guna-daun-kari

Guna Daun Kari Rawat Rambut KASAR Anak

Guna daun kari berkesan rawat rambut kasar, beruban anak | Satu-satunya anak perempuan saya Qaseh ini dulu ada rambut panjang yang cantik. Bila masuk sekolah rendah, rambutnya mula bermasalah. Ada uban pramatang dan kasar.

Rambut jadi keras kejung, dan mengerbang. Bukan kecik-kecik anak punya mengerbang. Sampai abang-abang dia panggil ‘moana’. Boleh bayangkan tahap mengerbang rambut tu macam mana.

Bila tanya Qaseh, dia jawab selamba. “Adik suka rambut macam ni. Lagi kembang lagi best.”

Aduhai Qaseh. Sampai satu ketika, ibu rasa macam nak pitam bila nampak dekat rambut dia dah keluar uban. Kasihannya anak perempuan saya ini. Tak boleh jadi ini Qaseh, kita kena buat sesuatu.

Kalau ikut belah saya, memang saya ini pun jenis cepat beruban. Umur saya 30-an dah keluar uban. Samalah dengan abah saya, muda-muda dah beruban. Tapi Qaseh baru 10 tahun tu.

Rawat Rambut Anak Rosak Guna Daun Kari

Makanya, saya pun mencarilah petua rawat rambut beruban pada usia muda. Terbacalah satu petua ini untuk gunakan daun kari dan yogurt.

Tengok pada bahan-bahannya mudah saja nak jumpa dekat pasaraya kan. Mintalah en Yem belikan dekat Lulu Hypermarket. Sebab, dekat dengan tempat kerja dia pun iya.

Berbaloi beli sebab en Yem beli saiz besar semua bahan-bahan dia. Boleh simpan dalam peti ais dan tahan lama jugalah. Sambil-sambil itu, daun kari yang ada boleh buat masak kari.

guna-daun-kari
En Yem beli yogurt saiz besar macam ni. Boleh guna banyak kali.

Bahan-bahan untuk pes rawat rambut

  • 3-4 tangkai daun kari
  • 3 sudu yogurt asli (kalau berperisa kang jadi lauk pulak rambut Qaseh)
guna-daun-kari
Inilah hasilnya selepas dikisar.

Cara guna daun kari dan yogurt pes

  1. Kesemua bahan-bahan ni dikisar halus. Saya letak sikit air dalam blender, bagi dia mudah bergerak.
  2. Bila dah halus tu, lumurlah dekat rambut anak sampai merata.
  3. Buh jugak dekat kulit kepala, biar meresap ke dalam kulit kepala bahan rawatan ini.
  4. Dalam 30 minit biarkan rambut Qaseh dibaluti campuran yogurt dan daun kari tu barulah saya basuh dengan syampu.
  5. Bilas, masa bilas ni saya sikat juga sebab nak bagi sisa daun kari tu jatuh habis.
  6. Leas itu, buh perapi bilas lagi sekali.
  7. Dan last sekali sapu serum rambut.

Durasi : Buatlah dua minggu sekali. Tapi sebab rambut Qaseh kasar sangat, saya buat je seminggu sekali.

Guna Serum Dan Perapi Untuk Ekstra Lembutkan Rambut

Memang sejak rambut Qaseh bermasalah ni, saya belikan serum rambut untuk dia. Sayangnya, serum saja masih belum mampu merawat dan melembutkan rambut Qaseh itu.

Lepas dah buat semua proses ini, alhamdulillah. Nampak lembut sedikit rambut Qaseh. Masih belum pulih sepenuhnya. Setakat ini saya dah cuba tiga kali rawatan.

nettyahhiyer.com

Dan proses ini akan saya teruskan sampai rambutnya, kembali pulih. Mungkin tak seratus peratus. Sekurang-kurangnya rambut dia tak keras kejung mengerbang. Dan beruban.

Baca : Shafi Shayla tonik berkesan melebatkan rambut gugur

Khasiat Daun Kari Untuk Rambut

  1. Antara kelebihan guna daun kari untuk merawat rambut anak saya ini katanya dapat mencegah uban pramatang. Lagi-lagi uban yang tumbuh pada umur muda.
  2. Rambut yang terdedah bahan kimia pun boleh dirawat guna daun kari. Misalnya, kerap mewarnakan rambut guna bahan yang bukan semulajadi.
  3. Daun kari ini juga bagus untuk mencegah rambut gugur. Haa.. nampaknya bukan Qaseh je kena cuba. Maknya pun sama. hahaha.
  4. Rambut yang semakin nipis pun bagus amalkan rawatan guna daun kari ini. Sebab, dia boleh melebatkan balik rambut itu.

Kenapa Rambut Beruban Usia Muda

Nak tahu juga kan kenapa rambut Qaseh cepat betul beruban. Saya pun carilah jawapannya. Dan ini dari hasil pembacaan;

  • Uban usia muda ini namanya uban tak matang. Akibat dari perubahan warna rambut pasa usia muda dan juga disebabkan terdedah dengan sinar matahari.
  • Genetik (keturunan), stres dan kekurangan vitamin pun jadi punca. Stres apalah si Qaseh tu.
  • Dekat diri kita ini ada dua jenis melanin; eumelanin dan pheomelanin. Kalau eumelanin kita tinggi, maka rambut jadi lebih gelap.
  • Sekarang ini pun, saya minta Qaseh makan buah-buahan, sayur dengan ikan banyak-banyak. Minta dia jangan makan megi kerap sangat dah. Tak ambil makanan berkhasiat pun jadi punca.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

2 Comments

  1. wawa azwa July 5, 2022
    • nettyahhiyer July 5, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!