aktiviti hujung minggu

5 Idea Aktiviti Hujung Minggu Best Bersama Keluarga Di Selangor

Bila tiba hujung minggu, sekolah pun tak buka anak-anak akan minta lakukan aktiviti hujung minggu bersama mereka. Ada aktiviti yang boleh dilakukan tanpa keluarkan modal pun. 

Ada juga aktiviti yang mak ayah perlu keluarkan modal untuk bawa anak-anak bergembira yang boleh melepaskan tekanan.

Sesekali bawa anak-anak jalan-jalan pun boleh memberi kebahagiaan kepada keluarga. Yang pasti matlamatnya adalah untuk membawa anak-anak bercuti dengan tenang.

5 Aktiviti Hujung Minggu Bersama Keluarga Di Selangor

Berikut adalah 5 idea aktiviti keluarga yang menyeronokkan yang boleh anda lakukan hujung minggu ini di Selangor, Malaysia:

Mendaki di Hutan Simpan Bukit Kiara

Dulu waktu kerja Karangkraf di Taman Tun, ini antara lokasi wajib bawa anak-anak berhujung minggu. Istilahnya bagi anak-anak main taman. Sementara saya di kawasan taman, en Yem dan anak-anak akan mendaki hutan simpan itu. 

Ianya kawasan hutan sekunder yang indah. Dekat saja laluan pendakiannya. Boleh nampak tumbuhan hijau yang subur. Kawan seperti burung, monyet, malah kura-kura yang banyak dalam tasik. Nikmati pemandangan yang menakjubkan dari puncak bukit.

Aktiviti Hujung Minggu Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Ini antara taman yang terkenal di negara ini. Lokasi taman yang terletak di Kuala Lumpur ini menjanjikan keseronokan kepada anak-anak. Mereka boleh tengok lebih 3,000 burung daripada lebih 600 spesies.

Bawalah anak-anak berjalan dari satu sangkar ke satu sangkar burung yang besar bagi membolehkan mereka melihat burung-burung dari seluruh dunia. Iaitu Australia, Thailand, China malah Belanda. Termasuklah burung enggang, bangau, nuri, serindit, kakak tua, kuang, itik-itik malah flamingo. Anak-anak juga boleh lihat pertunjukan burung dalam taman ini mengikut jadual masa mereka.

Berkelah di Pantai Morib, Banting

Pantai Rekreasi Morib Banting dan cantik sekarang ini. Ada tugu peringatan cantik yang boleh anda OOTD di situ. Sambil itu boleh juga berehat di tepian pantai dengan duduk di tembok simen yang disediakan.

Jika mahu menikmati makan-makan ada juga gerai jualan di kawasan pantai. Cuma pantai Morib ini tak boleh mandi. Boleh sekadar tengok suasana pantai dan healing anak beranak. Kalau nak main layang-layang sesuailah ke sini, sebab anginnya memang banyak. Kawasan pantai kan.

Kalau nak support peniaga tepi pantai itu, bolehlah beli barang makan jualan mereka. Sambil makan, lepak tepi pantai. Tapi, buang sampah makanan tu dalam tong sampah yang disediakan ya. Jagalah kebersihan sekitar kawasan pantai. Kalau bukan diri sendiri yang mulakan siapa lagi nak mula kan.

aktiviti hujung minggu

Bawa Anak Berenang Di Taman Tema Sunway Lagoon

Ini antara taman tema utama yang besar yang ada di Selangor. Antara kota keriangan anak-anak yang paling mereka minati. Di sini ada taman tema air, taman hiburan dan petting zoo haiwan. Ada juga taman seram dan taman aksi lasak.

Kiranya kalau dah masuk sini, boleh lakukan aktiviti menarik di Sunway Lagoon dengan anak-anak. Biarlah masa dihabiskan sepanjang hari dalam ini.

Pergi pagi-pagi dan keluar lewat petang. Haa.. puas hatilah anak-anak bermandi manda. Dulu masa anak-anak kecil pernahlah bawa masuk ke sini. 

aktiviti hujung minggu

Staycation Di Hotel

Tak perlu tunggu waktu cuti yang panjang untuk lakukan aktiviti hujung minggu ini. Staycation ini boleh saja mak ayah lakukan untuk penginapan dua hari satu malam. Layan anak-anak duduk di bilik hotel. Menikmati kolam renang yang ditawarkan pihak hotel dan bersarapan pagi dalam restoran hotel.

Macam di hotel ibis pjcc ada menyediakan penginapan yang sesuai untuk famili malah mesra OKU. Yang bestnya, hotel ini dekat dengan Sunway Lagoon itu. Dan tentu tentunya dekat dengan Sunway Pyramid iaitu pusat membeli belah tersohor di Asia Tenggara. 

Bukan saja orang luar, sampai hari ini kalau saya masuk dalam Sunway Pyramid itu, nak jumpa jalan awal-awal masuk pun dah pening lalat. Kalau tak sesat dalam Sunway itu kira tak ‘rock’ lah. Tapi, janganlah risau sebab di situ ada banyak landmark yang boleh digunakan untuk mengelakkan dari tersesat dalam mall. 

aktiviti hujung minggu

Aktiviti Hujung Minggu Tanpa Keluar Modal

Selain yang saya kongsikan di atas, mak ayah boleh juga bawa anak-anak melakukan aktiviti hujung minggu yang tak perlu keluar modal pun. Antaranya :

Melawat nenek dan datuk di kampung. Ini pun antara aktiviti hujung minggu yang menarik sungguh. Sebab anak-anak dapat mengeratkan hubungan dengan atuk dan nenek.

Bawa mereka makan-makan di kebun, bercucuk tanam, tolong mengecat rumah atuk, bermain busur panah, membakar ayam untuk dinikmati bersama. Memang menariklah dan dekat dengan nature.

2 Comments

  1. abam kie January 12, 2024

Leave a Reply

error: Content is protected !!