kad raya

Lebih 2,000 Idea Kad Raya Best Buat Sendiri Guna Template Canva

Walau dah tahun 2024, kad raya masih lagi satu bentuk ucapan raya bertulis yang penting. Melalui kad raya inilah tanda ingatan kasih mesra seseorang kepada sanak saudara malah rakan taulan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidil Adha.

Signifikannya kad hari raya ini, ia masih menjadi satu tradisi yang dikekalkan sehingga ke hari ini. Walaupun ada sesetengah kad ucapan raya bukan lagi dalam bentuk fizikal. Sebaliknya, dilayangkan kepada penerima menerusi kad raya online atau kad raya digital. Semangatnya tetap ada.

Kalau dulu, boleh saja kad hari raya ini dibeli di kedai serbaneka. Sekarang ini kad raya bercetak dah makin terhad. Jadi, mengapa tak buat saja kad raya sendiri. Di Canva ada lebih 2,000 template kad raya digital yang boleh anda  guna untuk design kad hari raya sendiri.

3 Contoh Idea Kad Raya Dengan Template Canva Percuma

Ada sekurang-kurangnya 2,443 template Raya di Canva yang boleh dipilih. Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Jika mahu design yang percuma, pastikan tiada perkataan ‘paid’ ataupun ‘pro’ pada design kad pilihan anda tu.

Di bawah ini contoh design kad ucapan raya yang percuma.

kad raya
Kredit foto : Canva

Template Hijau dan Lucu Ucapan Keluarga Selamat Hari Raya Idul Fitri

  • Design percuma ini menawarkan saiz 1080×1080 px dan tersedia untuk anda edit dan download dengan mudah.
kad raya
Kredit foto : Canva

Template Hari Raya Idul Fitri Instagram Post

  • Rekaan kadnya lebih klasik dengan berlatarkan lampu bulan bintang. Melihatnya seakan mengimbas kenangan kad hari raya sewaktu saya di zaman kanak-kanak yang penuh dengan nostalgia. 
kad raya
Kredit foto : Canva

Template Hari Raya Idul Fitri (Poster)

  • Design percuma dengan saiz instagram post iaitu 1080 x 1080 px. Berlatarkan gambar masjid bersesuaian dengan mood Syawal.

Cara Buat Kad Raya Guna Canva Template (Langkah Demi Langkah)

kad raya
Kredit foto : Canva

1. Anda perlu log in dahulu laman web Canva atau aplikasi Canva (di telefon pintar). Setelah log in, di paparan home tersedia kotak carian. Anda perlu memasukkan kata kunci ‘Raya’. Dan mula buat carian.

kad raya
Kredit foto : Canva

2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Raya templates’ yang mana tersedia lebih 2,000 templates berkaitan Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidil Adha. Pilih mana-mana template yang berkenan di hati.

3. Untuk mendapatkan template Raya percuma, anda perlu klik pada button yang tidak ada tanda ‘RM’ dan simbol mahkota. Kerana kedua-dua penanda ini menawarkan template berbayar dan ianya premium.

4. Contoh pilih template ‘Green Simple Minimalist Selamat Hari Raya Idul Fitri’ ini. Klik pada ‘customize this template (dalam kotak ungu).

kad raya
Kredit foto : Canva

5. Anda sudah masuk ke ruangan design. Jom, mulakan membuat design kad raya di Canva.

6. Jika mahu masukkan gambar sendiri, gunakan ikon ‘Uploads’ untuk memasukkan gambar anda. Jika mahu mengubah teks, gunakan ikon ’Text’. Design ikut yang anda mahukan.

kad raya
Kredit foto : Canva

7. Setelah selesai, boleh tekan button share. Klik download. Tukar file type kepada JPG. Tekan button download (dalam kotak ungu)

kad raya
Kredit foto : Canva

8. Okay, kad ucapan hari raya digital anda sudah sedia untuk dikongsikan dengan kawan-kawan mahupun saudara mara. Anda juga boleh cetak design kad dengan printer warna untuk lebih menarik. Selain membuat kad raya di Canva, anda juga boleh membuat sampul duit raya sendiri di Canva.

Elemen Penting Perlu Ada Dalam Design Kad Raya

Perlu Ada motif Islamik

Untuk mendapatkan sentuhan kad raya yang berjiwa tradisional anda memerlukan motif Islamik dalam rekaan. Antaranya bentuk masjid atau kubah masjid, bulan dan bintang ataupun corak geometri yang popular dalam senibina Islam. Di Canva juga tersedia design bermotif Islamik seperti itu.

Sentuhan Reka Bentuk Ketupat

Bagi membangkitkan suasana Hari Raya, gunakan rekaan berbentuk ketupat. Ini kerana, ketupat cukup sinonim dengan simbol Hari Raya Aidilfitri. Boleh gunakan gambar ketupat sebenar atau rekaan 3D.

Warna Yang Sesuai Dengan Motif Raya

Warna juga memainkan peranan. Misalnya penggunaan warna hijau mahupun kuning memberi elemen Raya pada rekaan kad anda itu. Jangan berasa takut untuk bermain dengan warna dalam menghasilkan kad hari raya yang cantik.

Baca juga : 6 tema warna baju raya 2024, pilihan trend paling tip top

Ada Tulisan Kaligrafi Arab

Gunakan tulisan kaligrafi untuk mencantikkan lagi kad ucapan Aidilfitri anda itu. Tentunya kaligrafi Arab begitu dekat di hati dan memberikan sentuhan elegen dan tradisi Raya pada kad anda.

Sentuhan Teknologi Jadikan Kad Kreatif Hari Raya

Berkreatif dengan teknologi. Jika kad raya online, anda boleh memasukkan elemen kejutan dengan meletakkan font yang bergerak atau menyediakan video pop ups untuk menjadikan kad ucapan raya anda lebih interaktif.

Idea Kad Hari Raya Di Website Percuma

Selain menggunakan Canva, anda juga boleh buat kad raya secara percuma di beberapa laman web berikut. Design atau rekaan kad hari raya ini ditawarkan secara percuma saja dan tak perlu bayar.

Mudahkan ada website free design macam ini. Ini antara senarainya : 

  • Freepik
  • Greetings Island
  • Creative Market
  • Pinterest
  • Youtube

Read More

2 Comments

  1. SR February 1, 2024

Leave a Reply

error: Content is protected !!