Begini cara tukar transfer limit Maybank2u secara online menggunakan platform Maybank2u. Had pengeluaran bank ini boleh diubah.
Kenapa Maybank menetapkan limit transfer kepada akaun pengguna? Kerana adanya langkah keselamatan dari pihak bank kepada anda. Yang mana, bank menetapkan satu jumlah had pengeluaran untuk setiap transaksi yang anda buat.
Had pengeluaran wang online ini termasuklah pengeluaran duit Tabung Haji, DuitNow malah Amanah Saham Nasional Berhad. Jom semak.
Cara Tukar Transfer Limit Maybank2u Secara Online
Cara pertukaran transfer limit Maybank2u yang saya kongsikan ini menggunakan desktop PC ya. Bukan menerusi aplikasi Maybank2u atau MAE di telefon bimbit.
- Log in ke akaun Maybank2u anda yang baru.
- Cari ’Settings’ pada bahagian atas sebelah kanan dashboard Maybank anda.
- Klik ‘Pay & Transfer’
- Kemudian, klik pula pada ‘Transfer Limit’.
- Akan nampak macam pensilkan, tekan button pensil di situ untuk mengubah transfer limit yang baru.
- Setelah anda memilih jumlah transfer limit yang dihajatkan, tekan button ’save changes’. Button warna hijau di bahagian bawah kanan.
- Anda juga perlu verify melalui SMS TAC sekiranya transfer limit baru yang ditetapkan melebihi current limit sedia ada. Jika anda menggunakan aplikasi secure2u Maybank2u, anda perlu ‘approve’ Secure2u pertukaran limit transfer itu di telefon bimbit.
- Siap.
Bagaimanapun perlu diingatkan, Maybank telah memberikan notifikasi bahawa perubahan had pengeluaran duit Maybank ini cuma boleh dilakukan satu kali SAHAJA untuk satu-satu masa.
Jadi, sebelum nak ubah withdrawal limit tu. Fikirlah betul-betul ya. Bukan boleh suka-suka.
Jenis Pemindahan Akaun Transfer Limit Yang Boleh Dibuat
Boleh rujuk carta untuk lihat transfer limit Maybank2u bagi setiap akaun yang dinyatakan di bawah.
Jika anda menekan bahagian transfer limit di bawah Pay & Transfer, anda boleh nampak jenis-jenis transfer yang anda boleh buat.
Dari situlah anda boleh tukar transfer limit Maybank2u anda itu. Antaranya :
- 3rd Party Transfer (Maybank to Maybank)
- Interbank Transfer (DuitNow, DuitNow-Transfer dan GIRO)
- Overseas Transfer (Pemindahan Luar Negara)
- MIGA-i Transfer
- Bakong Transfer Limit
- FPX
- Akaun ASNB Sendiri
- ASNB 3rd Party Transfer
- Pemindahan Akaun Tabung Haji Sendiri
- Tabung Haji 3rd Party Transfer
Setiap jenis akaun pemindahan pengguna ini mungkin ada yang sedikit perbezaan. Kerana mungkin ada akaun Maybank anda tidak dilinkkan dengan akaun lain (misalnya Tabung Haji atau ASNB).
Jadi, anda perlu linkkan dahulu akaun Tabung Haji atau lain-lainnya untuk membolehkan anda menggunakan servis transfer limit mahupun pengeluaran dan pemindahan wang di Maybank ini.
Untungnya bila akaun Tabung Haji anda sudah dilink dengan Maybank. Anda boleh menggunakan perkhidmatan pindah duit Tabung Haji ke Maybank dan sebaliknya dengan mudah, melihat jumlah wang Tabung Haji anda di Maybank dan lain-lain perkhidmatannya.
Malah, jika anda pernah membuat top up kredit Grab atau Shopee dengan akaun Maybank, anda juga boleh mengubah transfer limit di bahagian Pay & Transfer Maybank.
Cara Tukar Limit Transfer Tabung Haji Ke Maybank2u
Cara tukar transfer limit Maybank2u untuk Tabung Haji ini anda boleh lihat contoh dibawah ini. Misalnya bank telah tetapkan RM15,000 tetapi anda boleh menaikkan atau menurunkan had pengeluaran itu sendiri.
Perlu diingat setiap kali transaksi dibuat sama ada daripada Maybank ke Tabung Haji atau ke mana-mana akaun lain, bank akan mengenakan cas perkhidmatannya.
Namun, jika anda mahu memindahkan wang dari akaun Maybank ke Tabung Haji ada cara yang boleh anda guna dan tidak dikenakan sebarang caj.
Ada 2 cara anda boleh gunakan iaitu :
- Menggunakan perkhidmatan JomPAY
- Buat pemindahan wang tanpa caj guna THiJARI (Lembaga Tabung Haji) itu sendiri.
Info Akaun Simpanan ImTeen-i Untuk Anak Remaja
Saya baru tahu yang Maybank ada menyediakan akaun ImTeen-i untuk anak-anak remaja. Yang mana, akaun ini dibukan khas untuk anak remaja itu sendiri.
Akaun ini tidak boleh dibuka atas nama ibu atau bapa. Malah, anak juga akan memperoleh kad Maybank mereka sendiri.
Untuk transfer limit Maybank2u akaun ImTeen-i ini adalah sebanyak RM500 sehari.
Menariknya, dengan akaun ImTeen-i ini anak boleh membuat pembelian telefon bimbit, membeli prepaid online (sehingga RM100 sehari) termasuk IDD dan prepaid STD, kredit top up, SMS dan download.
Boleh juga bayar bil online dan update maklumat peribadi.
Baca juga :
- Cara simpan duit Tabung Haji melalui Maybank2u
- Cara tukar kad debit Maybank secara online
- Elak duit hilang, waspada 3 phishing scam bank
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis