tracie sinidol

Tracie Sinidol : Biodata, Dewi Remaja 2022 & Heroin Luruhnya Bunga Cinta

Pelakon Luruhnya Bunga Cinta, Tracie Sinidol ini merupakan juara Dewi Remaja 2021/2022. Tahun 2021, Tracie juga juara pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Tambunan 2021.

Pelakon cantik manis yang juga model ini pernah dikaitkan mempunyai wajah seiras dengan pelakon terkenal, Mira Filzah.

Kenali siapa Tracie Sinidol melalui biodata, kehidupan peribadi dan kerjaya lakonannya.

Biodata Tracie Sinidol

  • Nama sebenar : Tracie Sinidol
  • Nama popular : Tracie Sinidol
  • Tarikh lahir : 24 September 2001
  • Umur : 22 tahun
  • Asal kelahiran : Keningau, Sabah
  • Keturunan : Murut dan Dusun
  • Warganegara : Malaysia
  • Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sekolah : Sekolah Menengah (SMK) Keningau Dua
  • Kerjaya : Pelakon, Model

Latar Belakang Keluarga

  • Nama ibu : Veronica Tajin
  • Nama ayah : Sinidol Stimin
  • Bilangan adik beradik : Anak kelima daripada 11 beradik

Baca juga : zizan razak

tracie sinidol
Kredit foto : Instagram Tracie Sinidol Official

Kejayaan Peribadi

  • 2021 : Juara Pertandingan Ratu Cantik Unduk Ngadau Tambunan bersempena Pesta Kaamatan peringkat Tambunan.
  • 2022 : Juara Dewi Remaja 2022 anjuran majalah Remaja
  •           : Dewi Favourite menerusi undian online.

Kerjaya Seni Tanahair

Karier Lakonan Drama TV

  • 2023 : Imam Instant Ustazah Scammer – membawakan watak Yaya dan merupakan drama pertamanya.
  •           : Puaka Cuti Semester (sebagai Leha)
  •           : One Million Dollar Voice (sebagai Aida)
  •           : Luruhnya Bunga Cinta (sebagai Nuha dan sedang ditayangkan di slot Akasia TV3)

Kenali juga penyanyi dan pelakon dari Sabah, bella astillah

tracie sinidol
Bersama hero LBC, Redza Rosli / Kredit foto : Instagram Tracie Sinidol Official

Telefilem

  • 2017 : Negaraku 16 September (membawakan watak dirinya sendiri untuk pelakon tambahan)
  • 2023 : Diari Chinta (sebagai Chinta)

Model Malaysia

  • 2023 : menjadi model video muzik lagu ‘Menggenggam Bahagia’ nyanyian penyanyi Sufian Suhaimi

Baca juga : Kucing

tracie sinidol
Kredit foto : Instagram Tracie Sinidol Official

Tracie Sinidol dan Mira Filzah Dikatakan Seiras

Sekitar tahun 2017, nama Tracie menjadi bualan di media sosial kerana wajahnya yang seiras dengan pelakon terkenal Mira Filzah. 

Tracie juga pernah berkongsi di instagramnya dengan kapsyen “Two is better than one. My twin sister and doppelganger.” dalam perkongsiannya bergambar disamping Mira Filzah. Dalam penampilan khas untuk drama Imam Instant Ustazah Scammer.

Bukan saja wajah yang disamakan, peminat drama Luruhnya Bunga Hati juga menyifatkan suara Tracie yang lemah lembut itu sama seperti pelakon pujaan ramai itu. Dalam drama itu, Tracie menjadi pelakon utama yang memegang watak Nuha. 

Malah, dia juga dikatakan menyamai wajah Diana Danielle dan seorang model China bernama Angelababy. 

Biarpun ketika itu, banyak tawaran karier yang diterima. Disebabkan dirinya masih bersekolah, Tracie terpaksa menolaknya dengan baik. 

Sewaktu menjuarai Dewi Remaja Tracie membawa pulang wang ganjaran bernilai RM10,000 dan sebuah trofi. Kejayaannya itu menarik hasrat ramai penerbit yang mahu melamarnya berlakon. 

Sehinggalah terkini, Tracie ditawarkan berlakon disamping Redza Rosli dalam drama berepisod Luruhnya Bunga Cinta. Yang mana, drama itu diadaptasi dari drama Korea berjudul Autumn In My Heart.

Walaupun drama ini diadaptasi dari negara Korea, tentunya jalan ceritanya masih berteraskan kemelayuan dan tentunya disesuaikan dengan ciri dan budaya orang Malaysia.

Serba sedikit skrip dan jalan cerita digarap sehingga boleh diterima orang orang tempatan. Tentunya inilah yang istimewanya drama lakonan Tracie Sinidol ini.

Baca juga : bellah astillah, biodata & rumah tangga pelakon jelita 2023

Dialek Sabah Pekat, Tracie Bergaul Dengan Krew Semenanjung

Sewaktu pengambaran drama Luruhnya Bunga Cinta, Tracie sedar yang dialek Sabah begitu pekat dituturkan. Memandangkan masalah ini, sedikit menjejaskan persembahan lakonannya.

Tracie Sinidol ambil pendekatan untuk bergaul dengan krew-krew belakang tabir penggambaran dari Semenanjung. Dari situlah pelakon cantik manis ini dapat memperbaiki bahasa pertuturan Semenanjungnya.

Akui pelakon ini lagi, dia pun baru setahun menetap di Kuala Lumpur. Dalam masa sama dia baru ada lima bulan untuk memperbaiki bahasa pertuturan seperti orang Semenanjung.

Tracie yang memegang watak utama drama LBC ini akui sedikit tertekan dengan lakonannya untuk kali pertama menjadi heroin.

Sungguhkan, untuk meraih satu-satu kejayaan itu bukannya mudah. Bermacam usaha perlu dilakukan untuk mencapai apa yang diimpikan. Semoga suatu hari nanti Tracie berjaya dengan kerjaya impiannya ini.

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!