sirap bandung

Air Sirap Bandung Soda Gembira Super Delicious No.1

Resepi air sirap bandung soda ini juga dipanggil air soda gembira. Sirap bandung soda yang refreshing delicious ini sangat popular di rantau Asia Tenggara ini termasuklah Malaysia dan Indonesia.

Rasanya segar dan enak kerana minuman simple ini diperbuat daripada gabungan aiskrim soda, sirap dan susu tin. Ada rasa bergas dan seakan extra joss pun iya.

Bahannya tak banyak mana, memang senang nak buat sendiri. Paling best boleh dinikmati bersama anak-anak dan keluarga yang berkumpul. Memang gembira dibuatnya.

Resepi Air Sirap Bandung Soda Gembira

Durasi penyediaan : 20 minit

sirap bandung

Bahan-bahan

  • Kiub Ais secukupnya
  • 1 penutup kecil sirap ros
  • 1 botol air aiskrim soda (saiz 1.5 liter)
  • 1 tin susu pekat manis 
  • 1 tin susu cair 

Cara Membuat Air Sirap Bandung Soda

  1. Campurkan susu pekat manis, susu cair dan sirap ros secukupnya ke dalam gelas. 
  2. Kacau bagi sebati adunan sirap susu.
  3. Masukkan ais kiub dalam jug besar. Tuangkan sebotol aiskrim soda atau air soda bikarbonat ke dalam jug tadi. 
  4. Masukkan adunan sirap susu ke dalam jug tadi dan kacau bagi sekata. 
  5. Sedia untuk dinikmati. Enak jika digandingkan bersama air lemonade soda.
sirap bandung

Tip

  • Sukatan aiskrim soda, susu pekat manis dan susu cair boleh di ubah ikut citarasa anda.
  • Boleh tambahkan daun pudina untuk memberi rasa extra flavour pada minuman sirap bandung soda.
  • Boleh juga tambahkan satu atau dua skop aiskrim perasa vanila atau strawberi untuk menjadikan air sirap bandung soda lebih special.
  • Walau apa pun cara pembuatan air soda gembira ini, ianya tetap sedap dinikmati. Terutama ketika cuaca panas. 
  • Anda boleh letak bahan tambahan seperti laici dalam tin, cincau atau selasih. Rasanya akan jadi lebih enak berganda.
  • Boleh guna sirap kordial, cuma perlu kurangkan susu pekat manis. Sebab kordial sirap ini dah sedia manis.
  • Ada juga yang menambahkan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak pada air soda gembira itu.

Baca juga : Koleksi 13 resepi air viral sedap untuk sejukkan badan di bulan puasa

Read More

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!