Pelbagai jenis gelang emas di pasaran ditentukan oleh karat, design dan hiasan. Ini cara memilih gelang yang sesuai gaya hidup anda.
Nak-nak gelang emas ini merupakan perhiasan indah yang sangat diminati di kalangan masyarakat Malaysia khususnya. Selain simbol kekayaan dan status sosial, gelang ini pun antara aset yang melambangkan kemewahan dan keanggunan.
Malah, di seluruh dunia sekalipun gelang emas ini menjadi perhiasan yang cukup popular. Selain jenis rantai tangan emas, saya kongsikan juga tips penjagaan gelang emas agar kekal bersinar.
Istimewanya Proses Membuat Gelang Emas
Gelang emas ini mempunyai keistimewaan yang membuatkannya berharga di tangan si pemakai. Keutuhan emas hinggalah kekuatan nilai emas yang tinggi, membuatkannya tak mudah luntur. Malah berkilau bertahun-tahun lamanya.
Setiap rekaan yang dihasilkan berbeza mengikut tekniknya. Antara proses pembuatan emas ini menggunakan teknik jalinan emas, carving emas malah casting emas atau kaedah tuangan.
Untuk menjadikan gelang emas itu sendiri adanya campuran logam lain yang menambah kekuatan dan ketahanan padanya.
Jenis Gelang Emas Berdasarkan Karat
Setiap gelang emas berbeza mengikut tahap karatnya. Iaitu ketulenan emas dalam campuran yang lainnya. Kebiasaan yang boleh ditemukan di pasaran adalah gelang emas 24 karat, 22 karat, 18 karat dan 14 karat.
Karat itulah yang mempengaruhi ketelunan emas dalam perhiasan. Sekaligus memberi karakter berbeza pada gelang. Pembeli juga membeli mengikut pilihan karat yang ada pada rantai tangan yang diinginkan.
Ini beberapa jenis gelang emas berdasarkan karatnya :
Gelang Emas 24 Karat
Gelang emas 24 karat mengandungi emas tulen 100 peratus atau 99.9% kandungan emas dan tiada campuran logam lain. Walaupun mempunyai kilauan emas warna kuning tersendiri yang paling indah dan tidak pudar.
Gelang jenis ini lebih lembut sifatnya. Dan disebabkan sifat emasnya yang lentur, barang kemas 24K ini amat terhad ditemui di pasaran.
Mudah kemek jika bergeser disebabkan ketulenan emasnya yang tinggi. Antara emas paling baik untuk disimpan sebagai pelaburan.
Baca juga : Cara jual balik emas Public Gold (Fizikal)
Gelang Emas 23 Karat
Gelang emas 23 karat ini mengandungi 95.4% emas tulen. Di Malaysia juga dipanggil sebagai emas 22.8k. Ia juga dikenali sebagai emas 950.
Juga antara emas paling baik untuk disimpan sebagai pelaburan.
Gelang Emas 22 Karat
Gelang emas 22 karat ini mengandungi 91.66% ketulenan emas dan 8.34% campuran logam lain. Seperti, tembaga, zink, nikel dan aloi.Di Malaysia, emas ini juga dikenali sebagai emas 916. Gelangnya masih memiliki warna kuning yang indah dan lebih tahan lama berbanding gelang 24 karat.
Bagus disimpan untuk tujuan pelaburan.
Gelang Emas 18 Karat
Gelang emas 18 karat pula mengandungi 75% emas tulen dan 25% logam lain. Ianya lebih kuat dan tahan lama berbanding 22 karat mahupun 24 karat. Malah, harga gelang emas 18K ini lebih berpatutan.
Dikenali juga sebagai emas 750. Barang kemas jenis ini ada yang disemat dengan berlian atau batuan permata. Ini juga disebabkan ketulenannya yang tinggi dan punya daya ketahanan yang baik untuk memegang batuan tersebut.
Gelang Emas 14 Karat
Gelang emas 14 karat ini mengandungi 58.3% emas tulen dan 41.7% campuran logam. Gelang ini menjadi pilihan popular kepada mereka mahukan gandingan antara kemewahan dan daya tahan. Namun, masih lagi mampu untuk dimiliki.
Jenis Gelang Emas Tahan Lasak
Ada juga jenis gelang emas yang halus kecil namun tahan lasak. Jenis gelang emas yang tahan lasak begini biasanya dari jenis padu 916. Ada juga yang rantai tangan yang kosong 916. Walaupun besar tetapi ia agak tidak tahan lasak.
Jenis Gelang Emas Berdasarkan Design
Gelang emas juga boleh dibezakan mengikut jenis rekaannya yang menarik dan pelbagai. Ini beberapa jenis gelang yang biasa dijumpai. Antaranya :
Rantai Tangan
Gelang emas jenis rantai tangan ini mempunyai design yang simple berupa jalinan rantai kecil. Gelang ini sesuai digunakan dalam pelbagai acara termasuk formal mahupun santai.
Gelang Bangle
Jenis bangle ini mempunyai rekaan yang bulat. Boleh dipakai dan dibuka dari pergelangan tangan dengan mudah. Gelangnya lebih tebal dan menyerlah.
Gelang Cincin
Gelang sebegini memiliki bentuk seperti cincin. Dipakai di pergelangan tangan. Rekaannya yang elegan membuatkan gelang cincin sring digunakan dalam acara tertentu.
Gelang Berbatuan Permata
Ia juga dipanggil gelang beaded kerana dalam pembuatannya disertakan dengan batu bermata berwarna yang disusun rapi. Tentunya siapa yang memakai akan tampak terserlah unik dan ada ciri-ciri seninya di situ.
Jenis Gelang Emas Berdasarkan Hiasan
Selian design, gelang emas juga dilihat keindahannya dari segi hiasannya. Misalnya penggunaan batu pertama seperti zamrud, ruby mahupun topaz.
Tentunya yang paling mewah apabila gelang emas ini diperindah dengan batu berlian yang memikat.
Gelang Berlian
Ada batuan permata berupa berlian yang menghiasi permukaannya. Berlian itu kan teman baik wanita. Jadi, tentulah kilauannya itu yang memikat malah menjadi lambang kemewahan pada pemiliknya.
Gelang Batuan Permata Berwarna
Gelang sebegini turut diperindah dengan batu permata berwarna seperti zamrud, ruby atau sapphire bagi membangkitkan kesan mewah dan menyerlahkan kecantikannya.
Gelang Emas Khas Untuk Majlis Tertentu
Jangan tak tahu ya, ada juga gelang emas yang memang disediakan untuk acara-acara tertentu. Misalnya di hari pernikahan, pertunangan, acara formal mahupun majlis santau.
Untuk majlis pernikanan dan pertunangan, kebiasaannya emas yang dibeli mendapat persetujuan kedua belah pihak perempuan mahupun lelaki.
Tentunya pemakaian barangan kemas ini akan menambah lagi pesona pada wanita yang diraikan itu sendiri.
Cara Mencuci Dan Membersihkan Gelang Emas
Mencuci dan membersihkan gelang emas yang betul ini amat penting untuk anda ketahui. Bagi memastikan emas kekal berkilau dan keindahannya terpelihara.
Beberapa tips ringkas saya sertakan di sini untuk anda hadamkan dalam proses memelihara emas perhiasan anda.
- Elakkan memakai gelang emas semasa melakukan aktiviti, kerana ia boleh merosakkan gelang.
- Simpan gelang emas secara berasingan dengan barang pergiasan yang lain. Bagi mengelakkan berlakunya geseran.
- Bersihkan gelang emas secara berkala menggunakan air suam dan sabun yang bersifat lembut.
- Elakkan penggunaan bahan kimia yang ‘tajam’ semasa membersihkan emas. Ada yang pernah mencuci barang kemas dengan teh uncang, soda bikarbonat malah ubat gigi. Ternyata emas bersinar kembali.
- Selain mencuci sendiri, anda juga boleh menghantarnya ke kedai emas yang menyediakan perkhidmatan mencuci emas perhiasan anda itu.
Kualiti Dan Harga Gelang Emas
Kualiti hiasan yang ada pada gelang emas itulah yang menentukan harga dan nilai gelang emas. Selain itu, harga gelang emas juga ditentukan berdasarkan ketulenan emas atau karatnya, design dan berat.
Karat Gelang Emas
Semakin berat tinggi karat, semakin tinggi ketulenan dan harga perhiasannya.
Berat Gelang Emas
Semakin berat gelang, semakin banyak emas yang digunakan dalam pembuatannya. Bermakna harganya pun lebih tinggi.
Kerumitan Rekaan
Semakin rumit design emas itu dengan penambahan hiasan seperti berlian. Maka, semakin tinggilah harganya,
Harga emas dunia semasa : harga emas di pasaran global sebenarnya turut mempengaruhi harga emas di pasaran tempatan.
Gelang Emas Baru Vs Gelang Emas Antik
Gelang emas baru ini tentunya memiliki design yang moden dengan variasi terkini. Mengikut trend terbaru yang menjadi kegilaan penggemarnya. Misalnya, gelang emas pulut dakap, gelang emas bola, gelang emas biskut tawar.
Manakala gelang emas antik ini mempunyai ukiran yang unik dan asli. Malah, miliki nilai koleksi yang tinggi. Namun, jika mahu menjual semula gelang emas antik ini sebaiknya juallah terus di kilang untuk mendapatkan harga belian balik yang lebih tinggi.
Jenis-jenis Gelang Emas Mengikut Negara & Budaya
Di setiap negara mahupun wilayah masing-masing, emas mempunyai nilai kekayaan budaya yang tersendiri. Setiapnya mempunyai makna simbolik dan nilai tradisi yang kuat.
Malah, perhiasan emas dipakai dalam acara adat mahupun upacara khusus yang menjadi sebahagian daripada warisan budaya satu-satu masyarakat itu. Antaranya :
Gelang Emas India
Dihiasi dengan perhiasan yang rumit dan bermotifkan khas India seperti gelang bajuband dan kangan yang bentuknya seperti bangle.
Gelang Emas Tiongkok
Ia memiliki design yang membawa perlambangan kekayaan dan keuntungan.
Gelang Emas Italia
Terkenal dengan kualiti dan rekaan yang anggun. Misalnya gelang tangan Figaro dan gelang Byzantine.
Gelang Emas Afrika
Secara amnya ia menampilkan seni ukiran tradisional dan unik dari pelbagai suku dan negara di benua Afrika itu sendiri.
Gelang Emas Timur Tengah
Ia memiliki design yang mewakili kemewahan dan kekayaan budaya dari daerah di Timur Tengah.
Tip Membeli Gelang Emas, Menentukan Pilihan Sesuai Lagi Berkualiti
Amat penting untuk anda memilih gelang emas yang sesuai dengan keinginan dan identiti peribadi. Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.
Antaranya, personaliti gaya, ukuran gelang dan warna kulit untuk menentukan keserasiannya di tangan.
Hadamkan dulu tips untuk membeli gelang tangan yang berkualiti.
Tahu Membezakan Gelang Emas Asli Dan Palsu
Belajar tanda-tanda yang dapat membezakan gelang emas asli dengan yang palsu. Misalnya, seperti cop karat samaada 916, yang ada pada gelang. Pastikan dibeli dari penjual yang berautoriti.
Faham Standard Karat Emas Dan Ada Resit
Semasa membeli, anda kenalah ambil tahu karat gelang emas itu. Adakah 24K, 22K atau 18K. Sebaik membeli, perlulah disertakan dengan resit pembelian original dari kedai emas.
Mudah nanti nak berurusan bila ada hal berbangkit.
Membeli Dengan Penjual Terpercaya
Jangan sesekali membeli dengan peraih emas tidak beretika. Bimbang harga tidak setimpal nanti yang anda bayar.
Jika beli di kedai emas yang diyakini dan mendapat kepercayaan pelanggan, anda tak perlu gusar dengan jaminan keaslian emas yang dibeli.
Baca juga : Cara cuci barang kemas
Sungguh, gelang emas ini perhiasan yang sangat luar biasa. Dengan pelbagai jenis dan design yang cantik. Namun, dalam memilih gelang emas ini.
Penting untuk anda memahami kepelbagaian pilihan yang ditawarkan di pasaran semasa. Dalam masa yang sama, tidak mengabaikan selera peribadi anda.
Apabila anda dapat memilih gelang emas yang tepat, anda sebenarnya dapat menambah pesona dan keanggunan dalam diri anda sendiri.
Percayalah!