layang layang perkahwinan

Drama Layang Layang Perkahwinan : Pelakon, Sinopsis & Babak Daring 2024

Drama Layang Layang Perkahwinan berkaitan cinta dan pengkhianatan ini disiarkan di Slot MegaDrama, Astro Ria menggantikan syurga itu bukan mudah. Menampilkan lakonan hebat Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny dan Keith Foo.

Bermula 8 Januari 2024 lalu, Layang Layang Perkahwinan mula ditayangkan kepada penonton. Siri drama televisyen 28 episod penuh ini akan menemui peminat setianya setiap hari Isnin hingga khamis pada jam 10 malam selama 42 minit. 

Anda juga boleh menonton drama arahan Eyra Rahman ini di Astro Ria atau strim secara online di on demand melalui Ultra Box dan juga Astro Go. 

Pengenalan Drama Layang Layang Perkahwinan

Drama Layang Layang Perkahwinan terbitan syarikat produksi si iFame (iFabulous Art Media & Event) ini menampilkan tema penceritaan tentang cinta, kisah kekeluargaan yang rumit malah pengkhianatan. 

Skrip drama ditulis oleh Oka Aurora. Beliau merupakan seorang penulis terkenal Indonesia yang pernah hit untuk filem Layangan Putus (2023). 

Siri TV penuh emosi yang mendapat tempat di hati penonton ini juga menampilkan lagu runut bunyi (OST drama) berjudul Haruskah (Kubalas semua) nyanyian Afida. Manakala liriknya oleh Gio Wobowo.

layang layang perkahwinan
Kredit foto : Instagram ezzaniejasny

Senarai Pelakon Layang Layang Perkahwinan Beserta Watak

Pelakon Utama 

  • Shukri Yahaya membawakan watak Azim Hasibullah
  • Ezzanie Jasny membawakan watak Saida Amanda
  • Keith Foo sebagai Ammar Arafat
  • alya iman sebagai Tsuraya Lin
  • Aishah Illias sebagai Maryam Amani

Pelakon Pembantu

  • Arash Mohd sebagai Hasibullah
  • Nina Juren sebagai Laeli Sinatra
  • Lisdawati sebagai Siti Fatimah (Umi/Nenek)
  • Haidar Hasanudin sebagai Arjuna
  • Natasha Elyzza sebagai Nur Maya
  • Aidan Razeen sebagai Atheer
  • Kenji Sawahii sebagai Latiff
  • Zaid Erakad sebagai Fatih
  • Nik Rifaie sebagai Zack
  • Maz Matsor sebagai Mbak Ayu
layang layang perkahwinan
Kredit foto : Instagram ezzaniejasny

Sinopsis Layang Layang Perkahwinan : Rahsia Tak Terduga Rumitkan Perkahwinan ‘Sempurna’

Drama Layang Layang Perkahwinan ini berkisar perkahwinan Saida (watak dibawakan Ezzanie Jasny) yang mengimpikan menjadi isteri yang sempurna buat Azim (watak Shukri Yahaya). Segala daya diusahakan agar impian tercapai tanpa Saida sedari yang dirinya sudahpun dicurangi Azim dalam kehidupan rumah tangga mereka.

Azim berlaku curang dengan seorang setiausaha yang menawan, Tsuraya Lin (lakonan Alya Iman). Pada Tsurayalah Azim berkasih bermanja demi keselesaan. Hubungan menjadi semakin rumit bilamana Tsuraya yang menjalin hubungan rahsia dengan Azim memiliki hasrat menghancurkan hubungan rumahtangga yang Saida bina. 

Semakin rumit perkahwinan ‘sempurna’ Saida apabila Ammar (lakonan Keith Foo) membawakan satu rahsia yang tidak terduga. Mampukah Saida bangkit untuk menyelamatkan perkahwinannya yang sudah berantakan itu?

layang layang perkahwinan
Kredit foto : Instagram Alya Iman

Babak ‘Panas’ Buatkan Shukri Yahaya Mohon Maaf Atas Kekhilafan

Lakonan Shukri Yahaya dalam Layang Layang Perkahwinan ini mendapat kritikan apabila pada episod pertama ditayangkan, tular di media sosial satu klip video dirinya melakonkan watak Azim.

Dalam babak itu, Shukri sedang mandi dan Alya Iman masuk ke bilik air. Shukri yang tidak memakai baju langsung menarik tangan Alya. Lalu Alya melemparkan senyuman.

Babak tersebut memberi gambaran yang kurang baik kepada penonton. Akui Shukri itu adalah kekhilafan dirinya yang terlalu teruja dengan penggambaran. Dan Shukri Yahaya mohon maaf khilaf lakukan adegan ’soft porn’ tersebut. Dan beliau berjanji babak sebegitu tidak akan berlaku lagi di episod lain dalam drama lakonannya.

Read More

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!