transformers one roadshow

Cara Awesome Sertai Kempen Transformers One Roadshow Di 18 AEON Mall

Peminat filem Transformers boleh sertai kempen Transformers One Roadshow di 18 pusat membeli belah terkemuka AEON Mall bermula 19 Ogos sehingga 30 September 2024 ini.

Menariknya tentang kempen ini, anda berpeluang untuk menebus tiket filem TRANSFORMERS ONE yang eksklusif. Bolehlah bawa famili dan anak-anak menonton wayang filem terbaru Transformers di pawagam nanti.

Bukan saja tiket percuma, pengunjung AEON Mall yang membeli belah di shopping mall ini juga berpeluang menyaksikan model Transformers dan paparan besar prop filem untuk anda berOOTD dengan keluarga.

Begini Cara Turut Serta Dalam Kempen Transformers One Roadshow AEON Mall

Bagi membolehkan anda menikmati keistimewaan yang saya kongsikan di atas, anda perlu mengikuti syarat-syarat yang disertakan di bawah ini. 

Caranya adalah, 

  • Berbelanja RM300 (bukan Ahli AEON) atau RM200 (Ahli AEON) dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama dari mana-mana kedai di AEON MALL yang menyertai peraduan ini untuk melayakkan diri bagi ganjaran menarik ini.
  • Tertakluk kepada terma dan syarat.
transformers one roadshow

Apa Yang Bakal Berlaku Dalam Transformers One Roadshow

  • Tentunya ada permainan dan aktiviti interaktif untuk pengunjung mall sertai. AEON Mall sendiri akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik melibatkan robot-robot transformers yang akan berada di sekitar mall terpilih. Sepanjang roadshow berlangsung.
  • Hadiah menarik berupa tiket wayang eksklusif untuk dimenangi. Malah, ada juga bawangan eksklusif Transformers yang dijual di mall terpilih untuk dibawa pulang dan dihadiahkan kepada anak-anak.
  • Meet and Greets serta sesi bergambar bersama karektor Transformers yang berada di sekitar mall terpilih. Anak-anak tentu takkan lepaskan peluang untuk merakam momen dan foto mereka bersama robot Transformers yang ikonik.

Senarai 18 Lokasi AEON Mall Sertai Kempen Transformers One Roadshow

Ini adalah senarai 18 AEON Mall yang mengambil bahagian dalam acara kempen di seluruh Malaysia. Antaranya di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Senarai lengkap AEON Mall yang mengambil bahagian adalah seperti di bawah : 

Selangor/Kuala Lumpur

  • AEON Mall AU2 Setiawangsa
  • AEON Mall Cheras Selatan
  • AEON Mall Metro Prima
  • AEON Mall Bukit Raja
  • AEON Mall Bukit Tinggi

Johor

  • AEON Mall Bukit Indah
  • AEON Mall Kulaijaya
  • AEON Mall Tebrau City
  • AEON Mall Bandar Dato Onn

Pulau Pinang (Penang)

  • AEON Mall Bukit Mertajam

Perak

  • AEON Mall Ipoh 
  • AEON Mall Ipoh Klebang
  • AEON Mall Ipoh Station 18
  • AEON Mall Kinta City
  • AEON Mall Taiping
  • AEON Mall Seri Manjung

Negeri Sembilan

  • AEON Mall Seremban 2

Melaka

  • AEON Mall Bandaraya Melaka
transformers one roadshow

Aktiviti Sempena Transformers One Roadshow

Memandangkan ini merupakan acara sekali seumur hidup. Mengapa tidak anda meraikannya bersama dengan anak-anak dan famili ke AEON Mall yang berada di sekitar tempat tinggal anda.

Terdapat 18 buah AEON Mall tersenarai yang mengambil bahagian dalam kempen besar-besaran ini.

Sepanjang berlangsungnya kempen, pengunjung pusat membeli belah ini boleh menikmati pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik.

Anak-anak juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang hebat yang disediakan. Sebenarnya, banyak aktiviti menarik yang menanti untuk pengunjung.

Sebab itulah anda tak boleh melepaskan peluang terbaik ini untuk menyaksikan acara TRANSFORMERS ONE Roadshow Campaign yang luar biasa di AEON MALL.

Kempen hasil kerjasama AEON Mall dengan Universal International Pictures ini tentunya akan memberikan pengalaman yang unik kepada para pengunjung mall. 

Yang mana, dalam pada mereka membeli belah bersama anak-anak. Mereka dapat merakam kenangan bersama robot-robot Autobot dan Decepticon yang biasa mereka lihat dalam kaca TV atau layar perak sahaja.

Kini, anak-anak boleh melihat sendiri di depan mata. 

Bukankah itu satu pengalaman menarik buat mereka. Dalam pada membawa anak-anak ke mall, mak ayah yang berbelanja di AEON pun boleh menyertai peraduan yang disediakan.

Untung-untung boleh menang tiket wayang eksklusif. Seronoklah nanti anak-anak dapat tengok wayang dengan famili. Percuma pulak tu. 

Selain menonton wayang, anak-anak juga boleh sertai fans gathering dengan watak heroic yang iconic ini. 

Baca juga : Best betul pertandingan potato bread chopdown grand final 2024 AEON

transformers one roadshow

Raikan Hari Merdeka & Hari Malaysia Bersama Kami Di AEON Mall

Sertai kami untuk pengembaraan yang tidak dapat dilupakan dengan “TRANSFORMERS ONE: AEON Celebrates All Malaysians as One.”  

Raikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bersama kami, dan kami tidak sabar untuk melihat anda di sana!

Ada Apa Dengan Filem Transformers One

Berbeza dari filem sebelumnya, filem Transformers One ini merupakan filem animasi CG pertama yang dihasilkan dalam siri filem berkenaan. 

Memaparkan asal usul dua watak ikonik dalam Transformers iaitu Optimus Prime dan Megatron.

Bagaimana mereka yang dahulunya rapat, kemudian menjadi seteru, musuh ketat di planet Cybertron. Filem ini dibintangi oleh Chris Hemsworth (menjadi Orion Pax), Brian Tyree Henry (menjadi D-16) malah Scarlett Johansson (memegang watak Elita-1).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kempen yang diadakan ini anda boleh layari: 

Untuk maklumat yang lanjut sila layar : 

  • Facebook: @AEONMallMY
  • Instagram: aeonmallmalaysia
  • Tik Tok: aeonmall.malaysia
  • Website: www.aeonmallmy.com

Read More

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!