Gambar kawan-kawan dari team MW atau Mingguan Wanita. Keterangan nama dalam gambar hitam putih yang dikongsikan ini ada saya, Wawa, kak Maswa, Nisa dan Kak Ros.
Hasil kerja tangan Ani Nadila.
Kengkawan team Mingguan Wanita kata, ‘Deme suka nengok muka aku dalam gambo ni. Sesuweii katenya.” Apapun ini kenangan lama pada 13 November 2009.
Kawan-kawan Team MW Tinggal Kenangan
Sekarang ini masing-masing ada yang dah bawa haluan sendiri. Tinggallah kak Maswa, otai lama masih berbisa. Saya kata padanya, “hebat kak Maswa ni. Dah level nenek pun masih mantap cari story.”
Gitulah kan, kalau kerja itu satu kecintaan. Susah sebenarnya mahu dipisahkan dengan kehidupan. Kiranya, samalah juga dengan saya ini.
Walau sudah duduk sesaja di rumah, tetap juga mahu menulisnya. Duduk sesaja pun bukan dapat cari duit ye tak? Mahu atau tidak gunakanlah skill yang tuhan beri kat diri sendiri.
Semoga dengan skill atau kemahiran yang ada ini dapatlah serba sedikit menjadi pendapatan untuk menenangkan kehidupan di bumi serba mencabar ini.
Sepanjang bersama Mingguan Wanita, saya juga pernah bertugas di majalah Keluarga yang keluarannya sebulan sekali.
Entri Lama Ku Mahu Jadikan Baru
Catatan asal ini cuma secoet saja. Bila baca balik entah hapa-hapa. Hahaha.. dulu blogging ini ibarat satu perkongsian diari peribadi.
Tulislah apa saja dalam blog, sendiri juga yang membacanya nanti. Tapi menjejak tahun 2023 dan seterusnya, blogging tak lagi macam dulu.
Tersangatlah mencabarnya ya. Sampaikan hendak menulis artikel pun kena tahu macam mana hendak menulis artikel SEO. Kalau tidak semuanya nanti jadi macam syok sendiri.
Eh! tapi saya kira, entri ini memang ada macam syok sendiri. Bantei lah labu. Memang ada entri saya tulis fokusnya untuk betul-betul SEO dan ada entri yang saya tulis dengan harapan saya sajalah yang membacanya.
Read More
Follow saya di : Facebook Netty Ah Hiyer