bella astillah

Bella Astillah : Biodata & Rumah Tangga Pelakon Jelita 2023

Bella Astillah yang juga isteri penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz menyuntik inspirasi wanita cekal berdepan dugaan rumah tangga. Kariernya sebagai pelakon terus cemerlang di lakonan yang mantap.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga sudah terlibat dalam dunia seni sejak kanak-kanak lagi. Bella bersama adiknya, Didi Astillah pernah bergabung suara dan merakamkan album.

Telusuri biodata, kisah rumah tangga dan perjalanan karier seni Bella yang cantik jelita sejak permulaan karier sehingga ke hari ini. 

Biodata Bella Astillah

  • Nama sebenar : Dayang Nabellah Binti Awang Astillah
  • Nama popular : Bella Astillah
  • tarikh lahir : 15 Mac 1994
  • Umur : 29 tahun
  • Agama : Islam
  • Asal kelahiran : Sandakan, Sabah
  • Warganegara : Malaysia
  • Kerjaya : Pelakon, penyanyi, duta produk

Kenali juga pelakon Sabah tracie sinidol yang membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta.

bella astillah
Bersama suami, Aliff Aziz yang juga penyanyi kelahiran Singapura.

Latar Belakang Keluarga Bella Astillah

  • Nama suami : Aliff Aziz (Mohammad Aliff bin Aziz)
  • Bilangan anak : 2 (Ayden Adrean, 6 tahun dan Ara Adreanna, 3 tahun)
  • Bilangan adik beradik : 5 orang (Bella anak sulung)
  • Adik beradik terlibat dalam seni : Didi Astillah
  • Tarikh mendirikan rumah tangga : 9 September 2016

Baca juga : siapa puteri khareeza bawakan watak Dahlia

bella astillah

Kerjaya Seni Tanahair

Karier Nyanyian

  • Usia 3 tahun bersama adiknya, Didi Astillah menghasilkan album kanak-kanak berjudul ‘Adik-Adik Mutiara’. 
  • Lagu kanak-kanak popular nyanyiannya : Bangau Oh Bangau, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam.
  • Lagu cover di Instagram dan Youtube : Terlanjur Cinta (duet bersama Aliff Aziz, Dinda (duet bersama Didi Astillah)
  • 2006 : OST drama Diari Ramadan Rafique
  • 2019 : Single Bersama Di Hari Raya bersama Didi Astillah
  • 2020 : Single Tenang
  • 2022 : Single Tetap Disini
  • 2023 : Single Pano

Karier Lakonan Dalam Drama TV

  • 2019 : Cinta Belum Tamat Tempoh (membawakan watak Qaisara)
  • 2021 : Yang Bakal Mati Ramadan Ini, Ramadani, Kita Regu, Perisik Cinta Tak Diundang, Kampung Kolesterol (sebagai Bella), Malaysia Ghost Stories.
  • 2022 : Aku Tanpa Cintamu (sebagai Nuha bergandingan bersama Zamarul Hisham), Adakah Engkau Menungguku
  • 2022-2023 : Cina Buta (penampilan khas sebagai Bella)
  • 2023 : Tanah Kubur (ditayangkan di Astro Oasis)

Telefilem Bella Astillah

  • 2019 : Jamil Balik Kampung
  • 2022 : Doktor Idaman, Sekolah Sampah, Kerusi Kecil

Rancangan Hiburan TV

  • 2019 : Program Masak Apa Tu? sebagai pasangan selebriti bersama suami, Aliff Aziz
  • 2020 : Nyanyi Dari Rumah, tetamu jemputan The Sherry Show
  • 2021 : Sepahtu Reunion Live (sebagai Mila), Punchline DAC
  • 2022 : Famili Duo (musim 2) peserta pasangan selebriti bersama Wani Kayrie

Baca juga : azhar sulaiman : biodata, keluarga & pelakon popular tahun 90-an

bella astillah
Bella bersama ibunya, Zarinah yang banyak memberi sokongan kepadanya.

Kisah Rumah Tangga Bella Astillah Dan Aliff Aziz

Pada 12 Disember 2015, Bella mengikat tali pertunangan dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dalam satu majlis yang diadakan di Cyristal Hall, Plaza Jelutong. 

Majlis resepsi perkahwinan mereka berlangsung di Top Glove Shah Alam, Selangor dengan dihadiri kira-kira 1000 tetamu.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata. Seorang lelaki dan seorang perempuan, Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Memasuki tahun ketiga perkahwinan, rumah tangga Bella diuji dengan kecurangan suaminya ketika dia berada dalam tempoh berpantang bersalin. Sehinggakan pada 16 Mei 2019 pasangan ini memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bella memutuskan untuk hidup bersama anak lelakinya tanpa Aliff di sisi. Berita Bella Astillah cerai dengan Aliff Aziz menjadi tajuk berita utama pada ketika itu. 

Pada April 2020, Bella memaklumkan dia dan Aliff sudahpun rujuk kembali ketika dirinya masih dalam tempoh Iddah pada tahun 2019.

Pasangan romantis ini kemudiannya, dikurniakan cahayamata perempuan. Anak keduanya dilahirkan pada 18 Julai 2020. Malah, Bella juga semakin aktif dalam kerjaya seninya. Baik berlakon mahupun dilantik menjadi duta haruman De’Xandra.

Sebagai wanita yang pernah melalui perjalanan rumah tangga penuh mencabar, Bella turut memahami situasi isteri teraniaya. Malah, pernah sampai menitik air mata Bella Astillah apabila merasai kepedihan yang ditanggung Shuhada, atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri.

Shuhada merupakan bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi.

Baca juga : Cara untuk move on

Bella Astillah Tahu Batasan Diri

Biarpun ketika ini Bella terlihat kerap mengambil gambar bersama pelakon-pelakon lelaki lebih muda daripadanya. Bella akui itu adalah tuntutan kerjayanya sebagai pelakon.

Ibu kepada dua orang anak ini tahu bagaimana untuk meletakkan batasan diri. Yang mana, ketika berada di set pengambaran, Bella meminta pelakon lelaki muda ini memanggilnya dengan panggilan kakak.

“Kak Bella” ini juga sedar dirinya sudah memasuki usia 29 tahun dan ramai pelakon muda BBNU bak cendawan tumbuh. Namun, panggilan itu tidak memberi satu masalah padanya. Begitu yang dilaporkan dalam Gempak.

Tags:

4 Comments

  1. wawa azwa September 21, 2023
  2. MAMA REEN September 21, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!