Satu hari ‘SABTU’

Jam 4 pagi, mak kejutkan aku dari tidur. Dalam tangis yang masih bersisa, dia beritahu adik aku, Anja yang sambung belajar di Institut Kraf Negara, demam panas. Dia risau sebab adik aku call pagi2 beritahu dia yang dia tak pat tidur, sakit2 badan dan tak cukup air. Dia tanya aku lagi, boleh tak ambil adik aku bawa balik. Aku blur kejap..????? Dalam sayup2 aku dengar abah membebel marahkan aku sebab paksa adik aku tuh belajar jauh2. Hmmmm…

Perlahan, aku kejutkan en Yem. Antara kesian ngan mak dan simpati ngan en Yem, aku serba salah. Cuba kalau2 en Yem larat amik adik aku tuh. Ok katanya, tapi lepas solat subuh nanti. Aku tak pat sambung tidur dah lepas tuh…buat susu untuk anak2 dan sempat layan fb jap. Lama betul aku tak lawan2 dalam Mafia Wars..sure aku dah kena serang habis2an ngan bajingan2 (apa perkataan selayaknya yerk!) dalam tuh.

————————————–interlude-——————————-

Malam tadi adik aku, Anol dan geng2 dia dah lawat adik aku kat Rawang. Dia tanya dekat tiga kali kat budak bertuah tuh nak gi klinik tak? Tak de respond, tak pasti sama ada dia tak nak ke atau apa. Aku pun tak de masa kejadian tuh, so aku cuma boleh explain apa yang Anol bagi tau malam tadi. Sudahnya, dia pun tak bawa budak bertuah tuh ke klinik waima balik rumah sekalipun. Bukankah pekerjaan malam tadi sia-sia belaka? Tak faham betul budak2 muda zaman sekarang?

————————————————————————————

Inilah buah seabuckthorn yang banyak khasiatnya. Rahsia alam yang tinggi nilainya.

Jam 6.30 pagi aku bertolak ke Rawang. Singgah sekejap dekat Saujana, makan di warung Pak Li Corner. Rezeki aku baik pagi itu aku jumpa nasi lemak sedap kat gerai tu. Memang best! Lagi best aku dah makan 2 bungkus sekaligus..hahaha. Aku fikir positif, ada hikmah di sebalik ambil adik aku pagi2 buta nih.

Sampai rumah aku tengok mak dah siapkan semuanya. Wajahnya kembali ceria. Dalam membebel sempat aku bagi adik aku cuba seabuck active..satu lagi produk keluaran SNE yang cukup2 berkesan untuk memulihkan demam2 nih. Aku dah cuba kat anak2 aku, ternyata setiap kali suhu badan diaorang naik dekat 38 darjah celcius, lepas minum tu anak2 aku kembali rendah suhu badannya. Aku cuba pula kat budak bertuah nih. Alhamdulillah, nampak perubahan. Cuma sakit2 badan tuh memang tak boleh nak kurangkanlah..sebab dia terlalu penat bekerja + belajar. Tambah2 sekarang nih IKN tengah wat konvokesyen.

Acara bawa bola ping-pong ngan sudu (memang tak nampak dalam ni coz aku amik darik belakang..hehehe)

Zarif bila nenek pegang, automatik dia jadi ‘budak baik’.

Najiha (Zarif panggil dia ‘Adik’) ngan Mirza yang pemalu (untuk hari itu)

Acara ni aku tak pernah tengok sebelum nih. Baling botol air aiskrim soda ngan kelapa. Ala2 bowling kampunglah..tapi fun. Sapa boleh jatuhkan semua kira terror banget! Sebab ari tuh paling banyak pun diaorang boleh jatuhkan tiga botol je.

PS: Sorry imej kurang memuaskan, kamera phone aku boleh sampai takat tu je.

Jam 10 pagi aku, mak dan anak2 layan acara tahunan tadika kanak2 KEMAS dekat atas bukit tak jauh dari rumah mak aku. Kami semua jalan kaki je. Seronok betul anak2 aku. Zarif entah berapa kali jatuh bangun sepanjang perjalanan tu. Sampai sana acara sukaneka kanak2 dah hampir berakhir. Mirza pula jadi ‘shy guy’ tak mahu pergi mana2 (melekat terus ngan nenek..huhu) Aku ambil peluang rakam mana2 shot terbaik untuk kongsikan acara menarik dalam blog aku nih. Dalam pada itu boleh aku promote kampung tanah kelahiran aku nih. ‘KG BUDIMAN FOREVER’. Walaupun kalau nak dikenang jasa aku tak delah banyak mana pun kat kampung nih..tapi aku sangat2 suka duduk di sini.

Suasana kampung kat sini buat aku terkenang2 zaman kanak2 yang aku rasa paling best dalam hidup aku; mandi sungai, terjun tiruk, main konda-kundi, roundes, berjoging ngan geng2 dan macam2 lagilah..Sayangnya aku tak de simpan kenangan gambar2 waktu aku kecik2 dulu..nanti kalau aku jumpa aku akan abadikan dalam nih. Winks!

Leave a Reply

error: Content is protected !!