubah diri sendiri, barulah boleh melentur Mirza dan Zarif.
- Ambil ingatan kak Nuri. Benda lepas jangan dikenang, teruskan berusaha mencari cara terbaik untuk mengembalikan anak kita ke rentaknya semula.
Susah sebenarnya, lebih-lebih lagi terlalu banyak gangguan negatif di persekitaran saya ini.
Lagipun, saya ini bukanlah ibu yang perfect dalam segala segi. Masih lemah dalam bab-bab parenting ini. Semoga usaha saya nanti berjaya ya.
Mohon doa dari teman-teman semua. Aminnn
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 12 Oktober 2010
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis