Sampai hari ini, tahun 2025, resepi cendawan enoki butter Anju ini masih viral lagi. Malah, resipi Zarina Anjoulie ini dicuba berkali-kali oleh orang ramai. Salah seorangnya sayalah. Sebab simple, sedap ada rasa ‘buttery’ malah senang dibuat.
Cendawan enoki ini asalnya di dapati dari negara China, Jepun malah Korea. Sekarang ini, dekat pasaraya Malaysia pun mudah nak jumpa enoki mushroom ni.
Bermacam resepi boleh buat dengan enoki ini. Antaranya resepi cendawan enoki goreng tepung bestari, enoki tumis, enoki tomyam, sup cendawan enoki dan enoki oden. Tentunya resepi cendawan enoki butter Anju ini yang terpaling simple sekali. Saya kongsi resepi enoki mushroom butter Anju dan resepi yang saya upgrade ikut citarasa sendiri.
Resepi Cendawan Enoki Butter Sukahatiku
Durasi memasak : 15 minit
Bahan-bahan
- 4 ulas bawang putih yang dibakar – dicincang
- 2 pek cendawan enoki – basuh, tos dan dipotong
- 4 sudu besar buttercup (salted)
- Sedikit lada hitam – ditumbuk
- Sedikit empingan cili (chili flakes)
- Perasa ayam Knorr
- Sedikit lemon (apa-apa jenis janji ada rasa citrus)
- Sedikit serbuk bawang putih
Cara Memasak
Langkah 1 : Bakar Bawang Putih
- Bakar dahulu bawang putih dengan kulitnya untuk mendapatkan rasa smokey garlic. Ia akan menaikkan rasa enoki.
- Kupas kulit bawang putih, ambil isinya dan dicincang.
- Buang kesan hitam terbakar pada bawang itu tadi.
Langkah 2 : Membuat cendawan enoki tumis butter
- Masukkan 2 sudu besar buttercup ke dalam kuali panas.
- Kemudian, masukkan bawang putih cincang dan lada hitam.
- Tambahkan cendawan enoki. Kacau untuk seketika.
- Masukkan perasa, empingan cili dan tambahkan butter.
- Kacau hingga sebati dan boleh matikan api.
- Terus taburkan serbuk bawang putih dan perahkan sedikit lemon.
- Kacau bagi sekata dan sedia untuk dinikmati.
Tip :
- Pastikan semasa memotong cendawan enoki, anda tidak meleraikan kecil-kecil. Boleh dibelah kepada 4 bahagian. Cendawan enoki yang terlalu berderai akan hilang rasa manisnya nanti.
- Dalam proses memasak ini tak perlu tambahkan garam. Ini kerana, butter yang digunakan sudah pun masin.
- Tidak perlu juga masukkan air semasa menumis kerana cendawan enoki yang dicuci itu akan memerangkap air. Air dari cendawan akan keluar semasa proses menumis enoki di dalam kuali.
Resepi Cendawan Enoki Butter Anju
Durasi memasak : 15 minit
Bahan-bahan
- 2 pek cendawan enoki
- 2 ketul butter (bersaiz 1/4)
- Sedikit stok ayam homemade Maggi
- 1 pek chili flakes Dominos
- Sedikit perahan lemon
Cara Membuat
- Buang bahagian akar cendawan enoki.
- Belah cendawan menjadi beberapa bahagian kecil.
- Sediakan 1/4 butter.
- Masukkan butter dalam kuali. Apabila sedikit mencair boleh masukkan cendawan enoki.
- Masukkan sedikit stok ayam dan tambahkan air. Kacau sebati.
- Masukkan lagi 1/4 butter dan masak hingga kesemua bahan sebati.
- Angkat dan tambahkan chili flakes dan boleh perahkan lemon.
- Sedia untuk dinikmati.
Cendawan Enoki Masak Apa Sedap
Enoki ini antara cendawan yang underrated. Barangkali bentuknya yang berbeza daripada cendawan yang lain seperti cendawan tiran, cendawan butang mahupun cendawan shiitake.
Bentuknya yang unik berbatang panjang serta berkepala kecil membuatkan ianya jarang dimasukkan bersama hidangan masakan Melayu. Namun, cendawan ini amat terkenal dalam masakan Jepun mahupun Korea.
Jangan tak tahu, enoki juga mempunyai tekstur ‘cruchy’ atau rangup. Malah, jika betul cara memasaknya akan terasa manis enoki itu nanti.
Cendawan ini juga enak jika dimasak:
- Resepi cendawan enoki celup tepung crispy
- Enoki bersos soya
- Cendawan enoki sos korea
- Tumis enoki dan sayur campur udang
- Resepi cendawan enoki tumis bawang putih
Baca juga : resepi spaghetti carbonara Simple Delicious Guna 1 Tin Cendawan Creamy
Tanda Cendawan Enoki Rosak
Bagaimana cara untuk memastikan anda memilih cendawan enoki yang segar ketika membeli di pasaraya. Menurut Dr. Fumio Eguchiada dua cara mudah memilih enoki mushroom paling segar yang masih mengekalkan nutrisi terbaik.
Pek pada cendawan mestilah padat dan gebu. Sekiranya batangnya sudah berlendir itu tandanya cendawan ini tak lagi segar.
Jika bungkusan cendawan sudah mengeluarkan wap. Elakkan daripada membelinya. Ini kerana, enoki tak lagi segar.
Bungkusan enoki haruslah kering dan bersih. Keadaan basah membuatkan enoki mudah mereput. Pembungkusan yang kering menandakan enoki masih segar dan khasiatnya boleh anda dinikmati dengan sebaiknya.