tempat makan tengahari di kuala kangsar

Best Singgah Restoran Talam, Tempat Makan Tengahari Di Kuala Kangsar 2024

Dekat Kampung Kota Lama Kiri, Kuale ini ada tempat makan nasi talam sedap dan murah. Asal balik Perak mesti kami singgah Restoran Talam mencari tempat makan tengahari di Kuala Kangsar yang sedap.

Dalam satu hidangan nasi talam itu, set nasinya lengkap dengan 5 hidangan lauk berkuah, kerabu, ayam goreng, ulam dan ikan masin. Malah, hidangan air pun ada sama. Kami ada juga ambil lauk tambahan dan kebiasaannya harga nasi talam untuk makan berlima sekitar RM60 sahaja.

Waktu operasi : Restoran Talam Kuala Kangsar, Perak ini dibuka dari jam 10.30 pagi hingga 3 petang, setiap hari Sabtu hingga Khamis kecuali hari Jumaat. Menyajikan masakan kampung yang sedap. Paling saya suka tentulah kerabu pucuk paku. Sure ambil 2 pinggan setiap kali makan tengahari di sini.

Review Restoran Talam Tempat Makan Tengahari Best Di Kuala Kangsar

Dekat Restoran Talam ini vibes dia memang ada rasa suasana rumah orang Perak lama. Pelanggan bukan saja boleh makan di meja makan yang berdekatan dengan pokok ceri, malah boleh juga menikmati hidangan di bawah kolong rumah kampung.

Jika mahu makan bersila, bolehlah naik ke rumah kayu yang dihiasi deko ala kampung Kuala Kangsar. Inilah istimewanya tempat makan tengari dekat Kota Lama Kiri ini.

Perhiasan labu sayung itu yang mencantikkan rumah kampung di restoran ini. Cuma, bila nak makan bersila atas rumah anda perlu datang awal. Ini kerana, ruangannya agak terhad.

Macam kami yang dah beberapa kali singgah makan tengahari di sini setiap kali balik Lenggong, dapatlah merasai kesemua ruangan itu sambil makan. Bersila pernah, bawah kolong pun pernah.

hidangan di restoran talam

Hidangan Makan Tengahari Di Restoran Nasi Talam Kuala Kangsar

Terdapat 4 sajian set hidangan lunch untuk pelanggan. Anda boleh pilihlah nak masakan berkuah yang mana satu. Harga setiap sajian talam ini juga berbeza-beza. 

Setiap set hidangan berlauk yang disediakan dalam talam ini boleh dimakan untuk 3 ke 4 orang.

Antara 4 set tersebut adalah :

  • Set A : Set Petangni – satu talam ada lauk gulai daging petang ni, 2 ketul ayam goreng, ikan masin, sambal belacan, kerabu, ulam-ulaman, nasi dan air. Harga pada tahun 2021 RM35.
  • Set B : Set Tempoyak – satu talam ada lauk ikan patin tempoyak, 2 ketul ayam goreng, ikan masin, sambal belacan, kerabu, ulam-ulaman, nasi dan air.
  • Set C : Set Kari Bawal – satu talam ada lauk kari ikan bawal, 2 ketul ayam goreng, ikan masin, sambal belacan, kerabu, ulam-ulaman, nasi dan air.
  • Set D : Set Asam Pedas – satu talam ada lauk asam pedas ikan, 2 ketul ayam goreng, ikan masin, sambal belacan, kerabu, ulam-ulaman, nasi dan air.

Manakala menu ala-carte untuk seorang makan :

  • Ada set talapian goreng, set keli goreng, set bawal goreng, set kembung goreng dan kesemuanya beserta dengan 4 pilihan kuah iaitu kuah kari ikan, kuah asam pedas, kuah masak tempoyak dan kuah daging petangni

Baca juga : kedai makan nasi ambeng ngences Kabin Kuning Sandora

tempat makan tengahari di kuala kangsar

Suasana Restoran Sesuai Jadi Tempat Makan Tengahari Untuk Keluarga

Sebenarnya selain nasi talam berhidang yang ada di Kuala Kangsar ini ada satu lagi port tempat makan tengahari menu kampung yang viral iaitu di Restoran Teringat Lenggong di Tasik Raban.

Cuma, disebabkan tempat makan itu viral kitaorang yang memang tak berapa rajin nak beratur ini belumlah ada peluang nak masuk makan. Itu yang mencari lokasi makan nasi talam di Kuala Kangsar.

Suasana kampung dia buatkan bila datang sini makan makan lauk kenduri kat Perak pula feel dia. Memang seronoklah kami anak beranak kalau makan kat kedai makan ini.

Orang sentiasa ada, tapi tidaklah ramai sampai beratur panjang. Jadi, dapatlah makan dengan tenang. Sambil layan lauk kampung kerabu pakis yang sedap itu dengan penuh nikmat dan santai-santai. 

Uniknya pada bahagian meja makan yang berdekatan dengan tempat basuh tangan itu, ada pokok ceri barbodos. Ada sekali itu kami sampai buahnya tengah lebat. Tapi waktu itu, tak tau lagi ianya pokok apa. Maka, fokus sajalah pada makanan yang terhidang. 

Selesai makan, macam biasa. Mirzalah terpaling rajin kemas meja satukan mana yang kotor. Senang nanti adik kedai nak bersihkan.

hidangan di restoran talam

Lokasi Restoran Talam Kedai Makan Menarik Di Kuala Kangsar

Untuk yang nak merasai hidangan lauk orang Perak ini, bolehlah mencubanya di restoran nasi talam ini. Restorannya betul-betul di tepi jalan. 

Boleh nampak signboard besar tulis Restoran Talam dalam replika talam.

Macam kitaorang dah siap-siap letak landmark yang berdekatan dengan Restoran Talam. Kalau dari arah Kuala Kangsar, bila ternampak bumbung berwarna kuning dah kena perlahankan kenderaan. Bermakna dah nak sampailah tu.

Nanti boleh parking kereta di tapak parking bersebelahan restoran yang disediakan oleh tuan kedai. Kalau susah bebenor nak ingat landmark itu, anda boleh waze map ke Restoran Talam ini. 

Alamat tempat makan best di Kuala Kangsar Perak : Restoran Talam, Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia, Kampung Jamuan, Malaysia.

tempat makan tengahari di kuala kangsar

Tempat Makan Berdekatan Dengan Laksa Pokok Limau, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar

Last time kitaorang pergi, barulah perasan yang kedai makan nasi talam ini berdekatan rupanya dengan restoran Laksa Pokok Limau. Tak lama dulu pernahlah makan laksa di sini.

Sedap laksanya, paling menarik sebab ada telur sarang yang special. Buatkan laksa jadi lebih kick bila dinikmati di waktu petang. 

Read More

Leave a Reply

error: Content is protected !!