Kulit karipap rangup yang sedap bila dohnya ‘berjerawat’ atau menggerutu. Itu gerenti guna resepi kulit rangup dan tak liat. Nak dapatkan ada cara dan tipsnya.
Kulit karipap ini kira elemen pentinglah dalam penyediaan kuih karipap. Orang tua dulu-dulu, mereka ada petua yang digunapakai semasa mengadun dan menguli karipap.
Biarpun rupa karipap tu tak cantik, bila makan karipap menggerutu dia auto sedap. Tapi, selera orang tak sama kan. Ada yang suka karipap licin. Apa pun, beginilah tips yang boleh dicuba untuk dapatkan kulit karipap rangup tahan lama.
11 Tips Resepi Kulit Karipap Rangup
Doh karipap yang rangup akan memberikan rasa yang lazat dalam setiap gigitan. Biarpun cuma ada inti karipap kentang, bila dah sedap. Sekejap sajalah karipap habis dimakan.
Pilih Tepung yang Tepat
Permulaan yang penting adalah pemilihan tepung yang berkualiti tinggi. Tepung gandum biasa (all-purpose flour) adalah pilihan yang popular. Pastikan ia bebas daripada ketulan dan tidak lemau. Tepung berkualiti tinggi menghasilkan kulit yang lebih lembut dan rangup.
Antara jenama tepung gandum terbaik untuk buat doh karipap sedap lagi rangup adalah:
- Tepung gandum Cap Sauh – RM3.70 untuk 1kg
- Tepung gandum Blue Key – agak sukar untuk mencari belian online
- Tepung gandum serbaguna Blue Horse – RM3.55 untuk 1kg
Jadi pilihlah tepung karipap yang terbaik untuk menghasilkan doh yang cantik, sedap lagi rangup.
Minyak yang Panas
Sebelum memasukkan minyak ke dalam tepung gandum. Minyak perlu dipanaskan dahulu sehingga mengeluarkan buih atau bubble. Itu tandanya, minyak sudah mencapai suhu yang sesuai. Barulah dituangkan ke dalam tepung.
Ini membolehkan kulit karipap membentuk lapisan luar yang rangup segera apabila digoreng. Minyak yang tidak cukup panas boleh menyebabkan doh karipap menyerap minyak dan menjadi lembik.
Jika menggunakan marjerin, perlu juga dicairkan dahulu untuk mendapatkan kulit karipap yang sedap.
Sebelum dicampur dengan air, pastikan adunan minyak dan tepung gandum diadun sebati dengan tangan hingga menjadi tekstur berderai.
Teknik Penyediaan Doh yang Betul
Ketika menguli doh untuk kulit karipap, penting untuk menghindari pengulian yang berlebihan. Kekadang, pengulian yang terlalu lama boleh membuat kulit karipap menjadi keras dan kurang lembut. Sentuh lembut dan hanya uli sehingga doh menjadi padat.
Penting juga untuk mencampurkan air dengan bancuhan garam yang secukupnya. Agar adunan karipap boleh dicanai dengan baik.
Canai doh jadi memanjang dan anda boleh potong satu persatu untuk mendapatkan doh yang lebih kecil. Bulat-bulatkan doh yang kecil tadi dan boleh ditekan dengan penggiling untuk mendapatkan doh yang nipis, tidak terlalu tebal.
Penting tip ni untuk dapatkan kulit karipap rangup tahan lama.
Ketebalan Kulit yang Sederhana
Kulit karipap yang sempurna adalah yang nipis tetapi kukuh. Pastikan kulit tidak terlalu nipis sehingga pecah semasa digoreng atau terlalu tebal sehingga kurang rangup. Amalkan ketebalan yang seimbang.
Gunakan kayu penggiling untuk mendapatkan hasil doh yang lebih baik. Jika tiada penggiling, gunakan gelas panjang permukaan licin pun boleh juga.
Tambahkan Tepung Beras
Untuk kulit karipap yang lebih rangup, anda boleh mencuba menambah sedikit tepung beras dalam tepung gandum. Tepung beras membantu mencipta tekstur yang lebih lembut dan rangup pada kulit.
Gunakan Minyak yang Bersih
Pastikan minyak yang anda gunakan adalah minyak yang bersih. Minyak kotor boleh merosakkan rasa dan tekstur kulit karipap. Selalu saring minyak selepas digunakan.
Begitu juga semasa menggoreng karipap, gunalah minyak yang baru. Bukannya bekas minyak gorengan ikan atau ayam. Kerana ia, akan mengubah rasa karipap anda nanti.
Baca juga : Karipap berderai, ada teladan perlu difahami
Inti Karipap pun Kena Sedap
Walaupun anda mahukan doh karipap yang rangup dan lembut. Inti karipap pun kenalah sedap juga. Tidak terlalu manis mahupun masin. Perlu ada rasa keseimbangan antara karipap dan intinya.
Sewaktu memasukkan inti karipap, biarlah mencukupi dan padat untuk menutupi karipap. Untuk karipap saiz standard anggaran dalam 1 sudu besar inti sudah memadai.
Janganlah buat karipap oksigen, kesian pula yang makan nanti. Melainkan anak-anak penggemar karipap oksigen, bolehlah kurangkan isi inti karipap.
Inti Karipap Mesti Kering
Semasa membuat intinya, anda perlu membiarkan sehingga kering dan tidak berlebihan berair atau terlalu berminyak. Kelembapan berlebihan dalam isi karipap boleh menyebabkan kulit karipap menjadi lembik semasa digoreng.
Pilih Rempah Berkualiti Tinggi
Pilihan rempah yang berkualiti tinggi seperti serbuk kari yang segar dan berkualiti tinggi adalah kunci kepada rasa yang autentik dalam karipap. Jangan kompromi pada kualiti rempah.
Teknik Menggoreng yang Betul
Pastikan minyak sudah betul-betul panas, barulah masukkan karipap mentah anda itu. Semasa menggoreng karipap, jangan letak terlalu banyak karipap dalam kuali pada satu-satu masa.
Ini boleh menyebabkan penurunan suhu minyak yang cepat dan karipap mungkin akan menyerap lebih banyak minyak daripada yang sepatutnya.
Goreng dalam jumlah yang sesuai mengikut saiz kuali anda. Anggaran dalam 5 ke 6 ketul untuk kuali saiz sederhana. Pastikan anda membaliknya secara berkala sehingga keemasan serata. Anggaran dalam seminit dua untuk setiap bahagian.
Apabila sudah bertukar warna keemasan, bolehlah diangkat. Letakkan karipap di atas tisu dapur yang sesuai sebelum disimpan.
Penyimpanan yang Betul
Selepas digoreng, simpan karipap yang telah sejuk dalam bekas kedap udara atau pembungkus aluminium. Panaskan semula karipap dalam ketuhar sebelum dihidangkan untuk memastikan ia tetap rangup.
Jika mahu jadikan karipap frozen, boleh goreng sekejap dalam minyak yang banyak. Tak perlu tunggu sehingga jadi warna keemasan. Dan susun berlapis. Simpan dalam peti beku.
Karipap yang disimpan dalam peti sejuk boleh bertahan sehingga 4 ke 5 hari. Manakala karipap yang difrozenkan dalam peti beku, boleh disimpan selama 2 ke 3 minggu.
Bergantung juga kepada jenis bekas simpanannya. Sama ada plastik ziplock atau bekas kedap udara.
Dengan mengamalkan tip-tip ini, anda akan dapat mencipta kulit karipap yang menggoda dengan kekenyalan dan kelezatan yang sempurna. Selamat mencuba!
Baca juga : Sotong masak kicap
Asal Usul Karipap
Karipap juga dikenali dengan nama epok-epok. Karipap ini ada di Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan Brunei.
Dan setiap karipap yang dihasilkan di setiap negara berbeza dan ada versinya sendiri.
Kesimpulan
Membuat kulit karipap yang rangup seperti orang dulu-dulu bukanlah perkara yang sukar. Dengan sedikit latihan dan pengetahuan, anda juga boleh menghasilkan kulit karipap yang enak ini di rumah.
Ingatlah untuk memberikan masa yang mencukupi untuk menggoreng sehingga keemasan dan nikmatilah hasil usaha anda.