Rupanya ada cara potong kubis bulat ini. Lagi-lagi untuk dibuat salad coleslaw. Barulah macam air tangan chef professional restoran.
Selama ini, main ikut sedap potong saja. Bila dah tengok dari video Youtube ini. Ada cara betul nak potong kobis untuk digunakan dalam pelbagai masakan.
Sebab bila dah tahu cara menghiris kubis ini, kerja-kerja memasak di dapur akan jadi mudah dan senang.
4 Cara Potong Kubis Bulat Macam Chef Restoran Professional
Boleh ikut panduan yang disertakan dalam video di bawah. Saya jelaskan juga poin pentingnya untuk memudahkan bacaan kalian.
Kupas Dahulu Kubis Bulat
Sekiranya anda baru memetik kubis di kebun edible sendiri, anda boleh membuang kelopak kubis yang berdaun hijau. Kita mahukan bahagian kelopak kubis berwarna putihnya.
Jika beli kubis dari pasaraya, anda cuma perlu membuang kelopak kubis yang rosak sahaja. Biarkan kubis bulat anda itu dalam keadaan bebas kotoran atau warna-warna hitam yang biasa melekat pada sayuran.
Cara Potong Kubis Coleslaw Macam Restoran
- Belah kubis bulat di tengah-tengah. Sebaik membelahnya, anda akan lihat bahagian kelopak kubis dan batang kubis.
- Ambil kubis yang telah dibelah separuh itu. Dan anda potong kubis tadi menjadi bentuk wedges (macam kentang wedges tu).
- Buang batang kubis yang berbentuk wedges tadi. Tapi tinggalkan sedikit bahagian batangnya bagi memastikan kelopak kubis itu tak terlerai dari batangnya.
- Kemudian mulakan kerja-kerja menghiris kubis wedges tadi bermula dari bahagian atas kelopak kubis menggunakan pisau.
- Dengan cara ini anda akan menghasilkan hirisan kubis yang halus dan cantik untuk potongan coleslaw.
- Cara potongan ini lebih sesuai jika kobisnya hendak dibuat coleslaw chicken chop.
Cara Potong Kubis Coleslaw Guna Sagat
- Dengan kubis wedges tadi anda boleh memotongnya dengan menggunakan penyagat. Pastikan sagat anda tajam ya.
- Cara potong kubis dengan sagat ini akan jadi lebih mudah sebenarnya sebab tak ambil masa yang lama. Ia juga menghasilkan potongan kubis yang lebih halus dan mudah dimakan. Untuk burger pun sesuai juga potongan kubis begini.
Cara potong Kubis Coleslaw KFC
- Ambil kubis wedges tadi dan anda boleh belah di tengah-tengahnya. Ini akan menghasilkan potongan kubis bentuk wedges yang lebih kecil.
- Kubis wedges yang sudah dipotong kecil tadi, anda boleh mulalah menghirisnya dari bahagian hujungnya.
- Hasil potongan kubis wedges yang lebih kecil ini akan menjadikan kubis lebih halus dan kecil.
- Haa.. kalau nak buat resepi coleslaw KFC tu sesuai sangatlah mencuba jenis potongan kubis begini.
Cara Potong Kubis Untuk Masak Lemak
- Dengan potongan kubis wedges yang lebih kecil tadi anda boleh belah saja potong dua.
- Potongan ini akan menghasilkan bentuk kubis yang lebih lebar.
- Kalau nak masak lemak kubis atau sup sayur simple atau orang Jawa panggil masak bening pun sedap juga.
Cara Simpan Kubis Supaya Tahan Lama
Untuk menyimpan sayuran kubis di dalam peti sejuk, anda tidak perlu membasuhnya dahulu.
Sekiranya anda mahu menyimpan sebiji kubis bulat segar yang belum dipotong, boleh saja gunakan plastik pembalut jernih atau wrap cling film dan balutlah dengan kemas.
Simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan lama sehingga sebulan. Jika kubis tadi diletakkan dalam peti sejuk pada bahagian sayuran.
Pastikan peti sejuk anda mempunyai aturan suhu yang baik. Jika tidak mungkin kubis akan jadi cepat membusuk, walaupun disimpan dalam peti sejuk.
Sekiranya kubis sudah dikupas atau dibelah, anda boleh menyimpannya di dalam plastik ziplock atau bekas bertutup yang dapat menyimpan kubis dengan baik dalam chiller peti ais anda.
Sebelum itu, perlulah anda meletakkan tisu dapur yang bersih pada plastik ziplock atau bekas bertutup tadi. Tujuannya untuk menyerap lebihan air yang ada pada kubis dan memastikan kesegaran sayuran ini berkekalan.
Cara simpan kubis sebegini boleh membuatkan kubis yang siap dikupas itu bertahan sehingga 2 ke 3 hari.
Untuk sayuran lain pun boleh cuba simpan cara dikongsikan ini.
Kajian kes sendiri simpan sayuran dalam peti sejuk
Kadangkala saya pernah juga menyimpan sayuran bayam yang siap dibasuh, ditoskan airnya dan saya masukkan dalam plastik. Tapi saya tak tutup plastik itu. Letak dalam peti sejuk pada bahagian sayuran.
Biarkan terbuka dan esoknya dah ada beberapa helai daun yang lunyai.
Macam itu juga dengan menyimpan cili. Akhirnya saya gunakan pendekatan, masukkan cili padi dalam bekas bertutup yang siap dialas dengan beberapa helai tisu dapur.
Alhamdulillah, cara ini buat cili tahan lebih seminggu bila disimpan dalam peti sejuk.
Baca juga :
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
tak tahu pun ada cara potong kubis. sebelum ni belasah jer. terima kasih.
Hahaha.. saya pun sebelum ni belasah je. Ada rupanya cara potong kobis macam professional tu.
saya potong cara gaya bebas sbb akhirnya nak telan je… tp bagi tukang masak restoran memang la kena potong ikut seni yg tertentu kan?
Betul tu abang Kie.. sebab nak jualkan. Kena nampak elok.