Sudah tiga malam, rumah saya dan beberapa orang jiran terdekat mengalami gangguan bekalan elektrik. Kerap lampu terpadam tiba-tiba.
Waktu kejadian pun lebih kurang sahaja jamnya, antara 10 ke 11 malam. Sebenarnya sebelum ini, kira-kira bulan 5 dulu pernah ‘blackout’ dekat perumahan Taman Sri Puteri, Meru.
Mula-mula lampu terpadam. Tapi TV dan kipas ‘on’ macam biasa. Pelikkan.
Lampu kejap-kejap on-off, macam main ba ba cak. Selepas hari itu, bekalan elektrik sering terputus. Sampailah malam kelmarin, semalam dan hari ini ia jadi sekali lagi.
Masuk hari semalam. Hati saya pun sudah tak boleh tahan. Panas satu badan. Cepat-cepat minta bantuan Cik Noh.
Konon-konon kalau tak selesai juga masalah nak naiklah bawa sampai ke telinga YB. (Macam bagus je kan?)
Sekali Cik Noh bagi nombor telefon pegawai TNB. Sebenarnya bukannya tak nak minta bantuan Careline TNB tu. Tapi dah berbuih mulut sama je jawapan diaorang.
Penerangannya pun memeningkan kepala ‘mokcik’ yang orang kebanyakan ni.
Aduan Demi Aduan
Kata pasal apa benda kat lebar daun dah timpa wayar tianglah, pasal fius terbakar dan dan bergantilah, pasal kerosakan besar dekat area setia alamlah, pasal jalan rumah saya dekat dengan jalan sentosalah.
Macam-macamlah sampai tak faham pun. Yang bestnya. Siap cakap malam kejadian diaorang terima banyak aduan. Nak tergelak pun ada, sebab careline tukan memang tempat terima aduan. Kalau tak de aduan tak carelah namanya.
Patutnya bila aduan yang sama oleh orang yang sama setiap malam pula tu, report tu dah di bawa ke pihak atasan untuk tindakan lanjut.
Ini tak standard je jawapan dema ni. ‘Bila kata nak buat aduan ke pihak atasan boleh pula kata, “Ya Cik dibenarkan berbuat demikian.” Lagilah kelakar bunyinya.
Baca juga : Syukurlah dapat sampai rumah dengan selamat
Ini Punca Lampu Terpadam Alami Gangguan Elektrik
Akhirnya, tak sempat pun nak buat aduan kat pihak atasan. Sebab pegawai TNB yang cekap tu dah turun padang pun.
Siasatan dijalankan dan tepat jam 12.35 malam pak cik pegawai TNB ni maklumkan port yang support bekalan elektrik kawasan rumah saya tu dah kena curi satu.
Sepatutnya ada dua. Bila dah cacat, dia dah tak boleh tampung dan tiap kali penggunaan elektrik meningkat contoh pasang aircond dan sebagainya, dia pun blackout.
Maknanya ia bukanlah tentang fius atau kerosakan besar seperti yang dimaklumkan oleh kakak careline tu.
Berkongsi cerita yang satu ini bukan bermakna mahu menuding jari atau menyalahkan sesiapa. Sekadar meluahkan apa yang dirasa.
Syukurlah kejadian yang sama telah berjaya di atasi.
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 14 Jun 2013
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis