Berbuka awal kerana azan radio | Terkesan dengan kejadian orang berpuasa tersalah berbuka awal di Tawau disebabkan kesilapan azan maghrib di radio. Azan disiarkan terlebih awal akibat kesilapan teknikal.
Sepatutnya penduduk Tawau berbuka pada jam 6.20 petang. Disebabkan azan radio berkumandang awal, ada yang telah berbuka awal sekitar 6.16 petang.
Biarpun DJ radio bertugas sudahpun membuat permohonan maaf, tertanya-tanya juga adakah mereka yang tersalah buka awal itu tetap perlu menggantikan puasanya.
Batal Puasa Dan Wajib Ganti Walau Tersalah Berbuka Awal
Bila terbaca tulisan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang juga Mufti Wilayah Persekutuan (ketika itu) sedarlah saya bahawa kejadian sebegini bukanlah yang pertama.
Bermakna dari tahun 2017 dan mungkin sebelum-sebelumnya pernah berlaku. Dan Bayan Linnas yang dikongsikan oleh Datuk Mufti ini menjawab persoalan ‘terbuka awal kerana azan radio’.
“Setelah menilai dan meneliti kedua-dua pendapat, kami lebih cenderung kepada batalnya puasa dan wajib bagi mereka yang tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha’.”
Baca juga : 10 frekuensi suria fm di Malaysia awesome mudahkan pendengar
Hujah Dari Datuk Mufti : Hukum Buka Puasa Awal
Ini hujah lanjutan yang dinyatakan Datuk Mufti sendiri.
(Rujuk paparan skrin di bawah. Terima kasih Sabah Info sebab kongsikan maklumat ini.)
Baca : Ustaz Kazim kongsi doa memudahkan sakaratul maut.
Perlu Sebagai Orang Yang Berpuasa Sentiasa Alert
Jadinya, bagi kita yang sedang berpuasa ini seharusnya alert dengan waktu berbuka puasa setiap hari. Kalau boleh simpan siap-siap dalam telefon.
Bila ada kemusykilan boleh tengok dan double check sebelum menjamah makanan berbuka. Lagi-lagi bila perut tengah lapo.. memang boleh jadi kejadian pelik-pelik ni.
Tapi kalau tengah memasak, tiba-tiba tak sedar terjamah lauk. Kan kita terbiasa rasa makanan sebab nak tahu rasa masin manis seimbang ke kan.
Jadi bila puasa pun boleh jadi tak sedar diri kekadang itu.. yang itu tak membatalkan puasa. Sebab kita terlupa.
Bila tersedar yang kita terlupa dan sedang berpuasa. Cepat-cepat berhenti dan istighfarlah. Lauk yang dah masuk ke mulut tu rezeki namanya.
Dulu waktu kecil-kecil, pernah juga saya terlupa. Terminum air sirap dalam dok godek-godek gula. Mujur tak habis satu jug tu.
Semoga amalan berpuasa yang dikerjakan sepanjang Ramadan ini dipermudahkan dan diterima olehNya.
Read More
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis