cara-siang-ikan

Cara Siang Ikan Banyak Tulang, Mudah Makan

Cara siang ikan lampam banyak tulang | Sebelum Ramadan itu hari, mak ada bekalkan seplastik besar ikan lampan. Banyak sungguh sampai boleh makan beberapa hari.

Alhamdulillah, rezeki mak duduk dekat. Sesekali dapat kiriman sayur kampung, tak pun hasil kebun atau ikan-ikan yang dipancing.

Macam semua orang sedia maklum, ikan lampam ini kan sejenis ikan sungai banyak tulang. Samalah macam ikan puput atau nama lainnya, ikan beliak mata.

Ikan terubuk pun sama juga jenis ikan tulang banyak dan ada tulang-tulang halus.

Ikan banyak tulang ini sebenarnya sedap. Manis isinya. Cuma bila banyak tulang, jadi payah nak makan. Tapi, mak saya ajar kalau nak siang ikan duri bersepah ini kena kelar kecil-kecil badannya.

Cara Siang Ikan Lampam Banyak Tulang, Makan Tak Tercekik

Kelar Badan Ikan Kecil-kecil

  • Mula-mula belahlah perutnya. Buang isi, insang ikan semua itu.
  • Saya potong sikit je ekor. Bahagian muncung ikan saya tak buang pun. Kalau nak buang pun boleh.
  • Selepas itu buangkan sisiknya. Kalau ada alat pembuang sisik ikan tu lagi bagus. Dulu saya ada, lepas tu entah hilang ke mana.
  • Last sekali, saya kelar kecil-kecil badan ikan. Macam gambar dekat bawah ini.
  • Nanti tulang-tulang ikan yang kecil-kecil itu akan terpotonglah. Masa nak makan pun jadi mudah. Tak ada pun rasa tulang-tulang halus bagai.
  • Basuh dengan air asam Jawa. Sebab ikan ini ada lendir dan sedikit berbau hanyir. Asam Jawa ni akan neutralkan balik bau ikan tu.
cara-siang-ikan
Lebih kurang macam inilah saya kelar ikan lampam tu.

Atas ini cara yang mak saya ajarlah. Dan selalu saya buat macam itu untuk menyiang ikan yang banyak tulang ini.

Rupanya ada lagi teknik lain saya terbaca di google. Dan hari itu, saya cuba juga. Tak tahulah menjadi ke tidak, sebab akhirnya saya kelar juga kecil-kecil.

Baca : Sambal terung pipit ikan rebus simple tersedap

Petua Lama Siang Ikan Banyak Tulang ‘Tarik Ekor Ikan Lampam’

Pernah terbaca katanya ini petua yang diberikan oleh tukang siang ikan. Cara siang ikan banyak tulang macam ikan lampan ni, kena tarik ekor ikan lampan sampai bunyi krup krap..

Nanti tulang-tulang kecil ikan ini akan jadi teratur senang nak makan.

Cuma, bagi saya jenuhlah nak tarik sampai bunyi krup krap tu.. hahaha.

cara-siang-ikan
Ikan lampam yang mak beri.

Beza Lampan Jawa Dan Lampan Sungai

Rupanya ada dua jenis ikan lampan, satu lampam jawa dan satu lagi lampam sungai. Lampam jawa ini ikan import, manakala lampam sungai ini ikan tempatan.

Spesies asal dari sungai kita.

Kepala ikan lampam jawa ini katanya lebih kecil dan runcing dari lampam sungai. Bagi saya pula, baik lampan jawa atau lampan sungai, kedua-duanya nampak sama.

nettyahhiyer.com

Nampak sangat tak kenal ikan. Mujurlah masih kenal ikan lampam tu macam mana. Hahaha..

Baca : Cara masak lemak itik cili padi untuk beginner

Cara Masak Ikan Lampam

Ikan lampam pemberian abah ini saya buat masak lemak dan goreng garing. Kelar halus-halus badannya goreng garing.

Dia punya sedap makan gitu je pun dah best.

Masak lemak pula saya campurkan dengan batang keladi juga pemberian abah. Tapi batang keladi ini bukan semua jenis keladi boleh buat masak.

Ada jenisnya yang berbatang hijau. Saya rebus dengan asam keping dan garam untuk buang rasa gatal batang keladi itu.

Selepas siap rebus, buang airnya. Bila tiga kali barulah saya masukkan dalam masak lemak. Tak adalah masukkan awal.

Agak-agak kuah memekat baru masukkan. Sebab batang keladi ini sendiri dah lembut. Kalau masuk awal terlebih lembik pula nanti.

Saya memang suka masak lemak style Negeri Sembilan. Cuma perlu guna cili, kunyit hidup dan serai. Tiada penggunaan bawang pun dalam masak lemak saya ini.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

5 Comments

  1. Siennylovesdrawing July 20, 2022
  2. Yaya Azura July 20, 2022
  3. Shida Rahmat July 20, 2022
  4. ziana eunos July 21, 2022
  5. yong July 21, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!