kemas

KEMAS : Cara Daftar, Yuran & Lokasi Tabika Anak 2024/2025

Mak ayah dah boleh buat perdaftaran kemasukan anak ke Tabika/Taska KEMAS bagi sesi 2024/2025. Permohonan mula dibuka bermula 1 Ogos hingga 31 Oktober 2023.

Permohonan boleh dibuat secara online juga. Dan borang pendaftaran boleh diperoleh dekat Tabika yang berhampiran dengan kediaman anda.

Boleh rujuk info yang dikongsikan ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tabika, cara mendaftar dan harga kemasukan ke tabika serta lokasi tabika berhampiran.

Pengenalan

Di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar diperkenalkan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS. Terbahagi kepada dua kategori :

  • Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) – untuk kanak-kanak usia 2 hingga 4 tahun.
  • Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) – untuk kanak-kanak usia 4 hingga 6 tahun.

Program ini dijalankan mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) dibawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.

Baca juga : Cuti sekolah

kemas
Anak kedua, Zarif yang memulakan persekolahan awal di Tabika KEMAS Kg. Budiman.

Daftar Tabika KEMAS 2024

Begini cara daftar tabika untuk anak anda. Syarat bagi kemasukan anak ke Tabika adalah anak berstatus warganegara atau sama ada ibu ayahnya warganegara.

  1. Kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun dialu-alukan kemasukannya. Namun, keutamaan diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun.
  2. Borang permohonan boleh anda muat turun di portal rasmi JKM : BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN TABIKA atau anda dapatkan di semua Tabika yang berhampiran kediaman.
  3. Bilangan kanak-kanak dalam kelas terhad minimun 10 orang dan maksimum 30 orang. Ikut keluasan dalam sebuah kelas. Yang mana, 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak. 
  4. Paling baik jumlah kanak-kanak dalam satu kelas adalah 25 orang. (Jadi mak ayah cepatlah rebut peluang ini. Kalau dah penuh, terpaksa hantar anak ke tempat lain pula.)
  5. Sebaik anda lengkap mengisi borang pendaftaran TABIKA anak anda, bolehlah hantar terus ke Tabika berdekatan.
  6. Nanti pihak jawatankuasa pemilihan tabika akan berikan jawapan samada permohonan anda itu diterima atau tidak diterima.
  7. Keputusan permohonan anda itu akan diketahui selewatnya pada minggu keempat bulan November 2023.

Bawa Dokumen Ini Semasa Pendaftaran

Anda perlu membawa dokumen ini untuk melancarkan proses daftar tabika KEMAS 2024 anak. Antaranya :

  • Salinan siji kelahiran anak.
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga.
  • Slip gaji ibu dan bapa atau penjaga.
  • Dua keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  • Rekod kesihatan anak (jika anak ada masalah kesihatan) dan rekod imunisasi.

Baca juga : Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika, Tadika

kemas

Yuran Tabika

Boleh rujuk pada gambar yang disertakan di atas untuk pembayaran yuran bagi Taska dan Tabika yang merujuk pada peraturan kenis bayaran yang dikenakan bagi Tabika dan Taska Permata KEMAS tahun 2018.

Jenis bayaran yang wajib semasa pendaftaran, bayaran insurans dan sumbangan bulanan iaitu sejumlah antara RM25 ke RM45.

Manakala ibu bapa boleh membuat pilihan sama ada mahu membeli sendiri baju sukan, pakaian seragam dan tudung atau membenarkan pihak sekolah membeli bagi pihak anak.

Baca juga : Tarikh cuti sekolah

Jadual Pra Sekolah TABIKA

Di bawah merupakan jadual Tabika untuk anak.

SESISEMENANJUNGSABAH DAN SARAWAK
Satu sesi 8 pagi hingga 12 tengahari7.30 pagi hingga 11.30 pagi
Dua sesi– 8 pagi hingga 12 tengahari
– 12.30 tengahari hingga 4.30 petang
– 7.30 pagi hingga 11.30 pagi
– 12 tengahari hingga 4 petang.
Jadual Pra Sekolah KEMAS

Info : Pelaksanaan kelas PPI bermula jam 12 hingga 1 tengahari. Tamat lewat 1 jam dari waktu operasi biasa.

Rujukan untuk lokasi tabika KEMAS di seluruh negara : DI SINI

Tags:

2 Comments

  1. aqilarin September 5, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!