lesung batu

4 Tips Memilih Lesung Batu Terbaik Lagi Best

Lesung batu antara peralatan dapur yang selalu digunakan mak-mak untuk menghaluskan rempah ratus masakan. Sebab itu penting memilih lesung batu yang betul.

Agar proses memasak jadi lebih efisien, lebih cepat malah makanan jadi lebih sedap. Walaupun ada cara mudah untuk kisar makanan iaitu guna blender. Bagi sesetengah makanan, saya lebih gemar gunakan lesung batu.

Tahu cara simpan lesung batu yang betul pun satu kelebihan. Di sini, saya kongsikan 7 tips yang boleh membantu anda memilih lesung batu terbaik sesuai dengan keperluan sehari-hari.

Jenis Lesung Batu

Sebelum anda memilih lesung batu, ketahui terlebih dahulu pelbagai jenis lesung batu yang ada di jual di pasaran.

Lesung Batu Dari Batuan Gunung Berapi (Volcanic)

Sejak dari zaman dahulu lagi, alat menumbuk yang terdiri daripada alu lesung dan lesung ini diperbuat daripada batuan vulkanik gunung berapi.

Patutlah dulu, mak saya selalu sebut asal usul batu lesung dia dari gunung berapi. 

Lesung daripada batuan ini lebih berat dan memerlukan penjagaan yang khusus.

lesung batu

Lesung Batu Dari Batu Granit

Batu granite monolith menjadi pilihan popular dalam pembuatan alatan lesung tumbuk ini. Ini kerana batuannya mempunyai daya tahan yang tinggi dan mudah dibersihkan. 

Malah, permukaan batuan granit ini juga memudahkan kerja-kerja menghaluskan bahan-bahan makanan. 

Lesung Dari Seramik

Bahannya lebih ringan dan mudah dibersihkan. Walau bagaimanapun, jenis begini lebih mudah rosak. 

Selain daripada seramik dan batu, ada juga lesung yang diperbuat daripada kayu. Lesung kayu kecil atau besar khususnya, digunakan untuk menumbuk bahan yang lebih ringan dan mudah pecah. Misalnya, ubat-ubatan.

Hadam Tips Memilih Lesung Batu Dengan Betul

Sebelum anda menetapkan pilihan untuk membeli lesung, sebaiknya anda pertimbangkan terlebih dahulu beberapa perkara yang dikongsikan ini. 

Ukuran Dan Kapasiti Muatan

Pilihlah batu lesung yang sesuai dengan keperluan anda. Pastikan juga ukuran dan jumlah muatannya mencukupi untuk anda memasukkan rempah ratus ketika menumbuk.

Jika anda gemar menumbuk bahan rempah sendiri dengan kuantiti yang banyak, sebaiknya carilah saiz lesung yang lebih besar. Berbanding kecil mahupun sederhana.

Saya pernah membeli dengan harga lesung batu yang tak cecah RM70 untuk sebiji lesung batu bersaiz besar.

Kualiti Pembuatan

Pastikan bahan lesung berkualiti tinggi dan bebas daripada bahan berbahaya. 

Antara tip nak tahu kualiti pembuatan yang baik adalah permukaan yang halus akan memberikan hasil tumbukan yang lebih baik lagi.

Stabil Dan Kukuh

Sebelum membeli periksa dahulu kestabilan lesung itu sendiri. Ketika menumbuk alu tidak mudah bergeser dengan lesung. Malah, batuan pada alu masih kukuh dan tak berderai. 

Cubalah uji dengan buat-buat tumbuk semasa di kedai. Tetapi, kalau anda membeli online tak dapatlah nak buat semacam ini.

Penting untuk mengujinya dahulu ya. Sebab saya ada pengalaman, membeli lesung dalam masa beberapa bulan pakai dah terbelah dua. Jadi, ketika membeli pastikan betul-betul ianya stabil.

Kalau kurang pasti, bolehlah tanyakan info lesung itu pada penjual.

Praktikal Semasa Digunakan

Pilih lesung batu yang selesa untuk digunakan. Jangan pilih yang menyusahkan anda. Misalnya, carilah anak lesung atau alu yang tidak berat untuk tangan anda mengangkat dan menumbuk menghaluskan bahan.

Kalau terlalu berat pun nanti sakit tangan dibuatnya. 

Gaya Dan Rekaan

Dalam memilih lesung idaman, anda juga tak lari daripada mencari mengikut rekaan dan gaya pembuatan yang menarik. Lagi-lagi untuk anda gunakan hari-hari di dapur.

Bukan apa, kadangkala lesung batu ini pun boleh menjadi salah satu aksesori hiasan di dapur anda.

Lesung Tradisional vc Moden

Ada dua pilihan sama ada mahu memilih lesung bercirikan moden atau tradisional. Kalau hendak nampak moden, bolehlah memilih lesung yang dijual di Ikea. Rekaannya lebih moden dan menarik. 

Ada juga terdapat di pasaraya besar.

Macam saya lebih suka yang praktikal, tahan lasak dan ada gaya oldskool. Jadi, carilah lesung tradisional iyang lebih berat namun sedap dibuat menumbuk makanan.

Buat Anggaran Harga Lesung Yang Ingin Dimiliki

Semasa membuat pemilihan penting juga membeli mengikut bajet. Lesung jenis seramik atau lesung kayu tradisional, harganya lebih murah. Berbanding harga lesung batu dari batu.

Di negara Indonesia misalnya mereka menumbuk dengan menggunakan alatan yang dipanggil cobek atau ulek batu. Harganya lebih kurang saja dengan batuan lesung yang dijual di pasaran Malaysia.

Tips Penjagaan Batu Lesung Dengan Baik

Bagi memastikan lesung anda lebih tahan lama, lakukan penjagaan lesung batu sebegini :

Bersihkan Secara Teratur Selepas Penggunaan

Setiap kali selepas guna, basuhlah bersih alu dan lesungnya. Atau bahasa mak-mak kita anak lesung batu dan ibu lesung. Sebab apa kena bersihkan. Tidaklah nanti ada bakteria tersisa di permukaan lesung anda itu akibat bahan masakan yang tidak dibersihkan sisanya.

Jika anda menumbuk kunyit dan sukar untuk menghilangkan warna kuning kunyit. Boleh cuba tip hilangkan kesan kunyit yang pernah saya kongsikan ini.

Simpan Lesung Di Tempat Kering

Kemudian, simpanlah di tempat yang kering dan tak lembab untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria di sekitar lesung.

Elakkan Bahan Kimia Berbahaya

Sebaiknya, janganlah gunakan bahan kimia berbahaya semasa membersihkan lesung anda itu. Cukuplah gunakan sabun basuh pinggan mangkuk yang biasa digunakan.

Bimbang melekat pula sisa bahan kimia itu dan berbahaya untuk anda kelak.

Kegunaan Lesung Batu Yang Perlu Anda Tahu

Ini adalah beberapa fungsi lesung batu yang sering dimanfaatkan oleh suri rumah di dapur. Terutama untuk menyediakan hidangan lazat dan pelbagai jenis.

Menghaluskan Rempah dan Bahan Masakan

Lesung digunakan untuk menghaluskan rempah dan bahan masakan seperti lada, jintan, ketumbar mahupun kerisik, menjadikan bahan masakan ini lebih halus dan berjus serta memberikan cita rasa yang lebih pekat pada hidangan.

Membuat Pasta dan Sos

Suri rumah dapat menggunakan batu tumbuk ini untuk menghaluskan bahan-bahan seperti bawang putih, cili, dan herba segar menjadi pasta atau sos yang dapat digunakan sebagai bahan asas dalam hidangan atau perasa makanan.

Menggiling Bijirin

Fungsi lesung batu juga berguna untuk menggiling bijirin seperti beras dan biji-bijian, yang kemudian dapat digunakan untuk membuat adunan atau campuran makanan lainnya.

Menyediakan Rempah Khas

Dengan penggunaan lesung, suri rumah dapat menghasilkan rempah khas yang digunakan dalam hidangan tradisional, seperti sambal belacan atau rempah kari, memberikan rasa yang autentik pada masakan. Fungsi alu dan lesung ini adalah untuk menghaluskan rempah ratus.

Menghasilkan Ramuan Herba

Lesong batu juga digunakan untuk menumbuk, menghancurkan dan menggiling ramuan herba, seperti kunyit atau serai, untuk digunakan dalam minuman atau perubatan tradisional.

Saya kongsikan di bawah ini video masakan saya yang menggunakan batu lesung yang tahan lasak dan bersaiz besar yang pernah saya beli. Memang memudahkan kerja memasak lauk yang sedap.

Baca juga : https://www.shamieraosment.com/2023/07/ikea-damansara-hacks.html?m=1

Mana Nak Beli Lesung Batu

Di negara barat, batu lesung ini dipanggil mortal and pestle. 

Ikut pengalaman saya membeli lesung yang baik dan tahan lebih lama anda boleh mencarinya di Dataran Sayong Lembah, Kuala Kangsar. Ada juga dijual cobek Indonesia. Lesung batu Indonesia ini jenis leper.

Lesung batu Ikea ini dipanggil ADELSTEN Antan dan lesung. Dibuat daripada marmar yang keras. Jadi mudahlah untuk menghancurkan rempah ratus dengan baik.

Selain itu, boleh mencari di Ikea. Namun, batu lesung Ikea selalu saja kehabisan stok. Boleh periksa laman web Ikea sebelum membuat pembelian di gedung mereka.

Pusat membeli belah AEON juga menjual batu lesung yang cantik-cantik untuk anda pilih dan beli. 

Kesimpulan 

Memilih lesung batu yang tepat dapat membantu anda mendapatkan pengalaman memasak hidangan makanan yang mempunyai rasa lebih sedap. Sebab itulah, sebelum membeli pastikan anda semak dahulu saiz lesung pilihan, jenis bahan, rekaan dan bajet anda juga.

Pastikan anda sentiasa menjaga batu lesung dengan baik agar tahan lama dan kekal berkualiti.

Soalan Lazim


Adakah lesung dari batu granite lebih tahan lama berbanding yang lain?

Ya, lesung daripada granit lebih tahan lama dan mudah dibersihkan.


Bagaimana cara membersihkan sisa yang tertinggal pada lesung?

Anda boleh gunakan air suam atau berus yang lembut untuk membersihkannya. Bagi membuat kesan kunyit boleh gunakan sabun pes.


Adakah semua bahan masakan sesuai ditumbuk dengan batu lesung?

Lesung yang diperbuat daripada granit boleh digunakan untuk menumbuk hampir kesemua jenis bahan makanan dengan baik.

2 Comments

  1. Ezna August 10, 2023
    • nettyahhiyer August 10, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!