resepi sotong goreng kunyit

Resepi Sotong Goreng Kunyit, Menu Sahur Paling Simple

Resepi sotong goreng kunyit ini resepi paling simple dan mudah nak buat. Cuma perlu gaul mesra dengan bahan rempahnya dah boleh goreng.

Mak saya cukup suka kalau saya buat resepi sotong goreng kunyit ini. Kata mak, saya pandai buat. Baru ni saya buatkanlah sotong kunyit ini untuk bersahur.

Laju je masing-masing menikmati lauk sahur ini. Makan dengan nasi panas-panas.

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Durasi memasak : 25 minit

resepi sotong goreng kunyit

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk sotong (anggaran 10 ekor) – bersihkan, buang dakwat hitamnya. Potong sederhana kecil.
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam
  • Sedikit perasa Knoor/Ajinamoto
  • Kacang buncis/kacang panjang – dipotong memanjang
  • Cili besar – hiris
  • Bawang besar – dipotong wedges (time buat ni bawang habis jadi tak letak)
  • Lobak merah – dipotong memanjang (time ni pun tiada lobak)

Cara Masak Sotong Goreng Kunyit

  1. Sotong yang sudah dibersihkan lumurkan dengan serbuk kunyit, garam dan perasa.
  2. Goreng dalam minyak yang panas. Ketika menggoreng sotong air sotong akan keluar. Jangan panik. Biarkan je sehingga sotong mengecut dan garing bolehlah angkat.
  3. Menggoreng sotong ini tak perlu berlama-lama ya. Sebab makin lama nanti sotong jadi liat.
  4. Tos minyak dan asingkan.
  5. Masukkan pula bahan sayuran lain di atas dalam kuali menggoreng tadi. Goreng sampai kesemuanya layu dan bolehlah diangkat.
  6. Gaulkan dengan sotong goreng tadi.
  7. Siap.
sotong goreng kunyit sedap
Ini sotong goreng kunyit sedap yang dimakan dekat warung Acutera, Kg. Budiman, Meru, Klang. Lembut sotongnya.

Macam-macam Jenis Masakan Sotong Goreng Kunyit

Resepi sotong masak kunyit ini ada bermacam-macam jenis. Ada yang sotong kunyit garing, sotong masak kunyit berkuah pun ada.

Kalau nak jadikan sotong goreng kunyit berkuah, biasanya saya tidaklah goreng garing. Ketika masih berair tu, saya dah masukkan sayuran siap hiris itu.

Jadilah dia berkuah sedikit.

Ikutlah mana kesesuaian dan keinginan untuk menikmati sotong goreng kunyit yang dimahukan.

Goreng kunyit ini bukan saja sedap dimasak pada sotong. Masak ayam goreng kunyit mahupun daging goreng kunyit pun sedap juga.

Selain sotong goreng kunyit menu bersahur yang enak antaranya sotong tin Rex masak tumis. Daripada mengantuk tu boleh terbuka matalah sebab sedapnya tin rex tumis ini.

Baca juga : Begini masak resepi sambal sotong sedap yang simple

sotong segar

Petua Sotong Lembut Tak Kecut

Beberapa petua ini boleh dipraktikkan untuk mendapatkan hasil sotong goreng yang tidak mengecut malah lembut apabila digoreng.

  • Rebus sotong yang dah dibersihkan selama 5 minit dengan 5 keping asam keping. Toskan airnya dan insyaAllah tidak kecut semasa di masak. Malah, sotong pun tidak berbau hanyir.
  • Boleh juga rendam sotong dengan air limau ataupun cuka untuk beberapa minit. Bilas dan toskan airnya. Airnya sotong tak perlu diambil kerana boleh sebabkan hanyir dalam masakan.

Semoga tip masak sotong tak kecut ini bermanfaat.

Sotong Sedap Masak Apa

Sotong ini antara bahan makanan yang jadi kegemaran dalam masakan Melayu. Keunikan tekstur dan rasa sotong itulah yang menjadikannya popular di dapur Melayu. Ketahui lebih lanjut, sotong ini sangat sedap bila dimasak hidangan apa.

Antara resepi yang boleh dimasak dengan menggunakan sotong adalah :

  • Sambal sotong pedas
  • Sotong goreng tepung 
  • Sotong masak lemak cili padi Negeri Sembilan
  • Sotong masak hitam 
  • Sotong sumbat pulut
  • Sotong bakar sumbat telur yang sangat sedap
  • Kerabu sotong daun selom
  • Kerabu sotong thailand
  • Kerabu sotong bunga kantan
  • Kerabu sotong suhun
  • Sotong masak kicap
  • Sotong masak kunyit berkuah
  • Sotong goreng berlada
  • Resepi sotong phat phet

Baca juga : 3 resepi lala tumis serai, pedas thai yang best

Cara Simpan Sotong Supaya Segar Dalam Peti Beku

Kadangkala tak semua sotong yang dibeli akan dimasak. Perlu suka dibersihkan dan disimpan dalam peti beku. Di sini dikongsikan cara yang boleh anda cuba buat di rumah.

Ini kerana, untuk memastikan sotong segar di dalam peti beku memelukan pengendalian dan penyimpanan yang betul agar kualiti dan kelazatan sotong dapat dikekalkan.

Sebelum Disejuk bekukan

  • Semasa membeli pilihlah sotong yang segar. Yang man, mata sotong masih pejal lagi dan berbau seakan lautan. Elakkkan beli sotong yang matanya dah tak segar. Kalau badannya masih kenyal bermakna sotong masih segar. Kalau badannya lembik bila ditekan itu petanda tak segar dah.
  • Sebaik sampai di rumah, terus bersihkan sotong. Keluarkan isi dalamnya. Ada orang buang mata sotong, ada yang tidak. Buang juga gigi sotong. Bilas sesungut dan badan sotong bawah air paip yang mengalir. 

Kaedah Simpan Sotong Dalam Chiller

  • Bekas penyimpanan : Toskan sotong dengan sebaiknya sebelum disimpan dalam bekas penyimpan bertutup. Boleh juga masukkan dalam beg zip lock. Pastikan tak bocor untuk mengelakkan lebihan air sotong keluar dan mengotorkan peti sejuk anda.
  • Sotong segar tahan berapa lama dalam peti sejuk : Jika di simpan dalam peti sejuk chiller, sotong segar hanya kekal segar sehingga 2 hari saja.
  • Sotong yang siap dimasak boleh simpan dalam peti sejuk untuk tempoh 2 ke 3 hari. 
  • Simpan dalam peti sejuk beku : Sotong yang disimpan dalam peti beku boleh bertahan sehingga 2 bulan. Boleh guna kaedah kecutkan sotong sebelum simpan sotong dalam peti beku. Tujuannya untuk mengekalkan tekstur segar sotong.
  • Sebaik sotong dicairkan, sotong itu perlu dimasak dalam tempoh 24 jam.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

5 Comments

  1. SR March 29, 2023
  2. Shida Rahmat March 30, 2023
  3. Fatin Nadiah April 4, 2023
  4. SiennyLovesDrawing April 4, 2023
  5. Yong April 12, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!