Santai @ Terengganu plak (7-9 Mei 2010)

Baiklah, kita mulakan cerita dari awal. Alhamdulillah, hari Jumaat dapat pelepasan cuti dari kak Nuri. Sekurang2nya tak menyusahkan en Yem nak memandu sorang2 dari Klang-Terengganu. Jumaat pagi bertolak dan jam 3 pun sampai Kuantan. Singgah rehat di Guesthouse Beserah, bilik aircond RM50. Oklah kan.. walaupun kemudahan sangat basic tapi tak pe..yang penting dapat rehat jap dan bawa anak2 mandi di Teluk Cempedak. Aku dengar orang Kuantan panggil TC je..

Petang tuh kitaorang makan sata, sotong salut tepung, udang, keropok leko dan sotong berisi pulut disiram kuah santan..hmmm.best! Opss lupa nak bagi tau..kitaorang makan di gerai Mak Naa dekat Tg Lumpur. Walaupun habis dekat RM40 kitaorang puas hati…memang melantak habislah aku petang itu.

Malam harinya habiskan masa di rumah rehat tuh. Seram gak, sebab tempat tuh macam ala2 tak berapa nak ada orangkan..mujurlah kitaorang kuat semangat..sekali bangun pagi..baru perasan, malam itu ramai gak yang menginap kat situ..hehehe..

Pagi2 Sabtu terus bergerak ke Kuala Terengganu. Sempat singgah dulu sarapan pagi di tepi jalan dan tengaharinya jenjalan kat Pasar Payang. Yang syoknya, selesai event ngan Pa n Ma, sempat lagi aku shopping baju kat Pasar Payang. Walaupun kengkawan aku kata baju kat situ mahal..tapi aku dah rembat satu kain cotton corak klasik giler..huish! Puas hati sungguh…

Kita kongsi gambar @ Merang Suria Resort, Kg Rhu Tapai, Setiu ya!
Pix ni Mirza yang amik. en Yem dah balik bilik dengan Zarif waktu ni. Jadi nak bagi Mirza senyap aku bagi kat dia kamera Lumix aku tuh… ok gaklah hasil sentuhan anak aku nih… Besar nanti jadi fotografer tersohor ya Mirza!
Mirza: Eeee…bising! bising! (Hm… dia bukan suka sangat dengan event2 nih. Beza betul dengan Zarif.)
Malam tuh, Zarif pula tak duduk diam. Jenuh gak aku menjaga anak yang sorang nih.. Ada citer menarik ngan Mirza. Kalau event Jom Santai Pa n Ma yang dulu Mirza ‘berperang’ pasir dengan anak Wawa (Pembaca berita NTV7 @ model). Kali ini Mirza ‘berperang’ lagi dengan anak pembaca dari Rompin, Pahang yang semeja dengan kami. Konsep: tetap merebut kerusi ya!
Ibu! Ada gaya ultraman bertapa tak? (Favourite tv show anak aku yang satu nih)
Bila anak-beranak mandi laut..kui3
Mirza tetap dengan gaya Ultramannya… Zarif plak rappers yang pemalu.

Leave a Reply

error: Content is protected !!