potato bread chompdown

Best Betul Pertandingan Potato Bread Chompdown Grand Final 2024 AEON

Sempena Ulang Tahun ke-40 AEON, pusat membeli belah terkemuka di Malaysia ini menganjurkan pertandingan Potato Bread Chompdown. Iaitu pencarian juara makan roti kentang terpantas.

Misi pencarian peserta Potato Bread Chompdown ini diadakan di 33 buah pusat membeli belah AEON di seluruh Malaysia sekitar bulan April dan May 2024 lalu. Yang mana, pencarian ini terbahagi kepada recruitment stage, preliminary stage dan final.

Di acara Grand Finale Potato Bread Chompdown, memberi tuah kepada Che Wei Ken dari Pulau Pinang. Beliau berjaya menghabiskan 40 biji roti kentang dalam masa 3.39 minit mengalahkan 10 peserta akhir yang lain. Beliau membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM3000.

potato bread chompdown

Pertandingan Potato Bread Chompdown Grand Final Berlangsung Meriah

Pertandingan makan roti kentang terpantas anjuran pusat beli belah AEON, yang mana acara finalnya diadakan di AEON Shah Alam. Seramai 10 peserta akhir bertanding untuk menghabiskan 40 biji roti kentang dalam tempoh masa 15 minit.

Bagaimana pun, pemenang dikira berdasarkan siapa makan roti kentang paling pantas. Pemakan terpantas layak bergelar juara. 

Antara peserta akhir yang bertanding di acara Potato Bread Chompdown Grand Finale adalah :

  1. Muhammad Shaifuldin dari Melaka (catatan masa sebelumnya 2.01 minit)
  2. Mohamad Asrul Fikri dari Bukit Mertajam (catatan masa sebelumnya 2.07 minit)
  3. Kho Hai Chun dari Bukit Mertajam (catatan masa sebelumnya 2.08 minit)
  4. Sathia Selan A/L Pulinggam dari Bukit Mertajam (catatan masa sebelumnya 2.17 minit) 
  5. Azwin Julianto B Abad dari Johor (catatan masa sebelumnya 2.43 minit)
  6. Ibnul dari Selangor (catatan masa sebelumnya 2.59 minit) 
  7. Azim Shah dari Negeri Sembilan (catatan masa sebelumnya 3.01 minit)
  8. Che Wei Ken dari Penang (catatan masa sebelumnya 3.01 minit)
  9. Azdi dari Selangor (catatan masa sebelumnya 3.03 minit)
  10. Zack Adzry dari Selangor (catatan masa sebelumnya 3.12 minit)

Dalam pada perlu bersaing untuk menghabiskan 40 biji roti kentang, peserta perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh penganjur Potato Bread Chompdown Competition ini. 

Yang mana, mereka perlu makan dengan menggunakan satu tangan sahaja. Peserta juga perlu mengangkat tangan sebaik selesai makan lalu juri akan membuat pengesahan. Penyertaan dikira terbatal sekiranya peserta muntah. 

Sepanjang bertandingan berlangsung tersedia bantuan first aid sekiranya berlaku keadaan tidak diingini. Ini antara langkah keselamatan yang disediakan oleh penganjur.

Pemenang yang bergelar juara membawa pulang hadiah kemenangan sejumlah RM3000, manakala 9 lagi peserta membawa pulang RM200 setiapnya.

Baca juga : 5 Beza roti gardenia bonanza Dan Classic Jumbo

potato bread. chompdown

Info Pemilihan Peserta Acara Potato Bread Chompdown Competition 2024 di AEON Mall

Proses pemilihan mencari 10 peserta akhir ini dibahagikan kepada 3 stage iaitu:

Recruitment Stage

  • Pada fasa ini sebanyak 33 pusat membeli belah AEON mengadakan pertandingan makan roti kentang terpantas di sepanjang bulan April dan May 2024.
  • Setiap peserta perlu menghabiskan 3 biji roti kentang dengan cepat dan catatan masa mereka direkodkan.
  • 10 peserta paling pantas makan akan dipilih sebagai pemenang dan layak untuk ke pentas seterusnya.

Preliminary Stage

  • Kesemua 33 buah pusat membeli belah AEON terlibat dalam pusingan saringan kedua ini.
  • Dalam pusingan saringan kedua ini, setiap peserta yang terpilih perlu menghabiskan 20 biji roti kentang dalam tempoh masa yang diberikan iaitu 15 minit. Siapa makan paling cepat, dialah yang layak terpilih.
  • Pada peringkat ini, juara memperoleh hadiah kemenangan bernilai RM300, manakala 9 lagi pemenang saguhati membawa pulang hadiah bernilai RM50.

Final

  • Acara akhir ini diadakan pada 27 Julai 2024 bertempat di AEON Shah Alam.
  • 10 pemenang makan pantas semasa preliminary stage bertanding ke peringkat Grand Final Chompdown.
  • Setiap peserta akhir perlu makan 40 biji roti kentang. Siapa makan paling cepat dialah pemenangnya. Tempoh masa yang penganjur berikan adalah 15 minit.
  • Hadiah juara bernilai RM3000. manakala 9 saguhati bernilai RM200.

Menurut Cik Azidah, pertandingan Potato Bread Chompdown ini diadakan bersempena meraikan ulang tahun ke-40 pusat membeli belah AEON. Sebab itulah, pertandingan ini diadakan di seluruh AEON yang ada di negara ini.

Pada hari berlangsungnya acara, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan Dance Show oleh anak-anak comel. Malah, pengunjung juga boleh menyertai acara lucky ball yang tersedia untuk mereka.

Baca juga : Cara awesome sertai kempen transformers one roadshow di 18 AEON Mall

potato bread chompdown

Roti Kentang Dari Kedai La Boheme Bakery

Ternyata AEON sentiasa berusaha meraikan para pengunjungnya dengan acara yang meriah dan menggembirakan pelanggannya. Tentunya, pertandingan ini memberi memori indah kepada para peserta malah seluruh pengunjung yang hadir menyaksikan pertandingan unik sebegini. 

Bukan mudah ya nak menghabiskan walau 2 ketul roti dalam sekelip mata, namun para peserta berjaya membuktikannya. Mereka juga dibekalkan dengan air mineral semasa pertandingan.

Untuk pengetahuan, roti kentang yang para peserta makan itu didatangkan khas dari kedai roti terkenal di AEON mall iaitu La Boheme Bakery. 

Selain roti kentang, kedai bakeri ini juga menyediakan Buttery Croissant, donut, mayo sausage, burger bunsausage gusto, classic butter cake, roti garlic & cheese, whomemeal sandwich loaf dan sebagainya.

Untuk info selanjutnya layari AEON Retail Malaysia 

Read More

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!